Friday, 8 February 2013

Telekung Vietnam, Sutera Vietnam, Kurung Cotton, Kurung Chiffon

Assalamualaikum...

Ok la tak payah mulakan dengan ayat 'lamanya tak update..' hehe..tak menentu dah sekarang ni nak update blog. Ni pun nak update sebab ada barang nak di promosikan..hehehe...jangan marah ye.

Ermmm..sebenarnya beberapa minggu lepas, kakak sulong ku pergi ke Vietnam. Dia memang suka melancong ngan kawan2 dia, dah merata-rata tempat dia pergi. Kali ni pergi Vietnam. Aku pun suruh la dia beli apa2 yang menarik kat sana yang boleh dijual. So hasilnya seperti di bawah ye..

Oh ya, Vietnam sekarang memang dah terkenal sebagai tempat memborong pelbagai jenis barangan terutama kain2, pakaian, tudung, telekung, dan seangkatan dengannya. So kalau korang terpikir-pikir nak g melancong sambil shopping baju2 murah2, boleh la pergi ke Vietnam. Lebih kurang macam Bandung la jugak kot. Yang pasti dua2 tu aku tak pernah pergi lagi..huhu..sedih tak..:(

Ok jom teruskan dengan sesi menjual kita..sudi-sudi lah cuci mata ye..dah tengok tu sudi-sudi lah membeli mana yang berminat..^__^

TELEKUNG VIETNAM SULAM TANGAN
KAIN COTTON TEBAL, TAK JARANG, SEJUK.
LABUH TELEKUNG DARI BAWAH DAGU: 33.5 INCI
UKUR LILIT MUKA: 20 INCI
LABUH KAIN: 49 INCI

RM 120 INCLUDE POSTAGE

 
BUNGA PINK

BUNGA PURPLE

BUNGA PURPLE

BUNGA BIRU

BUNGA PINK


SUTERA VIETNAM
BIDANG 45, 4 METER
KAIN BERAT, SEJUK.

RM 95 include postage








KURUNG COTTON MANIK
Design Kurung Pahang
Ukuran Saiz S:
Bahu: 15 inci
Lengan: 21.5 inci
Dada: 38 inci
Labuh baju: 39 inci
Kain - Susun tepi, belah kiri
Pinggang: 24 inci (getah separuh)
Labuh kain: 39 inci

Ukuran Saiz XS:
Bahu: 14.5 inci
Lengan: 20.5 inci
... Dada: 34 inci
Labuh baju: 39 inci
Kain - Susun tepi, belah kiri
Pinggang: 24 inci (getah separuh)
Labuh kain: 39 inci
See More

RM 95 INCLUDE POSTAGE

SAIZ S

SAIZ S

SAIZ S

SAIZ S

SAIZ XS

SAIZ XS

SAIZ XS

SAIZ XS


KURUNG CHIFFON MANIK
DESIGN KURUNG MODEN
KAIN - A SHAPE, KEMBANG KE BAWAH
UKURAN SAIZ M:
BAHU: 15 INCI
DADA: 36 INCI
LENGAN: 20 INCI
LABUH BAJU: 36 INCI
KAIN - PINGGANG: 25 INCI (GETAH SEPARUH)
LABUH KAIN: 40 INCI

RM 120 INCLUDE POSTAGE

SAIZ M

SAIZ M

SAIZ M


Ok thats all...thanks kerana sudi memcuci mata disini..
Kalau ada yang berkenan tu boleh la oder disini ye:

whatsapp/viber/sms: 0199421559

 

wassalam^^

Tuesday, 29 January 2013

Majlis aqiqah El Harith

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas kami ke majlis aqiqah El Harith, bin nya aku tak ingat nama ayahnya..haha..boleh kan camtu.. Ok la, El Harith tu sebenarnya kira pangkat cucu aku tau. Cucu saudara sepupu..haa paham tak camane tu? Cucu kepada sepupu aku la. Anak kepada sepupu kan panggil anak saudara sepupu, anak kepada anak saudara sepupu jadinya cucu saudara sepupu la kan..huhuhhh..pening tak korang baca..haha..^^

Majlis berlangsung selepas magrib, di kediaman sepupuku di Kempas, Johor. Dekat sejam perjalanan dari bandar tenggara. Kami pergi pun lambat dah sebab encik apis balik kerja lambat. Dah pukul 9 malam baru gerak, sampai sana pukul 10 malam. Tapi memang meriah jugak majlisnya. Lauk-pauk pun banyak lagi. Aqiqah anak lelaki kan, dua ekor kambing la. Diorang pakai katering. Seekor kambing dibuat kambing golek. Seekor dimasak lauk untuk dimakan bersama nasi arab beras panjang..!! Haha..betul2 panjang tau berasnya.

Balik rumah sampai dah pukul 12 malam. Hakim dalam kereta tido. Sampai rumah boleh segar bugar lagi..duk main2 meround dalam rumah. Baru dapat kaki lah katakan. Kamaruk duk berjalan..!!

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 26 January 2013

Tupperware Brands

Assalamualaikum...

Disebabkan telah jatuh cinta dengan barang2 Tupperware, jadi aku telah pun menjadi ahli Tupperware Brands. Mula-mula memang nak jadi ahli sebab nak kumpul barang Tupperware. Tapi dah alang-alang kan, dah jadi ahli apa lagi, boleh la berbisness tupperware pulak. Untung ke bisness tupperware? Entah la, nak pikir untung sangat pun tak boleh jugak. Bisness kadang2 dan sebenar-benarnya kena secara ikhlas, jujur, niat tu penting, mencari rezeki yang halal, LillAllahi Taala. In shaa Allah bila niat dah betul rezeki akan datang. Eh bukan dengan niat je tau, kena la usaha jugak kan. Ok la panjang pulak mukadimahnya. Jom tengok antara yang menarik dalam katalog Januari 2013 (2 Jan - 9 Feb 2013).



RICE DISPENSER
Jarang RD ni ada promosi tau. Bulan Januari 2013 ni ada promosi yang sangat berbaloi-baloi. Dengan pembelian RD dapat free gift, Square round (4) 500ml dan ang pow. Ada juga exclusive purchase, boleh beli Floristika bowl 5.6L dengan harga RM49.90, harga asal RM92.00.
Harga RD RM288.00. Sebarang pertanyaan dan nak tawar menawar harga boleh
email ke suterasyifa@gmail.com, sms/ whatsapp ke 0199421559

Yang ni pun berbaloi-baloi promosinya, ada free gift dan exclusive purchase.

Colour terbaru..cantik sangat colour ni, antara hot item bulan ni..^^

Khas untuk simpanan sejuk beku.

Suka yang Purple Spring One Touch tu, besar, kedap, dan corak cantik. Nak bekas lagi besar, yang colour orange tu, 10L memang puas hati kalau nak isi keropok ke kan.. ^^

Cantik dan comel..^^

Simple and nice..^^

Bekas air, environmental friendly..^^

Add caption



Modular keeper tu sangat sesuai simpan sayur dalam peti ais. Sayur tahan lama dan segar..^^

Sebarang pertanyaan?
tawar menawar harga?
Berminat jadi ahli?
Sila: 
sms/ whatsapp ke 0199421559
atau
Tinggalkan soalan anda diruangan komen beserta email address anda ye, kalau tak susah nak reply..^^



wassalam^^

Hakim yang kemaruk nak jalan dan suka nangis...!!

Assalamualaikum...

Sekarang ni petang2 je akan bawak hakim berjalan ke padang. Sebenarnya kedai atok hakim kat seberang padang tu je. Sekali la pegi kedai dan pegi main jongkang jongket kat taman permainan tu. Bukan main lagi suka hakim dapat jalan kat luar. Jalan dalam rumah dia dah bosan. Asal nampak orang nak keluar je dia sibuk la nak ikut keluar. Bila tak dapat terus nangis.

Gambar kat telur tu pulak, masa diorang duk grade telur kat stor sebelah rumah. Biasa la hakim mesti la nak pegang telur tu. Bila orang tak bagi je, macam tu sekali dia nangis. Hahaha..hakim2..dah berapa banyak telur dia pecahkan. Telur ayam, telur itik, telur puyuh, semua dia pernah pecahkan.

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4