Saturday, 12 May 2012

Banner, watermark & widget melekat

Assalamualaikum...

Nampak tak banner blog Anggun Solehah Shop tu?? Saje je nak buat banner. Tempah kat miss Z. RM 5 untuk banner tu, dan watermark RM 2. Tapi ada diskaun, miss Z bagi RM 5 je dua2.


Banner



Watermark

Ok la hasil kerja miss Z. Puas hati, dan boleh dirunding. Dua kali kot miss Z tukar-tukar nak ikut cam yang aku nak. Korang nak? Tempah la kat miss Z. Aku sebenarnya m_l_s nak belajar buat banner dan watermark tu, nak pikir design lagi kan. So tempah je la senang.

Yang kat tepi belah kiri tu pulak, nampak tak banner tu melekat je kat situ walaupun korang scroll ke bawah atau ke atas..tadi jumpe tutorial kat blog Masz Sidek, cam simple je nak buat, terus la apply kat sini. Boleh buat untuk widget-widget lain jugak tau. Korang nak buat pergi belajar tuto tu ye..


wassalam^^


Friday, 11 May 2012

Promosi Blogshop - Anggun Solehah Shop

Assalamualaikum...

Entry terpaku sehinnga 11 Mei 2012, untuk entry terbaru sila scroll ke bawah ye..^^
Sebelum tu sila lah baca dulu entry promosi ni^^




Anggun Solehah Shop menjual blouse, jubah, dress, skirt, pants, dan tudung untuk wanita muslimah dengan fesyen dan design terkini. Kami mengadakan promosi pembukaan dengan Free postage untuk pembelian melebihi RM 100 untuk sekali pembelian. Cepat-cepat!! Dapatkan barangan kami dengan harga berpatutan dan tanpa kos penghantaran!!


Jom shopping!!!



Terima kasih...wassalam^^

tak pe ke injection lambat??

Assalamualaikum...

Tak perasan pulak tarikh untuk check up Hakim 5 bulan yang ditulis dalam kad tu 10/5, semalam la. Biasa kan ikut tarikh lahir dia 11hb. Jadi tadi pagi-pagi dah kejutkan Hakim dari tidurnya yang lena. Nak g check up, kena cucuk untuk 5 bulan.

siap peluk tangan abah dia lagi..
Tapi sampai je klinik tengok tak de orang. Kosong je tempat ibu dan anak tu. Masuk tengok ada sorang nurse, tapi pakai baju t-shirt dan seluar track. Tanya la dia tak de check up ke hari ni. Dia cakap hari ni tak de, ubat pun tak de keluarkan. Dia suruh datang hari Isnin je.

Huaaaa....penat je datang pagi-pagi. Selamat la Hakim hari ni tak kena cucuk. Aku pulak dah plan nak balik Pahang esok petang atau Ahad. Dah lama tak balik, ada dekat 3 bulan kot. Dah rindu dah atuk kat Pahang nak jumpe cucu. Kalau balik esok atau Ahad sure la Isnin masih kat sana, camane nak g check up Hakim.

Tak pe ke kalau lambat inject? Ke boleh pergi klinik kesihatan kat Lipis je untuk inject 5 bulan? Boleh ke camtu? Tak tanya pulak nurse tu tadi.


wassalam^^

Thursday, 10 May 2012

Segmen: Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Ain!!!

Assalamualaikum...

Malam ni jalan-jalan jumpe segmen lagi. Ramai la yang buat segmen sekarang. Macam-macam segmen ada. Nak join banyak-banyak tak sempat. Mana yang sempat je la join. Segmen yang simple je boleh la join. Jom kita join ramai-ramai.



nak join klik gambar ye^^


Bila la blog teratak hati nak buat segmen ye..^^


wassalam^^