Friday, 28 June 2013

Bengkel 2u-1nita *episod 2

Assalamualaikum...

* gambar masa bengkel tak banyak..letak je la gambar hakim makan durian crepe tu..^^

Sambungan kisah bengkel 2u-1nita. Hari pertama, Sabtu,15 Jun 2013. Sampai di UTM Skudai jam 9.15 dah. Daftar sepatutnya jam 9 pagi. Tapi rupanya ramai lagi yang lambat dari aku. Bengkel pun start lambat sebab tunggu orang ramai dulu. Lebih kurang jam 10 lebih baru start. Penceramah/cikgu nya En. Noorizam shah, seorang yang memang dah lama terlibat dengan bisneas online. Tapi aku pun tak kenal dia sebelum ni...huhu..

Nama pun bengkel kan, sebab tu diadakan di makmal komputer, setiap orang ada komputer sendiri dengan akses internet. Sebab en. Noorizam akan tunjuk step by step camane nak buat website dengan 1nita dengan domain .my, juga dibantu oleh fesi2 lain. Memang sangat praktikal la, terus buat domain dan terus masuk produk kita dalam tu. Terus boleh tengok produk kita dah dimarketkan kat 1nita.my tu.

Korang boleh tengok kat www.1nita.my untuk tahu lebih lanjut. Boleh juga ke website ni terus - www.anggunsolehahshop.my . 1nita ni dibuat untuk menjadi platform kepada usahawan wanita online memasarkan produk mereka di satu tempat. Contohnya lebih kurang macam mudah.my la. Contoh yang nyata macam shopping compleks tu kan, banyak kedai2 dalam shopping compleks tu..kira shopping compleks tu cam platform untuk pekedai2 tu menjual barangan diorang. Ok faham tak kawan2?? hehe...

Hari pertama berakhir hampir jam 6 petang. Lagi satu yang best kat situ ialah makanannya. Makan percuma jugak, 3 kali, pagi jam 10.30-11, tengahari jam 1-2, dan petang jam 3.30-4.00. Makanan best2 pulak tu menunya. Kat atas tu gambar nasi ayam penyet..menu lunch hari kedua. Memang sedap!!! Lagi satu makan mee teow kantonis katanya, menu minum pagi, dengan kusyuknya aku makan..aku yang hujung sekali tu tau..tudung purple tu..^^

Balik tu tunggu encik apis amek, dah dekat pukul 7 baru diorang sampai, adik ipar pun ikut sebab tolong pegangkan Hakim. Aku masuk dalam kereta sengih2 kat Hakim, dia pun sengih2 tengok aku, pastu terus cam nak nangis gaya nak mintak susu. Terus la susukan Hakim, lama pulak dia menyusu tak nak lepas..huhu..kesian pulak tengok Hakim masa tu. Sampai rumah dah 10 malam, sebab singgah makan lagi. Siap mandi terus tidur je, esok nak kena bangun awal lagi, gerak awal lagi.

Ok la sambung lagi next entry ye..

Wassalam..^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Rina AVAIL said...

rugi akk x tau psl program ni..nk gi jenguk anggunsolehah.my jap arr :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk menarik bgkel ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

assalamualaikum kak..lamanya xsinggah sini..hope akak n hakim sihat2 yer....

bagus juga kan bengkel mcm ni

nuyui a.k.a miss YUI said...

p/s: NMG tu yui dah try n alhamdulillah ada hasil kak =)

Yui suka try dulu baru share.