Monday, 20 February 2012

majlis potong jambul dan aqiqah

Assalamualaikum…
Hakim dah 2 bulan, tapi rambut dia belum cukur pun lagi. Sebenarnye masa umur dia 7 hari dah buat majlis kesyukuran dan potong jambul.  Tapi tak cukur habis rambut dia sebab nak buat majlis betul-betul sekali dengan aqiqah, nak tunggu aku habis pantang. Masa tu mengikut perancangannye nak buat aqiqah seekor kambing kat rumah mertua kat johor ni (aku berpantang kat rumah mertua). Seekor kambing lagi kat kampung aku di kuala lipis, Pahang.
Tapi bile dah habis pantang tak dapat tarikh sesuai pulak untuk majlis kat rumah mertua ni. Jadi 5 Febuari haritu buat majlis aqiqah di kuala lipis dulu. Majlis aqiqah di rumah mertua pulak 25 Febuari nanti baru dapat buat. Lepas tu baru la dapat cukur habis rambut hakim. Sebaik-baiknye cukur habis rambut bayi masa 7 hari, ni dah 2 bulan lebih baru nak cukur. Hakim ni cucu pertama kepada mak dan abah mertua aku dan juga kepada umi dan abah aku. Sebab tu la excited sangat diorang nak buat majlis untuk hakim ni.

majlis kesyukuran dan potong jambul - 7 hari

biri-biri untuk aqiqah di kuala lipis

majlis potong jambul dan aqiqah di kuala lipis
Mencukur rambut bayi sampai botak disunatkan pada hari ke 7 kelahiran. Pernah dengar ceramah kat radio ustaz tu cakap mencukur rambut bayi sampai botak dapat merangsang perkembangan pancaindera dia. Rambut yang dicukur akan ditimbang, ditukar dengan berat emas, untuk disedekahkan kepada orang miskin. Sebenarnye yang disebut potong jambul tu adat orang melayu, tapi sepatutnye rambut tu dicukur habis, bukan potong jambul je, boleh dipanggil `potong jambul’  dan buat majlisnye, tapi lepas tu kena cukur habis.
Ok la, sampai sini dulu, tak boleh lame2 mengadap laptop ni.
~Wassalam~

6 comments:

IntaNBerliaN said...

A'aa betoi tu.. cukur sampai botak dpt merangsang perkembangan pancaindera baby selain rambut yg dlm perut tu adlh rambut penyakit..

Miss Purple Ungu said...

setuju...
btw, kg salina kat lipis tu area mana ye??

Ct Kamila said...

sis, sy folo cni ye :)

kakngah said...

majlis cukur jambul dakEpal masa haari ke 7. balik sini dalam 2 minggu lepas tu baru cukur kasi botak licin. sekarang, cukur bantal lak.. depan penuh belakang gondol hihihi!!!

Eera Shera said...

mak pun penah ckp kena ptong abes sbb rmbt tu kn dr dlm perut..kotor..

suka la tgk gmbr hakim ;)

wan nurul hezrina said...

kalau lelaki cukur 2,3 kali pun takper