Thursday 16 February 2012

Dah dua bulan...

Assalamualaikum…
Susahnye nak update blog..macam busy sangat je sejak jadi new mom ni kan. Duduk rumah je pun, tapi lagi sibuk kot dari yang kerja tu. Bile hakim tidur je kena basuh baju, jemur, dan memasak. Bile hakim bangun je nak kena susukan, mandikan, dan  susukan lagi. Tak tentu pulak tu waktu dia tidur dan bangun. Kadang-kadang basuh kain belum sempat jemur dia dah bangun. Kadang-kadang masak baru separuh jalan dah berbunyi pulak `siren’ hakim tu. Tapi setakat ni ok la, baru nak menyesuaikan diri menjadi seorang ibu.
Muhammad Syafiq Hakim, bermaksud yang terpuji, penyayang, bijaksana. Nama kan merupakan doa. Semoga hakim menjadi seorang yang penyayang dan bijak. Menyayangi umi dan abah dia, atuk2 dia, semua keluarga dia, dan semua manusia, haiwan dan tumbuhan atas muka bumi ni. Bijak pandai dalam pelajaran dan mencapai kejayaan dalam hidup,pandai membezakan baik buruk, menjadi seorang yang berguna dan hamba yang taat kepada Allah s.w.t.
Sebenarnye aku nak panggil dia Syafiq, tapi mak cik2 dan atuk dia dah start panggil Hakim, dah tak boleh ubah dah, jadi panggil je la Hakim, ok je la kan. Semalam Hakim kena injection untuk dua bulan, nurse tu cakap biase budak akan demam lepas inject tu, nurse tu pesan balik rumah terus bagi ubat demam. Aku pun bagi la ubat demam tu. Petang tu bagi lagi kali kedua, tapi lepas tu dia muntah susu sekali ngan ubat tu. Tapi dia ok je, sampai malam pun tak de tanda2 demam, jadi dah tak bagi ubat demam. Sampai sekarang pun dia sihat je, tak demam pun.
Awal2 dulu masa aku dalam pantang lagi Hakim selalu jugak nangis, nak tidurkan dia pun susah. Ada satu masa tu aku macam tak cukup susu, susu macam kurang, Hakim menangis je, sampai encik suami pegi beli susu tepung tak sampai hati tengok dia lapar. Tapi tak tau la memang dia lapar ke sebab lain dia menangis. Dua kali je bagi dia susu tepung tu, pastu dah tak bagi dah. Memang aku nak bagi dia full breastfeeding sampai 6 bulan kalau boleh sampai 2 tahun, insyaAllah.
Sekarang dia dah tak nangis2 dah. Dah pandai senyum2, balas senyuman orang, dah keluar suara nak bercakap, mata pun dah nampak, dah pandai tengok orang. Ok la jom tengok gambar Hakim dah dua bulan..

~Wassalam~

8 comments:

cik fadh said...

comelnyer hakim..eee jap je da 2 bulan kan..tahniah kak ;)

Reena Sidek said...

cute nye hakim... muahh... hehehe

msredcheesecake said...

Kejap je dah dua bulan.... Kejap lagi dah setahun.... Stay cute... Hhee

IntaNBerliaN said...

dh 2 bln ye hakim.. kjap je.. biasalh.. mula2 nk jd ibu.. mmg gitu :-)

Miss Purple Ungu said...

pejam celik pejam celik dah 2 bulan hakim rupanya...
comelnya dia :)

Eera Shera said...

bsr dah dia..nmpk muka budak baik ;)

mummyrinazone beauty said...

mmg kena ambil masa jadi new mom.pastu kena biasa plak ngan rentak idup dia.tido dia..mcm2.jadi ibu mmg kena banyak2 bersabar n berdoa=)

Unknown said...

bole la berkwn ngan abg hakim :-)
anak saye Azizul Hakim..