Friday, 30 March 2012

Susu Terakhir buat si kecil-

Assalamualaikum...

Nak share kisah sedih ni, copy from facebook, kasih seorang ibu..




Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis reta...
k berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...



Sama ada cerita rekaan atau benar-benar terjadi, memang sedih kan..sama-sama kita renungkan danjadikan pengajaran...

wassalam^^

Thursday, 29 March 2012

Breastfeeding is a sunnah

Assalamualaikum…

Jom kita review dan hayati kisah Rasulullah s.a.w ni. Nabi Muhammad s.a.w. disusukan oleh ibunya Aminah sejak dilahirkan. Tetapi hanya sekejap dan ditakdirkan susu Aminah kering. Aminah bersusah payah mencari ibu susuan untuk Nabi Muhammad s.a.w. Aminah tetap tidak mahu memberi  Muhammad susu lembu atau haiwan lain, walaupun anaknya terus menangis kelaparan sepanjang perjalanan menghantar Muhammad kepada ibu susuannya, Halimatun Saadiah. Allah mentakdirkan susu Aminah kering, dan Nabi disusukan oleh Halimatun Saadiah sehingga umurnya dua tahun. Kisah Nabi Muhammad ini adalah sebagai panduan dan pengajaran kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
·         Setiap bayi yang dilahirkan perlu disusukan dengan susu ibunya sendiri.
·         Ibu perlu berusaha menyusukan bayinya dengan susunya sendiri.
·         Andainya ditakdirkan susu ibu kering, Allah telah memberi contoh kepada kita apakah yang terbaik untuk bayi tersebut, iaitu mencari ibu susuan.
·         Anak perlu disusukan dengan susu ibu sehingga umurnya genap dua tahun.
Tetapi dalam masyarakat kita sekarang memang tidak diamalkan memberi anak kepada ibu susuan. Sekarang bukan setakat susu ibu kering, susu ada tetapi masih nak bagi bayi susu formula atau susu tepung, yang kita semua tahu adalah susu lembu kan. Antara alasannya:
·         susu badan je tak cukup untuk bayi tu kenyang dan membesar.
·         susu badan sikit/kurang, kena campur susu formula.
·         Perlu bekerja, tak dapat nak susukan anak.
Macam-macam lagi alasannya kan. Setiap bayi yang dilahirkan tu berhak mendapat susu ibunya sendiri. Kalau rasa susu badan sikit, ibu sendiri perlu berusaha supaya susu sentiasa cukup untuk bayi. Yang paling penting ialah kemahuan ibu itu sendiri. Kalau dah berusaha dan ditakdirkan betul-betul susu kering, dan tidak dapat mencari ibu susuan, baru lah bagi susu formula pada bayi.
Ceramah maulidur rasul yang aku dengar kat radio, ustaz tu cakap, salah satu syarat menjadi ibu susuan ialah anak yang disusukan tu berumur bawah 2 tahun. Jadi kalau bayi yang bawah umur 2 tahun dah diberi susu lembu macam mana tu?
Usaha dan doa adalah kunci segalanya. InsyaAllah, aku akan terus menyusukan si kecil Hakim dengan susuku sendiri, sehingga Hakim genap dua tahun.

Semoga Allah memudahkannya untukku dan Hakim. Amin…

~Wassalam~

Tuesday, 27 March 2012

Bungkusan nationwide express lagi~hadiah penebusan Anmum

Assalamualaikum…

Wah..seronoknya!! Korang jangan jeles tau..(macam la aku sorang je yang dapat) hehe..

Tengahari tadi dapat lagi dua bungkusan nationwide express. Sebelum ni dah cerita kat entry ni tentang hadiah penebusan Anmum. Kali ni dapat lagi dua hadiah penebusan. Selimut arnab dan thermometer infrared. Selimut arnab tu macam sesuai untuk baby girl je kan, pink gitu..boleh ke Hakim pakai??huhuhu…

~Wassalam~

Saturday, 24 March 2012

Hakim : Perkembangan bayi 3 bulan

Assalamualaikum…

Hari ni Hakim dah 3 bulan 13 hari. Perkembangan yang dapat dilihat dengan jelas ialah melalui tangannya yang makin ligat. Aktiviti utama adalah menghisap tangan. Bukan hisap jari, tapi tangan dia genggam cam penumbuk tu, pastu dia bawak ke mulut, jilat dan hisap. Bukan main lagi bunyi hisapannya tu. Kadang-kadang sampai dua2 belah tangan dihisapnya sekaligus.
tangan mesti kat mulut..
Selain tu, Hakim selalu gosok-gosok telinga dia sampai merah-merah. Waktu menyusu pun macam-macam aksi tangan dia. Kadang-kadang dia genggam baju aku, kuat jugak genggaman dia, rambut pun dah berapa kali kena tarik dengan tangan Hakim. Lagi satu bile dia tengok benda dekat dengan dia mesti tangannya macam nak capai-capai benda tu.
bangun tidur je nak gosok telinga..

Hakim dah makin kenal bunyi-bunyi. Masa bawak dia pergi stor tempat kerja abah dia, Hakim macam bad mood je, mak su dia bawak dia duduk atas forklift, pastu bunyikan hon banyak kali, dia boleh ketawa pulak. Masa tu la ketawa dia paling gembira sangat gayanya. Biasenya dia hanya senyum-senyum dan ketawa sikit-sikit je bile mainkan mainan bunyi-bunyi dia tu. Dia lagi suka bunyi hon forklift rupenya..hehe..

Hakim bersama forkliftnye..

Jom bace sedikit info dari majalah Pa&Ma keluaran April 2012:

Bayi bawah usia 3 bulan sudah meneroka mindanya melalui aktiviti bermain. Aktivitinya bukan sekadar minum susu dan menangis. Renungan mata, pergerakan genggaman tangan yang spontan serta sentuhan mama,papa dan ahli keluarga lain adalah aktiviti awal si manja dalam menerokai dunia barunya.
Bayi berusia 3 bulan ke atas memiliki aktiviti lebih khusus. Perasaan ingin tahu tertumpu pada tarikan bunyi dan visual yang ada di sekelilingnya. Bayi lebih gemar bermain dengan tangannya sendiri, mengenali wajah orang terdekat, dan mengamati permainan. Sesi memandikannya juga boleh menjadi salah satu aktiviti menyeronokkan baginya seperti menepuk-nepuk permukaan air atau meletakkan permainan di dalam besen mandinya.

Hakim bile dibawa duduk depan tv, dia tengok tv tu macam faham je. Bunyi dan warna-warna dari tv tu sebenarnya yang menarik perhatian dia, lagi-lagi kalau tengok kartun, bukannya dia faham pun, tapi kan banyak colour-colour.
Masa mandi pun tak duk diam Hakim ni. Ditendang-tendangnya air dalam besen mandi tu sampai tepercik keluar, habis basah lantainya. Kalau sabunkan tangan dia, kena cepat-cepat bilas, kadang-kadang waktu mandi pun dia nak bawak tangannya ke mulut.
 
 
Aku nak kongsi satu info mengenai persoalan dalam entry Intan Berlian semalam, aku baru terbaca tadi dalam majalah Pa&Ma, mengenai menyusukan anak sewaktu hamil:
Jika anda masih menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi, tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.



wassalam^^