Assalamualaikum...
Baru nak cerita aktiviti hari ahad lepas, hehe..Hari ahad lepas banyak aktiviti, pagi sampai malam. Pagi tu pukul 10 lebih mandikan Hakim dalam kolam kecik tu, bukan main lagi sukanya dia. Nak angkat mengamuk tak nak naik, nak main air lagi padahal dah bersin-bersin dah tanda sejuk.
hakim pegang apa la tu..hee..^^ |
Lembu baka brahman |
kejap je dapat pakaikan topi tu, sekejap je dia dah tarik nak buang.. |
Balik dari tengok lembu dan kambing tu dah pukul 3 petang. Dah penat dan pening kepala pun ada. Terus tidur. Tapi dalam kepala duk pikir nak pergi expo mom&baby tu. Encik apis pun banyak kali kejut tanya nak pergi tak. Dia sebenarnya kalau tak pergi lagi dia suka. Last-last pukul 5 baru siap-siap mandikan Hakim, sempat tidurkan dia kejap sementara kitorang bersiap. Pukul 6 lebih baru keluar rumah. Tu yang pukul 7 lebih sampai JB.
Expo ni bermula hari jumaat sampai ahad, 10 pagi sampai 9 malam. Dapat pergi sekejap je,last minute. Sampai dah pukul 7.30 malam, jalan pusing semua booth sampai pukul 8.40 malam. Ada booth yang dah kemas barang pun. First beli berus pencuci straw botol air hakim. Jalan lagi, beli baju hakim sehelai dan kasut sekali stokin yang comel dan kelakar tu..cer tengok gambarnya tu. Nak beli kaler biru tapi dah abis yang kecik. Beli la kaler merah.
Pastu jalan lagi jumpa booth jual playmat. Memang dah beli playmat sekeping letak tepi katil. Tapi Hakim dah banyak langkahnya. Dia suka pulak turun katil pastu jalan ke hujung katil sampai meja solek, pegang la apa yang ada kat situ. Tapi lantai kat situ memang mozek, tak berlapik. Setakat ni tak de la jatuh lagi. Tapi takut la jugak nanti terjatuh kan. So kami beli lagi playmat kat booth tu. Kali ni yang besar dari yang first dulu,RM99.
Last sekali beli diapers Hey baby kat booth Drypers,murah, 2 yang besar dapat RM45, kiranya satu RM22.50. Ingat nak beli cloth diapers, tapi tak jumpe pulak boothnya. Cloth diapers hakim baru ada 6 keping, tu yang kena campur guna diapers pakai buang jugak. Nak beli mainan tak jumpe yang berkenan. Ramai orang lagipun walaupun dah nak tutup. Ada booth-booth yang masih sesak.
Lepas tu dah lapar, pergi makan kat Mama chop papa grill di Tampoi,JB. Dua-dua oder grilled sirloin steak, steak daging batang pinang. Sebab dah lama tak makan. Tapi memang agak mahal jugak kat sini. RM16.90 satu set tu. Tapi puas hati jugak la,besar steaknya. Balik rumah sampai jam 11.30 malam, kepenatan dan mengantuk..!!
Grilled sirloin steak |
Wassalam^^
10 comments:
banyakknyaaa aktviti huhuhuhu
assalamualaikum salina....wah best juga kan...ingatkn nak pi juga tapi tak dapat pi ....:)
seronoknya hakim mama beli banyak barang yer.. :-)
Ish..seksinya hakim....hehe..
hensemnya lembu tu..hehe.. =)
tgh tggu baby expo kt KL ni:) mmg suka pegi sbb ada great bargainskn :)
padat aktiviti tu
wah padat aktiviti...hakim dpt stuff baru yer...hakim mcm qalief klu dpt mandi kolam mmg susah la nak naik hehehe
sexynya hakim.. :)
gi danga ada jumpe nur tak hehehe kt pintu masuk... hehehehe edar flyer autumnz...
Post a Comment