Assalamualaikum...
Lamanya tak update..hehe..rindu pulak lama-lama tinggalkan blog ni. Entah ape yang disibukkan sangat tak tahu la. Eh..korang dah tengok ke dress dan blouse baru kat 'anggun solehah shop' tu?? Cantik-cantik tau. Klik je link kat sidebar tu atau kat banner comel tu ye. Mana lah tau ada yang terbekenan nak pakai raya haji nanti..hehe^^
Last story pasal Hakim demam lagi kan. Lepas 2-3 hari tu Hakim dah sihat sepenuhnya. Tapi memang susah sangat nak bagi dia makan. Hakim dah tak de selera makan ke ape?? Makin kurus la camni. Khamis ni nak g Kk kena timbang confirm kena bebel ngan misi. Ibu-ibu jom la tolong bagi pendapat sikit. Camane lagi nak bagi Hakim suka makan. Gambar atas tu pun Hakim makan biskut
Macam-macam cara dah masak bubur nasi dia. Ayam,ikan,udang, daging, bubur lambuk, labu, semua dah..tapi dia camtu jugak. Bila disuap tak kira guna sudu atau tangan digeleng-geleng kepala nak larikan mulut dia tu. Sekarang dah pandai muncungkan bibir tanda tak nak makan. Huhhh..geram je dibuatnya.
Ada orang cakap, diorang bagi nestum bancuh sekali susu, masuk botol susu. Tapi Hakim mana ada minum susu pakai botol susu. Hakim minum susu direct je, fresh from me okay..!! Aku tengok ramai je anak orang lain yang fully breastfeed tapi tembam-tembam, montel-montel. Tak pun tak de la kurus cam Hakim ni. Encik apis cakap dah rezeki Hakim camtu. Umi Hakim pun kecik, tak kan tetiba Hakim besar pulak. Nanti orang tengok pelik jugak. Lagi satu kan, encik apis cakap sebab Hakim darah O, sebab tu kecik. Dia cakap orang darah O memang kecik. Kitorang pun pelik camane Hakim boleh darah O. Sebab aku darah B, encik apis pun darah B. Boleh ke Hakim darah O??
Wassalam^^
Published with Blogger-droid v2.0.4
9 comments:
alololoooo dah siht tak nak makan lakk dak kecik neh. huhuhu.
budak2 nk besar krg makan la asyik nk main jer..hr tu wani bg vit kt qalief kejap utk lalu makan hehe
Anak tak nak makan memang susah hati. Kalau jumpa doktor tak ada masalah tak apa tapi biasa doktor akan bagi vitamin utk selesaikannya... cubalah.
samalah cam alisha... dulu time BF, mmg lps demam xnak mkn.. pastu bdn xbesar sgt.. ramai yg tegur... hubby sy pun cakp camtu gak, dah ibu alisha ni kurus, mana alisha nak gemuk...
saya n alisha pun darah o..
samalah cam alisha... dulu time BF, mmg lps demam xnak mkn.. pastu bdn xbesar sgt.. ramai yg tegur... hubby sy pun cakp camtu gak, dah ibu alisha ni kurus, mana alisha nak gemuk...
saya n alisha pun darah o..
oo baru tahu pasal darah O tu biasanya kurus. Semoga baby comel tu lalu makan, tapi nampak dia elok je mamam tu
yang penting hakim dah sihat :)
nanti bile dah sihat sepenuhnye mesti hakim makan banyak...
kiut sangat tengok dia makan...
ololo...kesiannya..mmgkn kita sgb mak ni ckup risau bila anak2 tak sehat :(
Post a Comment