Sunday, 28 October 2012

Salam Aidiladha^^

Assalamualaikum...

Salam aidiladha buat semua. Hari ni dah 12 zulhijjah, raya ketiga la kan. Raya haji/korban/aidiladha disambut sehingga 13 zulhijjah. Takbir raya masih dapat didengar sehingga 13 zulhujjah kan. Camane raya korang tahun ni? Aku cam biasa la,belum dapat balik kampung di kuala lipis. Masih di johor. Sebenarnya tadi dah kemas-kemas beg nak balik lipis, tapi dapat tahu highway jam, cancel la, balik esok pagi je. Frust jugak, dah siap-siap nak gerak boleh cancel pulak. Tu yang sempat mengupdate malam ni.

Encik apis macam biasa la tugas dia memang sangat penting, menyembelih lembu untuk korban. Kebanyakan lembu yang dibeli oleh penduduk disekitar ni daripada abah dia,disembelih di kebun oleh encik apis sebelum dihantar ke tempat masing-masing. Ada jugak yang dihantar awal-awal, maksudnya hari khamis tu dah dihantar ketempatnya. Hari khamis sebelum raya tu encik apis hantar lembu ke beberapa tempat, dari pagi sampai ke tengah malam baru habis hantar.

Jumaat, pagi raya pertama tu, lembu pertama disembelih encik apis untuk korban, di masjid bandar tenggara. Kami ramai-ramai pergi menyibuk sekali la kat situ.


Hakim di pagi raya..

Exsaited dapat jalan..

Cepat-cepat..hakim nak tengok abah sembelih lembu..
Lembu pertama, masjid bandar tenggara, johor.

Lembu kedua, ladang Pekan.

Lembu ketiga-keenam dikebun (raya pertama)

Hakim dikebun atok, raya pertama, dah tukar pakai singlet je, panas..

Haa..tu baru yang raya pertama punya cerita. Raya kedua encik apis sembelih 5 ekor lembu dikebun. Raya ketiga pulak, dua ekor lembu. Kambing pulak 5 ekor disembelih untuk korban, yang orang beli la tu. Tapi aku dah tak ikut ke kebun la raya kedua dan ketiga. Hakim nanti penat-penat sangat takut demam pulak. Cuaca panas pulak sekarang ni.

Ok la..nanti balik dari kampung nak baca cerita raya korban korang pulak. Tak sabar dah nak balik kampung ni. Orang lain semua dah balik dari kampung, kami baru nak balik ke kampung esok..^^

Wassalam..^^

13 comments:

YattAkasah said...

ala comelnye die..yatt pon ada anak buah yg bru nk reti jalan

eita said...

comel nyer dia baru dapat kaki..
merata berjalan nyer hah..

seriau betol tengok lembu kena sembelih

insan_marhaen said...

wah..hakim dah pandai jalan ..yeeeeay...dapat kaki di aidil adha..

Si Matatajam said...

Salam Aidil Adha..seriau M tgk lembu tu kena sembelih..

maszull said...

assalamualaikum salina...hakim pun pi juga yer...:)

inazamri said...

ngeri time tengok lembu nak kena sembelih

Kancil 8349 said...

salam adiladha...

Nadia Elena said...

fuhh! banyaknya korban. meriah.. =)

MAY said...

rasenye klu sy kat tpt penyembelihan tu, mmg tak nak dah mkn dgg lembu...tgk si suami balik dr sembelih lembu kat msjid bwk blk tulang.siap berkapak lagi..yg pompuan2 ni tlg cuci dgg dgn tulang..tu pun da rasa mcm nak wekkk....sbb darah2 ade lagi...nak pitam!

BERT said...

meriah cte raya ak.. sy duk umah je dlm pantang huhu

kurus said...

salam dikk
huhuhu kalau akk xambil lah pic sembelihan tuuu .. seriauuuuuuu

alor2 comelnyaa dia ..
baru dpt kaki yee ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam adidiladha..hehe dh lewat pun nk wish juga ekekeke....

hakim dh dpt kaki yer..pasni jenuh ligan la si mama haha

9n0L4 said...

aritu kat kampung pun ade buat korban. alhamdulillah.