Assalamualaikum...
Hari sabtu lepas aku dah beli baby walker untuk Hakim. Hakim sekarang kalau dibaringkan mula la dia nak nangis je. Tak boleh letak kejap, dia start la nak menjerit. Biasa dia akan tidur waktu pagi camni, lepas mandi, masuk buai. Senang aku nak buat kerja, nak basuh baju, menjemur, dan memasak..termasuk la mengupdate blog..hehee..Kalau aku tak de update tu, maknanya Hakim tak nak tidur la tu.
Bila dia tak tidur, atau tidur kejap je dah bangun, aku tak dapat nak buat kerja lain. Terutamanya nak memasak untuk makan tengahari. Dah dibaringkan dekat dengan dapur, boleh nampak sambil aku masak-masak, tapi dia nak jerit jugak. Kadang-kadang memang tension la bila jadi camtu. Dia nak didukung je, bayangkan tengah goreng ikan dukung dia, ada tepercik minyak panas kang...
Lagi satu dia kalau dah nangis tu, amek dia dirikan, terus dia sengih-sengih sambil tengok kiri kanan. Haa..kan memang saja si Hakim ni nak perhatian orang aje. Suka bila didirikan, padahal kecik lagi mana boleh berdiri lagi. Penat nak pegang dia je. Last-last aku dan encik apis pun beli la walker. Try letak dia alam walker tu, mula-mula dia macam tak suka. Letak kejap je dah buat muka nak nangis. Tapi semalam dia bangun awal, aku letak dalam walker letak kat dapur, sambil aku masak. Kaki dia memang tak pandai kayuh pun lagi. Ok pulak dia duduk dalam tu, diam je.

Semalam ada baca kat
blog ni tentang keburukan walker. Baby walker boleh memberi keburukan kepada motor development dan mental development. Baby sepatutnya belajar meniarap,melunjur dan merangkak sebelum belajar berjalan. Ibu-ibu suka menggunakan walker untuk anak supaya mudah untuk mereka membuat kerja lain dan membiarkan anak didalam walker. Walker juga banyak mendatangkan kecederaan kepada bayi jika dibiarkan tanpa pengawasan. Bila baca kat blog kak najwa tu semalam, takut la pulak. Dia risau tentang anak dia yang lambat belajar membaca dan menulis. Nak baca keterangannya lagi sila ke blog tersebut ye.
Aku pun pernah terbaca dulu, yang walker ni banyak keburukan dari kebaikan. Walker sebenarnya tak membantu anak belajar berjalan. Sebaliknya anak akan hanya bergantung pada walker dan tidak belajar untuk berjalan sendiri. Hakim ni pulak kan, bila dibaringkan, dia macam dah malas nak meniarap. Bila dia dah meniarap, kejap je dia akan mula nak menangis, dan jika dibiarkan dia terus menangis sekuat hati. Dia ada jugak cuba-cuba tolak kaki dia masa meniarap tu. Tapi tak lama pun, dia dah nangis. Macam mana dia nak belajar melunjur macam tu?? Risau jugak aku memikirkannya. Dia dah 5 bulan lebih, sepatutnya dia dah boleh melunjur ke belum??Aku pun tak tahu..belum ada pengalaman.
wassalam^^