Wednesday 19 June 2013

Hakim pun pergi jemputan tau..

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah habis kan. Selama dua minggu cuti sekolah tu, memang meriah la hujung minggu dengan majlis kenduri kahwin. Kawan-kawan masa belajar UiTM dulu pun ada la 2-3 orang yang kawen time tu. Tapi tak dapat pergi sebab jauh2, ada sorang tu kat terengganu..huhu..ucapan tahniah je la di fb.

Hari ahad yang last cuti sekolah tu, ada jemputan majlis perkahwinan anak sedara mak mertua. Kiranya yang kawin tu sepupu suami aku la. Kat muar, kampung mak mertua, dua jam lebih jugak perjalanan dari bandar tenggara.

Hakim memang suka kalau dapat berjalan. Tapi bila lama sangat duduk dalam kereta mula la dia tak tentu hala. Kereta pulak penuh 3 orang duduk belakang, jadi bila dia nak menyusu dan tido tak berapa selesa. Biasa kalau balik kampung pahang tu memang baringkan dia bila dia dah tido. Tapi penat2 pun bila sampai je dia ceria pulak. Makan pun banyak pulak kat kenduri tu..dah makan nasi minyak.banyak, dapat jajan pun bukan main.lagi dia makan..tengok la gambar dia makan jajan sambil berjoget dengar karoke tu..huhu..^__^

Wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Chic Na said...

lasak la dia boleh bawak jalan jauh2.. ;)

Deq's Qienz said...

hahaha besalah budak2..sementara nk besaw

nuyui a.k.a miss YUI said...

kemain dia ya..hihih

9n0L4 said...

budak ni mane reti duk diam kan. ade je aktiviti nye. :)