Thursday, 23 February 2012

Anak itu anugerah dan amanah dari Allah..

Assalamualaikum...

Susahnye nak tidurkan Hakim malam2 sejak 2-3 hari ni. Tak tau la sebab ape. Kalau baby boleh bercakap kan senang, boleh tau ape yang tak kena..hehe..mengarut je kan. Malam2 sekarang panas je, Hakim sampai berpeluh-peluh. Mungkin dia tak selesa kot, tak boleh tidur, pastu asyik nak menyusu je, penat aku nak melayannye. Bile tengok dia dah berpeluh-peluh tu, bukak la baju dia, pastu kipas pun bukak laju2. Tak elok sepatutnye, nanti masuk angin pulak. Tapi kesian pulak tengok dia berpeluh tu. Dah malam tadi pulak dia batuk-batuk, pastu macam ade kahak or hingus. Dia bernafas pun bunyi macam tersumbat je hidungnye. Pagi tadi dia batuk sampai tersedak-sedak. Kesiannye Hakim. Petang ni nak bawak dia pegi klinik, risau jugak dibuatnye.

Anak itu anugerah dan amanah dari Allah. Hargai dan laksanakan lah amanah tu dengan sebaik-baiknye. Malam tadi tengok berita tv3, pasal bayi meninggal tersedak susu. Dah banyak kes camtu, makin bertambah pulak tu. Kat nursery atau pusat jagaan, diorang bagi susu pada bayi dengan cara sendalkan botol susu tu dengan bantal atau ape2 benda, pastu tinggalkan je bayi tu camtu. Camane la diorang sanggup tinggalkan bayi dengan botol susu kat mulut camtu. Kalau bayi tu dah kenyang, dah tertidur, susu yang ade lagi tu terus je keluar lagi. Mane la bayi tu reti nak alihkan botol tu sendiri kan. Sebab tu la bayi tu boleh tersedak. Kalau lambat atau tak perasan, susu boleh masuk ke dalam paru-paru bayi dan menyebabkan kematian.

Macam-macam kes sekarang kalau hantar anak kat nursery. Ade yang tersedak susu, kes dera pun ade. Hee..tak sanggup la nak bagi orang lain jaga anak. Biar la aku jaga sendiri, encik apis pun cakap camtu, alang-alang dah tak kerja ni, jaga je la anak dulu, tak yah pikir nak kerja lagi. Tu la kelebihannye tak kerja ek..huhu..



Nak jugak letak gambar Hakim nangis ni..hehe..masa ni dia kecik lagi baru berapa hari je, lepas mandi, nangis nak nenen la tu..^__^


~Wassalam~

Monday, 20 February 2012

majlis potong jambul dan aqiqah

Assalamualaikum…
Hakim dah 2 bulan, tapi rambut dia belum cukur pun lagi. Sebenarnye masa umur dia 7 hari dah buat majlis kesyukuran dan potong jambul.  Tapi tak cukur habis rambut dia sebab nak buat majlis betul-betul sekali dengan aqiqah, nak tunggu aku habis pantang. Masa tu mengikut perancangannye nak buat aqiqah seekor kambing kat rumah mertua kat johor ni (aku berpantang kat rumah mertua). Seekor kambing lagi kat kampung aku di kuala lipis, Pahang.
Tapi bile dah habis pantang tak dapat tarikh sesuai pulak untuk majlis kat rumah mertua ni. Jadi 5 Febuari haritu buat majlis aqiqah di kuala lipis dulu. Majlis aqiqah di rumah mertua pulak 25 Febuari nanti baru dapat buat. Lepas tu baru la dapat cukur habis rambut hakim. Sebaik-baiknye cukur habis rambut bayi masa 7 hari, ni dah 2 bulan lebih baru nak cukur. Hakim ni cucu pertama kepada mak dan abah mertua aku dan juga kepada umi dan abah aku. Sebab tu la excited sangat diorang nak buat majlis untuk hakim ni.

majlis kesyukuran dan potong jambul - 7 hari

biri-biri untuk aqiqah di kuala lipis

majlis potong jambul dan aqiqah di kuala lipis
Mencukur rambut bayi sampai botak disunatkan pada hari ke 7 kelahiran. Pernah dengar ceramah kat radio ustaz tu cakap mencukur rambut bayi sampai botak dapat merangsang perkembangan pancaindera dia. Rambut yang dicukur akan ditimbang, ditukar dengan berat emas, untuk disedekahkan kepada orang miskin. Sebenarnye yang disebut potong jambul tu adat orang melayu, tapi sepatutnye rambut tu dicukur habis, bukan potong jambul je, boleh dipanggil `potong jambul’  dan buat majlisnye, tapi lepas tu kena cukur habis.
Ok la, sampai sini dulu, tak boleh lame2 mengadap laptop ni.
~Wassalam~

Thursday, 16 February 2012

Dah dua bulan...

Assalamualaikum…
Susahnye nak update blog..macam busy sangat je sejak jadi new mom ni kan. Duduk rumah je pun, tapi lagi sibuk kot dari yang kerja tu. Bile hakim tidur je kena basuh baju, jemur, dan memasak. Bile hakim bangun je nak kena susukan, mandikan, dan  susukan lagi. Tak tentu pulak tu waktu dia tidur dan bangun. Kadang-kadang basuh kain belum sempat jemur dia dah bangun. Kadang-kadang masak baru separuh jalan dah berbunyi pulak `siren’ hakim tu. Tapi setakat ni ok la, baru nak menyesuaikan diri menjadi seorang ibu.
Muhammad Syafiq Hakim, bermaksud yang terpuji, penyayang, bijaksana. Nama kan merupakan doa. Semoga hakim menjadi seorang yang penyayang dan bijak. Menyayangi umi dan abah dia, atuk2 dia, semua keluarga dia, dan semua manusia, haiwan dan tumbuhan atas muka bumi ni. Bijak pandai dalam pelajaran dan mencapai kejayaan dalam hidup,pandai membezakan baik buruk, menjadi seorang yang berguna dan hamba yang taat kepada Allah s.w.t.
Sebenarnye aku nak panggil dia Syafiq, tapi mak cik2 dan atuk dia dah start panggil Hakim, dah tak boleh ubah dah, jadi panggil je la Hakim, ok je la kan. Semalam Hakim kena injection untuk dua bulan, nurse tu cakap biase budak akan demam lepas inject tu, nurse tu pesan balik rumah terus bagi ubat demam. Aku pun bagi la ubat demam tu. Petang tu bagi lagi kali kedua, tapi lepas tu dia muntah susu sekali ngan ubat tu. Tapi dia ok je, sampai malam pun tak de tanda2 demam, jadi dah tak bagi ubat demam. Sampai sekarang pun dia sihat je, tak demam pun.
Awal2 dulu masa aku dalam pantang lagi Hakim selalu jugak nangis, nak tidurkan dia pun susah. Ada satu masa tu aku macam tak cukup susu, susu macam kurang, Hakim menangis je, sampai encik suami pegi beli susu tepung tak sampai hati tengok dia lapar. Tapi tak tau la memang dia lapar ke sebab lain dia menangis. Dua kali je bagi dia susu tepung tu, pastu dah tak bagi dah. Memang aku nak bagi dia full breastfeeding sampai 6 bulan kalau boleh sampai 2 tahun, insyaAllah.
Sekarang dia dah tak nangis2 dah. Dah pandai senyum2, balas senyuman orang, dah keluar suara nak bercakap, mata pun dah nampak, dah pandai tengok orang. Ok la jom tengok gambar Hakim dah dua bulan..

~Wassalam~

Tuesday, 24 January 2012

Detik kelahiran Muhammad Syafiq Hakim Bin Muhammad Hafiz

Assalamualaikum...

I'm coming back..!!hehe...lamenye meninggalkan blog kesayangan ni tak berupdate. Dah habis berpantang 44 hari, betul-betul pantang ni sampai update blog pun kena pantang. Sebenarnye ada jugak jenguk-jenguk blog ni tapi nak update tu tak sempat pulak. New mom la katakan..Hrmmm..so aku nak share la kisah detik-detik melahirkan Muhammad Syafiq Hakim bin Muhammad Hafiz.

9 Disember 2011
Bangun nak solat subuh, masuk toilet dulu, tengok-tengok ada air jernih keluar, hahhh..air mentuban ke ni..
airnye keluar sikit-sikit, biase orang lain keluar banyak terus pastu sakit, aku ni pulak tak sakit-sakit...
mak mertua cakap tak yah pegi hospital lagi sebab tak sakit lagi..aku dah risau sangat ni...
tapi kan malamnye sempat aku ajak encik apis pegi makan prosperity burger mcD

10 Disember 2011
Air mentuban masih keluar sikit-sikit, tapi tak de rasa sakit pun...
encik apis pegi kerja cam biase pagi tu...tapi aku dah risau sangat, banyak kali la aku sms dia..
tengahari kitorang decide tuk pegi je hospital, bawak semua barang-barang keperluan yang dah prepare awal2 dalam beg.
lebih kurang sejam setengah sampai kat hospital Pakar Puteri JB.
masa kat tempat parking tu ada satu pasangan ni sama2 sampai ngan kitorang, isteri dia dah sakit2 nak bersalin, sampai mak guard tu bagi dia kerusi roda.
kitorang naik lif pun sama ngan pasangan tu, isteri dia dah gigil2 tangan tahan sakit.
sampai tingkat 3, bahagian wad bersalin, mak guard tu terus bawak pasangan tu ke labour room.
Aku dan apis pulak pegi kat kaunter, tunjuk kad, cakap dah keluar air mentuban.
Nurse tu pun call orang labour room, diorang suruh masuk labour room 1.
Masa nak masuk LR 1 tu nampak la suami pasangan yang tadi tu keluar dari LR 3.
Lebih kurang 4.00 p.m., kat labour room 1 tu nurse tu cek kontraksi, pastu suruh suami daftar wad.
Kontraksi ada sikit2 je, jalan baru 1.5cm, dia amek sample air mentuban tu, pastu dia call doktor Noor Aini.
Doktor cakap kena induce sebab dah 2 hari air mentuban keluar.
Nurse tu pun suruh pindah labour room 4, masa tu pukul 5 lebih.
Dia cakap doktor suruh induce ikut bawah dulu, tengok camane, kirenya tak induce yang betul2 tu la.
Pastu dia suruh rehat sejam, lepas sejam dia bagi makan, pastu cek kontraksi lagi.
Nurse tu tanya 'tak de rasa sakit ke?', aku cakap tak de, dia cakap 'kontraksi ada, tapi awak tak rasa sakitnye'
Tak lame lepas tu aku cam ada rase sakit sikit2, mase tu lebih kurang pukul 6.30 p.m.
Masih menunggu bersama encik apis kat labour room 4 tu,
dapat dengar nurse2 semua tengah sibuk ada orang dah nak bersalin kat LR 2.
Doktor Noor Aini masuk, ayat pertama dia 'kenapa dah 2 hari keluar air baru nak datang?'
Aku senyum je, encik apis cakap 'tak de rasa sakit, tu tak datang lagi', doktor pun geleng kepala dengar..
Pastu doktor cek jalan, rupenye dia terus pecahkan air mentuban, dia cakap baby dah berak dalam perut, airnye dah hijau sikit.
Dia cakap jalan dah 3cm, pastu dia cakap kena bersalin jugak malam tu kalau tak pagi esoknye kena operate.
Aku dah takut pulak dengar, doa supaya dapat bersalin normal dengan selamat.
Nurse datang suruh tukar baju, pastu pindah LR 2, orang yang kat LR 2 tu tadi dah selamat bersalin.
Pukul 8.00 p.m., kat LR 2, nurse pasang mesin kontraksi, pastu pasang tiub yang masuk air kat tangan tu.
Aku dah rasa makin sakit dari yang tadi..mule la aku pegang tangan encik apis..
Nurse tengok mesin kontraksi tu, dia cakap cepat pulak kontraksinye naik, maknenye aku dh makin sakit.
Nurse tu suruh aku sedut gas Antenox (campuran gas nitron oksida dan oksigen), sedut bile rasa sakit.
Memang tiap kali sakit je aku sedut gas tu,sambil pegang tangan encik apis kuat2.
Gas tu memang boleh mengurangkan rasa sakit, tapi sebenarnya masih sakit, cuma tumpuan dialihkan pada pernafasan masa sedut gas tu, lagi satu jadi macam khayal je, kalau sedut lebih2 boleh tetidur terus.
Tengah sakit2 tu, dengar kat LR 3 pasangan yang sama2 sampai tadi dah selamat bersalin, lebih kurang jam 11 lebih.
Aku dah tak berapa sedar dah keadaan sekeliling, rasa cam baru sekejap je, rupenye dari hari sabtu dah masuk hari ahad dah..

11 Disember 2011
Encik apis cakap last nurse cek 6 cm, tak lama dia dah suruh try push.
Mula2 salah je aku push, try lagi baru betul, push pun kena betul caranya..first time kan...
Masa push dah tak pakai gas tu, sebab nak push kan kena rasa sakit..
Dah keluar kepala baby sikit, doktor pun siap2 la nak sambut.
Tapi dia pesan dah keluar kepala nanti dia suruh stop push sebab nak sedut air dalam mulut baby.
Lepas stop tu, tunggu sakit, baru push lagi sekali terus keluar, dengar la jeritan pertama baby ku..
1.32 a.m, selamat melahirkan Muhammad Syafiq Hakim bin Muhammad Hafiz, 3.05 kg.
Diorang letak baby atas perut, tanya encik apis nak amek gambar tak, apis pun terus la amek kamera..
Pastu baru cuci dan diazankan oleh encik apis..
Alhamdulillah...lega sangat masa tu..selamat semuanya...
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan...
Aku sepatutnya dah boleh discharge tengahari tu, tapi hakim kena tahan nursery, tunggu keputusan ujian sebab dah berak dalam perut.

Jom tengok gambar pulak...>__<


saat kelahiran muhammad syafiq hakim


hari pertama, kat hospital

dah balik rumah, hari keempat
Ok la, dah penat nak menyiapkan entry ni..thanks sudi membaca..

p/s: mungkinkah selepas ni entry2 aku semua mengenai hakim je..?tak boleh jugak kan camtu..^^

~Wassalam~