Thursday, 27 September 2012

Cara hakim turun katil

Assalamualaikum...

Hakim sekarang dah 9 bulan. Dari dia 8 bulan lagi sibuk je nak pegi ke hujung katil tengok-tengok ke bawah nak amek apa-apa yang ada kat bawah tu. Mula-mula adik ipar aka mak su dia yang ajar camane nak turun bawah. Dia ajar turunkan kaki dulu,undur ke belakang. Pastu dah banyak kali ajar, hakim pun pandai la. Mula-mula biar hakim buat sendiri, dia masih tak boleh kawal kepala dan badan, mesti nak jatuh kepala jugak dulu. Sekarang dah laju je dia turun. Dah expert dah tau. Tak de nak jatuh dah. Tu yang makin dia suka nak turun bawah tu. Tengah menyusu pun dia boleh pusing terus nak g turun katil.

Sebenarnya dia belum boleh berdiri sendiri pun. Baru boleh berpaut-paut je. Lagi satu dia baru jugak la pandai meniarap sendiri dari keadaan duduk. Dulu dia teragak-agak lagi kalau kita dudukkan dia, dia nak gerak badan kedepan cam nak merangkak tu, takut-takut je. Sekarang dah laju je, kalau dudukkan dia atau dia duduk dari berdiri tu, pandai dah merangkak sendiri, tapi sekejap je dia merangkak tu, terus meniarap. Entah kenapa dia malas nak merangkak kot..haha..

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 26 September 2012

wordless wednesday^^

Assalamualaikum...

Hakim suka minum air soya..laju je dia sedut..kalau air masak sedut sikit je dah tak nak!!

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 21 September 2012

Playing mat untuk hakim

Assalamualaikum...

Update guna blogger droid ni susah sikit. Gambar memang duk camtu, pastu tak leh buat caption. Ke aku yang tak reti?

Entry sebelum ni dah cerita pasal nak beli playing mat untuk hakim kan. Tapi masa pergi toy R us hari ahad tu tak jumpe yang berkenan. Hari isnin malam pulak keluar ke Kluang, nak ambik adik ipar. Pergi awal sikit nak cari playing mat tu kat kluang mall. Sebelum tu pergi makan dulu kat Two City,nama kedai makan tu camtu. Yang peliknya memang ramai tau yang makan kat situ walaupun parkingnya susah,tepi2 jalan je,sampai kami dapat parking pun jauh jugak kena lintas jalan. Kedai makan lain berdekatan situ aku tengok kosong je. Memang ada aura la kedai makan Twocity ni. Gambar first tu hakim minum air dia, tu la botol air baru hakim yang beli kat toy R us tu. Gambar kedua hakim makan fries, pinggan chicken chop tu kejap je letak dekat dia,pastu cepat2 tarik jauh2 sebelum tangan dia mencapai. 

Lepas makan kami terus ke kluang mall. Jumpe pun playing mat nya. Beli yang sedang je, harga ok la, RM70 lebih. Ada yang besar lagi RM100 lebih. Playing mat ni nak letak kat tepi katil dalam bilik. Katil tu memang dah bukak, tilam kat atas lantai dah. Tapi tilam tu tebal jugak, tinggi jugak kalau hakim jatuh tu. Dah ada playing mat ni ok la sikit, beralas la jugak kalau jatuh kan, kalau tak terus jatuh ke lantai mozek la jawabnya. Gambar ketiga tu masa masuk Pacific. Gambar keempat tu la hakim dah bermain atas playing mat dia. Nampak tak dia 'mengemas' tu. Rattle ball tu pun baru beli kat toy R us.

Hakim sekarang memang kalau tengah menyusu atas katil tu, tiba2 laju je dia bergolek nak turun katil. Tu yang bahaya tu. Tapi dia dah pandai turun elok2 tau. Dah ajar dia camane nak turun, turunkan kaki dulu. Tapi kadang2 dia nak turunkan kaki tapi kepala dan badan pun tak terkawal. Tu yang bahaya tu, terpacak kepala dia atas playing mat tu aritu.

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 20 September 2012

Raya terakhir




Assalamualaikum...

Ahad lepas hari terakhir raya kan. Hari tu ada 2 jemputan kawen kat kawasan ni. Dua2 kami pergi. Lepas tu terus ke kempas,johor bahru, beraya ke rumah sepupu aku. Dah setahun lebih aku menetap kat johor ni baru ni la nak mencari rumah sepupu ku tu. Hakim awal2 ok je, lama2 mula la dia serba tak kena. Tak selesa la tu, nak mengempeng lama2 pun tak boleh kat rumah orang kan. Lepas solat maghrib kami balij. Tapi bukan balik rumah terus. Sempat lagi nak menyinggah ke Jusco Tebrau city, nak pegi Toy R us cari mainan tuk hakim. Sebenarnya nak beli playing mat tuk hakim, nak letak tepi katil dalam bilik sebab kat situ memang lantai mozek tak de lapik ape2. Tapi tak jumpe yang berkenan, yang mahal je ada. Beli la sebijik bola, dan botol air tuk hakim. Hakim dah pandai minum air guna straw, tu yang belikan dia botol air ada silicon straw.

Wassalam^^

Published with Blogger-droid v2.0.4<