Friday 2 December 2011

Basahkan lidah dengan zikir atau lagu...?

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang tenang dan sejuk...suasana hujan renyai2 dari pagi tadi sampai sekarang. Alhamdulillah, hujan itu rahmat kan. Menyuburkan tanaman2 di muka bumi ni.

Ok la, lama tak buat entry baru. Hari ni nak kongsi sikit tentang zikir. Terfikir pulak kalau kita dengar lagu kat radio tu, cepat je mulut kita boleh ikut lirik lagu tu kan. Lagu dah habis pun mulut masih terbawa-bawa menyayikan lagu tu. Sambil drive ke, sambil buat kerja kat office, kat rumah, kat mane-mane la. Kadang2 tanpa radio atau lagu kat PC, laptop atau handset pun kita boleh je menyanyi-nyanyi sendiri, macam2 la lagu yang menjadi kegemaran waktu tu kan.

Tapi kenapa kita susah sangat nak biasekan diri membasahkan lidah dengan zikir..? Antara zikir dan lagu, kenapa lagu-lagu tu jugak yang menjadi pilihan. Zikir sebenarnya bukan je dapat memberi ketenangan, tapi banyak lagi kelebihannya. Kat sini aku nak kongsi dari apa yang aku baca tentang berzikir, dari majalah Solusi Isu No.36:

[google image]
Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, Baginda Nabi s.a.w. berlalu melintasi Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim bertanya: "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?" Jibrail menjawab: "Ini Muhammad." Nabi Ibrahim lalu berkata: "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas." Nabi s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?" Nabi Ibrahim menjawab: "Ucapkan kalimat 'la hawla wa la quwwata illa billah'." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.

Al-Tirmizi dan al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca 'Subhanallah al-azim wa bihamdih', maka akan ditanam baginya pokok kurma di syurga.

Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca: 'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar', akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga."

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah: "Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran."

Hidup kita kat dunia ni kan sementara je. Kehidupan akhirat itu yang kekal. Jadi pilih la antara zikir dan lagu. Jom kita sama-sama membina rumah dengan pohon-pohon untuk kita diami di syurga nanti. Allah menjanjikan syurga buat hambanya yang mentaati perintah Allah, memperbanyak amalan soleh, dan meringankan lidah dengan berzikir.


~Wassalam~

7 comments:

Eera Shera said...

dengar zikir dan lagu2 yang memuji Allah..hati rasa kuat dan teguh ;)

Miss Purple Ungu said...

nice sharing
mari sama2 amalkan zikir :)

Salina Mat Isa said...

ok jugak lagu2 memuji Allah kan, jgn lagu2 yang melalaikan sudah la...

monologmalamhari said...

suka entry nie .
:)

Eera Shera said...

ok sy doakan akak ngan baby selamat dan sihat ek... doa banyak2..nanti baby dah lahir jangan lupa letak gambar baby ;)

msredcheesecake said...

Kat office msred ada adik ni rajin buka bacaan quran dan zikir bagi satu bilik dengar... Mula2 dulu cam terganggu, tapi skang, rasa tak best pulak kalau dia tak buka....

Salina Mat Isa said...

bagus la camtu..tenang je buat keje,drpda psg lagu entah ape2 yg lgi bsing dn lgi mengganggu kan...