Assalamualaikum...
Berita gembira..? macam dah selamat bersalin je...hehe...pada yang dah tau aku ni tengah tunggu hari tuk bersalin kan, mesti ingat aku dah bersalin kan. Belum lagi sebenarnya. Dah over due, tapi doktor bagi tarikh sampai 12hb, kalau tak bersalin jugak, kena induce. Orang cakap induce tu lagi sakit dari sakit normal. Doktor tu pun cakap seeloknya jangan sampai kena induce.
Sebenarnya hari Rabu 7hb tu aku pegi check up. Sebab dah overdue, doktor tu cek kontraksi. Dia cakap ada kontraksi sikit-sikit. Kontraksi tu maksudnya pengecutan rahim bila sampai masa nak bersalin tu. Pastu doktor cek jalan pulak, dah bukak tapi baru 1.5cm, dan dah ada tanda, keluar darah lepas dia cek tu. Dia suruh masuk wad. Terkejut gak la, dah nak bersalin ke. Doktor tu cakap 'dah ada tanda' sambil tersenyum, macam berita gembira la dah nak bersalin kan, saat yang ditunggu-tunggu. Tapi masa tu tak tau ape yang aku rasa, lebih kepada takut. Bukan tak bersedia, tapi perasaan takut tu tetap ada sikit-sikit.
Encik suami pun tanya la kalau tak masuk wad lagi boleh tak. Doktor tu pun cakap, dah ada tanda, tapi jalan baru 1.5, mungkin dalam 2,3 hari lagi bersalin. Dia suruh masuk wad sebab pregnant anak pertama, tak de pengalaman lagi. Dia cakap lagi, kalau tak nak masuk wad tak pe, nanti kalau dah sakit baru datang. Kalau tak sakit sampai 12hb kena induce. So aku tak masuk wad la hari tu. Kalau masuk wad sure bosan sangat, tak tau nak buat ape.
Hari ni dah 9hb kan. Pagi tadi bangun nak solat subuh, masuk toilet, rasa macam ada air keluar. Air jenih dan berlendir sikit. Aku pun bagitau encik suami, air mentuban ke. Air tu keluar sikit-sikit, sampai sekarang pun masih keluar sikit-sikit. Mak mertua cakap keluar sikit-sikit belum lagi nak bersalin, sebab belum sakit. Aku pun dah confius ni...nak pegi hospital ke tak...last-last sempat aku menaip entry ni kan. Memang belum rasa sakit, tapi risau jugak la, air ni dah keluar, takut tak sempat je nanti nak pegi hospital. Semoga selamat dan tak de apa-apa yang buruk berlaku.
~Wassalam~
11 comments:
rasanya lebih baik pergi hospital kot...langkah berjaga2...kalau tentang induce tu akak pun tak tahu, semoga semua selamat..Amin
yeke kak..mmg risau jgak,tapi nak g hospital awl2 nnti klu blm nak brsalin dia asyik nak 'cek jln' tu yg tk sanggup tu...
g ler hosp cepat kak . risau je bace nih sbb ank pertama kan..
semoga semuanyer selamat hendakNya..aminnnn
semoga selamat hendaknya kak :)
smga salina slmt melahirkan...
mesti cute baby tu :)
better pergi hospital...
harap2 semuanya selamat..
semoga selamat bersalin...
Entry ni hari jumaat... Hari ini dah selasa... Dah bersalin ke? Tak sabar pulak tunggu berita gembira.... Muga semuanya dipermudahkan...
akak baby mesti dah lahir kan? boboi ke gegirl? nnt share la gambar ye..nk tgk gmbr si comel tu ;)
mesti da bersalin ne......happy new year :)
lama tak update.. selamat tahun baru..
Post a Comment