Tuesday, 23 October 2012

10 bulan ~ 6.4kilogram??

Assalamualaikum...

Dah pernah tengok cara Hakim turun katil kan, kali ni tengok Hakim naik katil pulak..^^




Khamis minggu lepas, 11/10/12, Hakim cukup 10 bulan. Cam biasa, pergi klinik kesihatan, check up bulanan. Cam biasa jugak la, mula-mula timbang berat. 6.4 kilo, bukan setakat turun, graf dia dari area kuning dah masuk area merah iaitu kawasan kekurangan zat makanan. Bersedia je la kena bebel dengan cik misi. Masuk je bilik untuk jumpa misi tu, baru duduk dia terus tanya 'anak pertama kan?' Aku jawab 'ya'. Misi tu cakap 'awak ni saya tengok memang tak pandai jaga anak, tak pandai menguruskan anak..'. Aku jawab dalam hati 'haa??apesal dia ni..selamba je nak cakap camtu kat orang, agak-agak la kalau ye pun..'. Masa tu memang geram je, tapi boleh control lagi la. Buat dek je misi tu nak cakap apa. Aku anggukkan je la apa dia cakap lepas tu. Last-last dia suruh pergi makmal cek hb darah Hakim, pastu pergi jumpa doktor.

Pergi cek hb darah Hakim dulu, menjerit Hakim kat situ kena cucuk jari dia. Hb darah Hakim 9.8. Maknanya kurang darah la kan. Pastu menunggu untuk jumpa doktor. Dah masuk bilik doktor tu, doktor ni memang dari pregnant dulu dah kenal, baik je dia cakap, dengan senyuman. Tak de la cam misi tadi tu, terus nak keluar ayat pedas je. Doktor cakap 'kadang-kadang budak ni kecik memang sebab ikut genetik, asalkan dia sihat, perkembangan ok, tak de masalah' Lega sikit la doktor cakap camtu. Doktor sambung lagi 'tapi hb dia ni 9.8 kira memang tak cukup zat jugak ni..bagi susu badan je ke?' Aku jawab 'susu badan je tak de campur' Doktor pun sengih 'patut la, ni entah-entah mak nya pun kalau cek darah kurang darah jugak ni, sebab menyusukan anak.., saya bagi vitamin dan ion untuk anak dan untuk mak nya sekali la, makan macam masa pregnant dulu..' Haa?? aku pun kena makan vitamin yang macam masa pregnant dulu?

untuk hakim..nama kat situ syafiq ye..

Hrmm..terima je la, makan je la kan. Hakim punya vitamin tu dalam bentuk cecair la, satu botol multivitamin, satu lagi ion, warna hitam, kena bancuh dengan air, bagi minum pakai straw, kalau tak nanti warna lekat kat gigi cam warna karat. Tapi mula-mula bagi elok lagi dia nak minum, lepas tu sekarang ni dia dah tak nak, dia tau air tu je terus dia tak nak minum pun. Yang multivitamin tu bagi pakai picagari cam bagi ubat tu. Hari-hari la kena paksa Hakim, abah dia pegang, umi dia masukkan vitamin.

Pasal makan pulak, kan sebelum ni aku cerita Hakim susah nak makan, tapi sejak 2-3 hari ni macam dah ok pulak, suap je elok dia nganga mulut nak makan. Kalau dulu nak suap susah sangat, pandai je dia larikan mulut dia la, keluarkan makanan yang dah masuk mulut la. Sekarang dah nak makan, sebab aku dah tak masak bubur untuk dia. Dia tak nak makan bubur. Aku bagi dia makan masa aku dan orang lain makan. Maksudnya dia makan nasi dan lauk cam orang besar la. Tapi untuk dia aku lenyekkan sikit la. Sayur memang masak ada lobak atau kentang untuk dia, masak sampai lodoh. Tau tak lodoh tu apa? Kira cam sampai lembik la. Lauk ayam atau ikan lenyekkan sikit. Suka pulak dia makan camtu.

Tapi aku risau jugak, boleh ke dia makan yang kasar camtu? Sepatutnya memang dia kena makan bubur je kan? Tadi pun dia 'ukk ukk' najisnya ada carrot yang tak hancur tau...huhuu..Lagi satu dia suka makan jemput-jemput. Bagi dia bahagian dalam yang lembut. Tapi dia memang suka sangat dapat pegang sendiri dan suap sendiri. Pastu masuknya besar-besar dakam mulut dia. Haritu buat jemput-jemput labu, letak bawang dan ikan bilis yang ditumbuk halus, suka sangat hakim makan. Harap-harap bulan depan timbang lagi naik la berat hakim sikit pun jadi la, banyak pun lagi bagus..hehe..

Baru ni berchating di FB dengan kawan masa belajar dulu. Dia tanya hakim underweight ke. Rupanya anak dia, anis, pun dah setahun graf masuk line kuning jugak. Sebelum setahun dia cakap atas pagar, hampir-hampir nak ke kuning jugak. Pastu dia cakap anak dia pun darah O, dia dan suami dua-dua darah B. Sama dengan Hakim la camtu, darah O, aku dan encik apis darah B, macam aku cerita sebelum ni. Dia baca cerita aku kat blog ni rupanya tu yang dia tau dan PM aku kat FB. Hrmm..entah ada kaitan ke jenis darah tu.


wassalam^^

11 comments:

cikeyrah said...

haihh . .apelah misi tue ckp mcm tue ..

Unknown said...

penah keja ngan misi, mmg ade je mulut yg suka sound2 gitu..

Awak tak bagi Hakim mkn benda2 lain ke? Roti/biskut utk baby? Abg Hakim dulu pun byk mkn benda2 macam tu.. Lagi satu bubur nasi tu awak pelbagaikan rasa nyer. Budak mmg cepat bosan dengan satu rasa :)

*harap dapat membantu :)

Dkna Abza said...

HAKIM MAKAN BEBANYAK TAU..BIAR CEPAT BESAR :)

Kakzakie Purvit said...

Doktor biasa memang lebih berhemah bila membari konsultansi. Harapnya lepas ini Hakim bertambah sihatlah. Ada budak jenis susah makan memang buat hati tak senang kan..

Kancil 8349 said...

comelnya...semoga sihat selalu

BERT said...

amboi nurse tu tak patut ckap camtu.. kalo sy mmg kecik ati dah.. seseddap rase saun camtu.. dahla anak sakit disaun plak camtu.. moga sihat ya :))

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alololo comelnyer hakim...ader ke ptt nurse tu ckp camtuh kan

MAY said...

EE..SUKE ATI JE CKP ORG TAK PNDAI JAGE ANAK?KLINIK MANE YG NURSE GARANG BEBENOR NI

gadisBunga™ said...

beza kan doktor dengan misi...

tapi tak semua misi macam tu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

ololo..mkn byk2 ok..

Unknown said...

mg lepas ni,..hakim makin berselera