Assalamualaikum
Hari sabtu lepas kami ke majlis aqiqah El Harith, bin nya aku tak ingat nama ayahnya..haha..boleh kan camtu.. Ok la, El Harith tu sebenarnya kira pangkat cucu aku tau. Cucu saudara sepupu..haa paham tak camane tu? Cucu kepada sepupu aku la. Anak kepada sepupu kan panggil anak saudara sepupu, anak kepada anak saudara sepupu jadinya cucu saudara sepupu la kan..huhuhhh..pening tak korang baca..haha..^^
Majlis berlangsung selepas magrib, di kediaman sepupuku di Kempas, Johor. Dekat sejam perjalanan dari bandar tenggara. Kami pergi pun lambat dah sebab encik apis balik kerja lambat. Dah pukul 9 malam baru gerak, sampai sana pukul 10 malam. Tapi memang meriah jugak majlisnya. Lauk-pauk pun banyak lagi. Aqiqah anak lelaki kan, dua ekor kambing la. Diorang pakai katering. Seekor kambing dibuat kambing golek. Seekor dimasak lauk untuk dimakan bersama nasi arab beras panjang..!! Haha..betul2 panjang tau berasnya.
Balik rumah sampai dah pukul 12 malam. Hakim dalam kereta tido. Sampai rumah boleh segar bugar lagi..duk main2 meround dalam rumah. Baru dapat kaki lah katakan. Kamaruk duk berjalan..!!
Wassalam..^^
Tuesday, 29 January 2013
Majlis aqiqah El Harith
Saturday, 26 January 2013
Tupperware Brands
Disebabkan telah jatuh cinta dengan barang2 Tupperware, jadi aku telah pun menjadi ahli Tupperware Brands. Mula-mula memang nak jadi ahli sebab nak kumpul barang Tupperware. Tapi dah alang-alang kan, dah jadi ahli apa lagi, boleh la berbisness tupperware pulak. Untung ke bisness tupperware? Entah la, nak pikir untung sangat pun tak boleh jugak. Bisness kadang2 dan sebenar-benarnya kena secara ikhlas, jujur, niat tu penting, mencari rezeki yang halal, LillAllahi Taala. In shaa Allah bila niat dah betul rezeki akan datang. Eh bukan dengan niat je tau, kena la usaha jugak kan. Ok la panjang pulak mukadimahnya. Jom tengok antara yang menarik dalam katalog Januari 2013 (2 Jan - 9 Feb 2013).
![]() |
| RICE DISPENSER Jarang RD ni ada promosi tau. Bulan Januari 2013 ni ada promosi yang sangat berbaloi-baloi. Dengan pembelian RD dapat free gift, Square round (4) 500ml dan ang pow. Ada juga exclusive purchase, boleh beli Floristika bowl 5.6L dengan harga RM49.90, harga asal RM92.00. Harga RD RM288.00. Sebarang pertanyaan dan nak tawar menawar harga boleh email ke suterasyifa@gmail.com, sms/ whatsapp ke 0199421559 |
![]() |
| Yang ni pun berbaloi-baloi promosinya, ada free gift dan exclusive purchase. |
![]() |
| Colour terbaru..cantik sangat colour ni, antara hot item bulan ni..^^ |
| Khas untuk simpanan sejuk beku. |
| Suka yang Purple Spring One Touch tu, besar, kedap, dan corak cantik. Nak bekas lagi besar, yang colour orange tu, 10L memang puas hati kalau nak isi keropok ke kan.. ^^ |
![]() |
| Cantik dan comel..^^ |
| Simple and nice..^^ |
![]() |
| Bekas air, environmental friendly..^^ |
| Add caption |
| Modular keeper tu sangat sesuai simpan sayur dalam peti ais. Sayur tahan lama dan segar..^^ |
wassalam^^
Hakim yang kemaruk nak jalan dan suka nangis...!!
Assalamualaikum...
Sekarang ni petang2 je akan bawak hakim berjalan ke padang. Sebenarnya kedai atok hakim kat seberang padang tu je. Sekali la pegi kedai dan pegi main jongkang jongket kat taman permainan tu. Bukan main lagi suka hakim dapat jalan kat luar. Jalan dalam rumah dia dah bosan. Asal nampak orang nak keluar je dia sibuk la nak ikut keluar. Bila tak dapat terus nangis.
Gambar kat telur tu pulak, masa diorang duk grade telur kat stor sebelah rumah. Biasa la hakim mesti la nak pegang telur tu. Bila orang tak bagi je, macam tu sekali dia nangis. Hahaha..hakim2..dah berapa banyak telur dia pecahkan. Telur ayam, telur itik, telur puyuh, semua dia pernah pecahkan.
Wassalam..^^
Monday, 21 January 2013
Hakim dah pandai naik..!!
Assalamualaikum...
Bapaku pulang dari kota..
Bapaku belikan kereta..
Kerata kecil warna merah..
Boleh kubawa ke kedai atok...
Haha..ingat lagi tak lagu tu..zaman kanak2 dulu..
Kereta hakim ni dah beli masa umur dia setahun. Masa mula2 tu dia tak tau lagi camane nak main benda tu. Bila didudukkan atas tu dia sibuk nak turun. Dah turun dia tolak kereta tu jalan sama2. Masa tu pun hakim tak boleh jalan betul lagi. Masih memapah-mapah.
Masa nak masuk setahun sebulan dia dah boleh jalan. Bila naik kereta tu pun dah pandai dia duduk dan kayuh kaki gerakkan kereta tu. Kiranya Hakim pandai jalan sendiri dengan stabil dan jayanya pada umur setahun sebulan..(11/01/2013)..
Sejak pandai jalan tu bukan main lagi dia meround dalam rumah ni, dari depan ke belakang, dari belakang ke depan... Pastu pantang tengok orang bukak pintu..laju je nak keluar..!!
wassalam^^


















