Sunday, 12 August 2012

First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH..GA INI DAH TAMAT!!!

STICKY POST UNTIL 12/8/2012
UNTUK ENTRY TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH YE ^^

First time nak buat giveaway ni. Ada tak yang nak join ek??? Jom la korang join ramai -ramai ye. Senang je nak join ni. Hadiah pun menarik tau. Sponsored by Anggun Solehah Shop^^..



Jom tengok syarat-syaratnya:

1. Terbuka kepada semua FOLLOWER blog teratak hati.
2. Wajib follow blog sponsor, Anggun Solehah Shop.
3. Wajib Like fanpage Anggun Solehah Shop.
4. Buat entry bertajuk ' teratak hati 1st Giveaway^Jom Berpakaian Muslimah!! '
5. Letak banner kat atas tu dalam entry, link kan ke entry ini.
6. Letak Link sponsor dalam entry - Anggun Solehah Shop.
7. Tag seorang blogger, lebih pun boleh, pastikan dia tahu.
8. Jawab soalan ni:
   
# Senaraikan ciri-ciri pakaian seorang muslimah. Paling kurang 2, lebih pun lagi bagus.

# Letak sekeping gambar sebagai contoh, yang menunjukkan ciri-ciri pakaian muslimah yang korang list kan tu. Boleh guna gambar sendiri, orang lain (mintak permision dulu ye), atau gambar kartun/doodle.

9. Letak link entry korang tu kat kotak komen entry ini, beserta detail berikut:

    id follower
    id facebook

Pemenang  pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan jawapan yang dirasakan tepat, sesuai, menarik. 5 hadiah saguhati juga diberikan secara cabutan bertuah.

Giveaway ini bermula hari ni, 13/7/2012 sehingga 12/8/2012 jam 12 malam.


Nak tag msredcheesecake^^

Jom tengok hadiahnya!!!
UPDATE : Senarai peserta
UPDATE: Tarikh tamat mungkin berubah??


wassalam^^

Saturday, 11 August 2012

8 bulan ~ dah banyak Hakim pandai..

Assalamualaikum...

Sebelum nak cerita pasal Hakim, nak cakap pasal GA. Daripada komen-komen di entry sebelum ni, ada yang mintak untuk ikut tarikh tamat yang asal sebab belum sempat join, dan ada yang cakap kalau pos hadiah pun mungkin orang dah balik kampung awal, tak de orang kat rumah. Jadi aku decide tuk teruskan je la tarikh tamat yang asal tu iaitu 12hb ogos 2012. Kepada yang cakap nak join tu, sila join cepat-cepat ye. Tinggal 2 hari je lagi ni tau. Yang dah join tu sabar ye, kalau ada rezeki menang tak kemana..hehe...

Hakim hari ni dah cukup 8 bulan. Dah macam-macam benda baru yang dia pandai. Yang selalu buat semua orang ketawa, Hakim dah pandai lentok-lentokkan kepala dia ke kiri dan ke kanan. Mula-mula dulu dia buat camtu bila kita nyanyikan 'La Ilahaillallah..Muhammadurrasulullah..' Tapi sekarang bila dengar zikir-zikir lain, lagu-lagu kat radio atau tv, semua dia nak lentokkan kepala. Kadang-kadang sekali badan dia gerakkan macam nak berjoget pulak. Time nak suapkan dia makan, bacakan doa makan pun dia buat camtu. Hahaaa...memang satu rumah ketawa aje tengok aksi dia tu. Entah dari mana dia belajar tak tahu la.

Selain tu, Hakim dah pandai bercerita tau. Dalam bahasa dia la, memang tak paham pun. Tapi tu ada time dia la. Setakat ni bunyi yang dapat difahami ialah 'da' 'bah' 'abah' 'babah' 'ma'. Tapi dia sendiri pun tak tau apa yang disebut tu. Baru aku tau rupanya perkataan abah dan mak memang asalnya dari bunyi/perkataan awal bayi. Patut la ada orang cakap budak akan pandai sebut 'abah' dulu. Kalau sebut 'ibu' mesti lambat baru dia boleh sebut. Kalau 'umi' lagi la lambat kot.

Hakim punya movement pulak,camane ek nak cakap.. Dia memang dah lama boleh meniarap sendiri. Tapi dari dia 6 bulan lebih, dia hanya boleh meniarap dan pusing-pusing ke kiri dan ke kanan. Kadang-kadang dia boleh buat pusingan 360 darjah dalam keadaan meniarap tu. Tapi sampai sekarang dia masih belum boleh bergerak ke depan dalam keadaan menirap. Merangkak lagi la belum. Kadang-kadang nampak dia nak gerak tapi macam makin ke belakang. Kadang-kadang dia cuba angkat punggong/menonggek, tapi terlentang balik. Setakat tu je la yang dia boleh. Bukan boleh lama-lama baring atau meniarap, mesti tak lama nak nangis je.

Hakim perasan dah boleh berdiri

Kalau duk dalam walker memang dia suka sangat. Laju je dia kayuh kaki nak mencapai-capai benda yang dia nampak. Kalau berdirikan dia pun memang dia suka, kadang-kadang berdirikan dia pijak lantai, laju je kaki dia melangkah. Perasan dah besar la Hakim ni kan. Belum boleh berdiri sendiri pun lagi dah berangan nak berdiri dan berjalan aje.

Gigi?? Belum tumbuh pun lagi. Tapi asyik nak menggigit je. Gigit dengan gusi dia pun sakit tau. Sekarang selalu je dia gigit my nipple time menyusu tu. Huhuuu..tu belum ada gigi, kalau dah ada gigi camane lah kan. Betul ke kalau budak nak tumbuh gigi mesti demam? Setakat ni Hakim memang tak pernah demam, dari lahir sampai sekarang. Sihat-sihat je. Walaupun dia seorang yang 'kecik'. Berat badan dia kalau ikut graf perkembangan bayi tu, memang tak cukup naik. Tak tau nak bagi makan apa dah. Macam tu jugak. Minggu depan baru pergi klinik kesihatan untuk check up Hakim.


wassalam^^

Thursday, 9 August 2012

Ada lagi ke yang nak join GA ni??

Assalamualaikum...




Rasa-rasa cam nak tamatkan GA ni awal. Mungkin esok. Sebab dah nak raya ni kan. Kalau esok tamatkan GA, lusa (sabtu) umumkan pemenang, pastu sampai Ahad pemenang boleh bagi detail untuk pos hadiah. Isnin dah boleh pos hadiah kepada pemenang. Sebab pos laju national courier kan dah umumkan tarikh last untuk pos barang ialah pada 15hb ogos ni. Untuk jaminan barang sampai sebelum raya. Kalau lambat jawabnya lepas raya la baru sampai. Kalau boleh aku nak pos hadiahnya hari Isnin, 13hb, InsyaAllah sampai kepada penerima sebelum raya. Boleh la pakai masa raya kan...ececeh..macam la korang nak pakai masa raya. Ala mana la tau ada yang sesuai or matching2 ke, boleh la pakai, raya kan sebulan..kan3x..??hehe..

Tapi..tapi......ada ke yang nak join lagi GA ni? Mana la tau ada yang dah berhasrat nak join, tapi tak sempat atau sengaja tunggu saat-saat akhir iaitu 12hb tarikh asal GA tamat. Kesian pulak kan, kang terkejut pulak, baru nak join 12hb tu tengok-tengok dah ditamatkan awal pulak. Kecewa guling-guling pulak orang tu nanti. Ceh..perasan pulak aku ni, macam la orang kempunan sangat nak join GA aku yang tak seberapa pun ni. Hrmmm..apa-apa pun harap-harap kalau ada orang yang berhasrat nak join tu, baca la entry ni ye.

So apa pendapat korang?? Nak tamatkan esok ke nak ikut tarikh asal? Korang yang dah join tu kalau menang nak tak hadiah sebelum raya? Atau tak kesah dapat selepas raya?? Aku pun pening duk pikir ni..~_~

UPDATE: tarikh tamat ikut yang asal, 12hb ogos, ESOK!!!

wassalam^^


Senarai peserta GA ~ First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada yang sudi join dan support GA pertama aku, First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!. List yang join adalah seperti berikut:

1. http://hasnulizzah.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
2. http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
3. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
4. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
5. http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
6. http://gulahatimama.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
7. http://wwwrabiatuladawiyah.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
8. http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
9. http://tiharaga.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
10. http://mayandhanis.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
11. http://maszull.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
12. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
13. http://kasihhannah88.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
14. http://sayacikbulat.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
15. http://mujadafewa.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
16. http://iamateslian.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
17. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
18. http://nadiaelena.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
19. http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
20. http://thelittlefh.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
21. http://kanokino.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
22. http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
23. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
24. http://sna-aai.blogspot.com/2012/08/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
25. http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1stgiveawayjom-berpakaian.html
26. http://solehahgirlz.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Kalau ada yang join tapi tak de dalam senarai sila bagitau ye..hehe..thanks^^

wassalam^^