Sunday, 28 October 2012

Salam Aidiladha^^

Assalamualaikum...

Salam aidiladha buat semua. Hari ni dah 12 zulhijjah, raya ketiga la kan. Raya haji/korban/aidiladha disambut sehingga 13 zulhijjah. Takbir raya masih dapat didengar sehingga 13 zulhujjah kan. Camane raya korang tahun ni? Aku cam biasa la,belum dapat balik kampung di kuala lipis. Masih di johor. Sebenarnya tadi dah kemas-kemas beg nak balik lipis, tapi dapat tahu highway jam, cancel la, balik esok pagi je. Frust jugak, dah siap-siap nak gerak boleh cancel pulak. Tu yang sempat mengupdate malam ni.

Encik apis macam biasa la tugas dia memang sangat penting, menyembelih lembu untuk korban. Kebanyakan lembu yang dibeli oleh penduduk disekitar ni daripada abah dia,disembelih di kebun oleh encik apis sebelum dihantar ke tempat masing-masing. Ada jugak yang dihantar awal-awal, maksudnya hari khamis tu dah dihantar ketempatnya. Hari khamis sebelum raya tu encik apis hantar lembu ke beberapa tempat, dari pagi sampai ke tengah malam baru habis hantar.

Jumaat, pagi raya pertama tu, lembu pertama disembelih encik apis untuk korban, di masjid bandar tenggara. Kami ramai-ramai pergi menyibuk sekali la kat situ.


Hakim di pagi raya..

Exsaited dapat jalan..

Cepat-cepat..hakim nak tengok abah sembelih lembu..
Lembu pertama, masjid bandar tenggara, johor.

Lembu kedua, ladang Pekan.

Lembu ketiga-keenam dikebun (raya pertama)

Hakim dikebun atok, raya pertama, dah tukar pakai singlet je, panas..

Haa..tu baru yang raya pertama punya cerita. Raya kedua encik apis sembelih 5 ekor lembu dikebun. Raya ketiga pulak, dua ekor lembu. Kambing pulak 5 ekor disembelih untuk korban, yang orang beli la tu. Tapi aku dah tak ikut ke kebun la raya kedua dan ketiga. Hakim nanti penat-penat sangat takut demam pulak. Cuaca panas pulak sekarang ni.

Ok la..nanti balik dari kampung nak baca cerita raya korban korang pulak. Tak sabar dah nak balik kampung ni. Orang lain semua dah balik dari kampung, kami baru nak balik ke kampung esok..^^

Wassalam..^^

Wednesday, 24 October 2012

wordless wednessday

Assalamualaikum...

Hakim yang kelaparan..makan biskut sementara tunggu ayam panggang Rasamas. Dah sampai makanan, suapkan dia nasi, ayam panggang, kentang goreng, tahu goreng, minum milo suam..semua dia nganga je. Dah ada selera makan sekarang,tak macam dulu. Agaknya multivitamin tu meningkatkan selera makan dia kot..macam magik pulak..hehe..^^

Erk..wordless ke ni..??

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 23 October 2012

10 bulan ~ 6.4kilogram??

Assalamualaikum...

Dah pernah tengok cara Hakim turun katil kan, kali ni tengok Hakim naik katil pulak..^^




Khamis minggu lepas, 11/10/12, Hakim cukup 10 bulan. Cam biasa, pergi klinik kesihatan, check up bulanan. Cam biasa jugak la, mula-mula timbang berat. 6.4 kilo, bukan setakat turun, graf dia dari area kuning dah masuk area merah iaitu kawasan kekurangan zat makanan. Bersedia je la kena bebel dengan cik misi. Masuk je bilik untuk jumpa misi tu, baru duduk dia terus tanya 'anak pertama kan?' Aku jawab 'ya'. Misi tu cakap 'awak ni saya tengok memang tak pandai jaga anak, tak pandai menguruskan anak..'. Aku jawab dalam hati 'haa??apesal dia ni..selamba je nak cakap camtu kat orang, agak-agak la kalau ye pun..'. Masa tu memang geram je, tapi boleh control lagi la. Buat dek je misi tu nak cakap apa. Aku anggukkan je la apa dia cakap lepas tu. Last-last dia suruh pergi makmal cek hb darah Hakim, pastu pergi jumpa doktor.

Pergi cek hb darah Hakim dulu, menjerit Hakim kat situ kena cucuk jari dia. Hb darah Hakim 9.8. Maknanya kurang darah la kan. Pastu menunggu untuk jumpa doktor. Dah masuk bilik doktor tu, doktor ni memang dari pregnant dulu dah kenal, baik je dia cakap, dengan senyuman. Tak de la cam misi tadi tu, terus nak keluar ayat pedas je. Doktor cakap 'kadang-kadang budak ni kecik memang sebab ikut genetik, asalkan dia sihat, perkembangan ok, tak de masalah' Lega sikit la doktor cakap camtu. Doktor sambung lagi 'tapi hb dia ni 9.8 kira memang tak cukup zat jugak ni..bagi susu badan je ke?' Aku jawab 'susu badan je tak de campur' Doktor pun sengih 'patut la, ni entah-entah mak nya pun kalau cek darah kurang darah jugak ni, sebab menyusukan anak.., saya bagi vitamin dan ion untuk anak dan untuk mak nya sekali la, makan macam masa pregnant dulu..' Haa?? aku pun kena makan vitamin yang macam masa pregnant dulu?

untuk hakim..nama kat situ syafiq ye..

Hrmm..terima je la, makan je la kan. Hakim punya vitamin tu dalam bentuk cecair la, satu botol multivitamin, satu lagi ion, warna hitam, kena bancuh dengan air, bagi minum pakai straw, kalau tak nanti warna lekat kat gigi cam warna karat. Tapi mula-mula bagi elok lagi dia nak minum, lepas tu sekarang ni dia dah tak nak, dia tau air tu je terus dia tak nak minum pun. Yang multivitamin tu bagi pakai picagari cam bagi ubat tu. Hari-hari la kena paksa Hakim, abah dia pegang, umi dia masukkan vitamin.

Pasal makan pulak, kan sebelum ni aku cerita Hakim susah nak makan, tapi sejak 2-3 hari ni macam dah ok pulak, suap je elok dia nganga mulut nak makan. Kalau dulu nak suap susah sangat, pandai je dia larikan mulut dia la, keluarkan makanan yang dah masuk mulut la. Sekarang dah nak makan, sebab aku dah tak masak bubur untuk dia. Dia tak nak makan bubur. Aku bagi dia makan masa aku dan orang lain makan. Maksudnya dia makan nasi dan lauk cam orang besar la. Tapi untuk dia aku lenyekkan sikit la. Sayur memang masak ada lobak atau kentang untuk dia, masak sampai lodoh. Tau tak lodoh tu apa? Kira cam sampai lembik la. Lauk ayam atau ikan lenyekkan sikit. Suka pulak dia makan camtu.

Tapi aku risau jugak, boleh ke dia makan yang kasar camtu? Sepatutnya memang dia kena makan bubur je kan? Tadi pun dia 'ukk ukk' najisnya ada carrot yang tak hancur tau...huhuu..Lagi satu dia suka makan jemput-jemput. Bagi dia bahagian dalam yang lembut. Tapi dia memang suka sangat dapat pegang sendiri dan suap sendiri. Pastu masuknya besar-besar dakam mulut dia. Haritu buat jemput-jemput labu, letak bawang dan ikan bilis yang ditumbuk halus, suka sangat hakim makan. Harap-harap bulan depan timbang lagi naik la berat hakim sikit pun jadi la, banyak pun lagi bagus..hehe..

Baru ni berchating di FB dengan kawan masa belajar dulu. Dia tanya hakim underweight ke. Rupanya anak dia, anis, pun dah setahun graf masuk line kuning jugak. Sebelum setahun dia cakap atas pagar, hampir-hampir nak ke kuning jugak. Pastu dia cakap anak dia pun darah O, dia dan suami dua-dua darah B. Sama dengan Hakim la camtu, darah O, aku dan encik apis darah B, macam aku cerita sebelum ni. Dia baca cerita aku kat blog ni rupanya tu yang dia tau dan PM aku kat FB. Hrmm..entah ada kaitan ke jenis darah tu.


wassalam^^

Wednesday, 17 October 2012

10 bulan baru tumbuh gigi pertama..

Assalamualaikum...

Gambar kek tu saje nak tunjuk..hehe..birthday adik ipar semalam, sweet 17th, chocolate indulgance secret resepy.

Sangat-sangat exsaited bile first time nampak gigi hakim yang baru nak tumbuh. Hari jumaat, 12/10/12, masa tu dalam kereta nak ke kulai, encik apis nak beli barang spare part backhoe dia. Masa hakim nak menyusu, aku baringkan atas paha, time dia bukak mulut tu nampak la putih-putih yang memang aku yakin sangat adalah gigi. Boleh aku jerit 'ee gigi!!' dan pandang encik apis disebelah. Kecik je lagi,baru nak tumbuh giginya. Sebatang je belah bawah. Lepas tu dah turun kereta encik apis rasa dengan tangan. Memang betul la, tajam dia cakap, abis la nanti umi hakim jadi mangsa kena gigit!! Memang pun..ni dah kena banyak kali..memang sangat sakit bila dia gigit time menyusu tu tau. Hakim baru je cukup 10 bulan hari khamis 11/10/12 tu.

Lambat tumbuh gigi cepat berjalan?? Hrmm..tak de pun. Hakim memang dah banyak langkahnya berjalan. Tapi masih pegang-pegang la apa yang ada disekeliling. Tapi memang makin maju. Dah pandai keluar bilik sendiri. Nampak tak gambar kat atas tu. Kadang tu tak sedar pun dia dah lepas jauh. Memang tak boleh terlepas pandang,takut terjatuh kang masalah lain pulak.

Demam??mesti la demam tumbuh gigi kan. Ada sekali tu cek sampai 40 degree. Terkejut terus basahkan badan dia dan masuk ubat bontot tu. Tak tau la apa yang orang selalu cakap ubat bontot tu tak bagus. Tapi doktor memang bekalkan ubat bontot tu untuk guna kalau suhu panas sangat. Perlu sejukkan dia secepat mungkin.

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4