Sunday 18 September 2011

sape nak kawin..??jom bace ni...~tips merancang majlis perkahwinan~

~Part 1~

Assalamualaikum...

haa...ni musim raya ni ramai yang buat majlis kahwin kan...
kawan2 aku pun ade beberapa orang yang melangsungkan perkahwinan musim2 raya ni...
jiran2 kat kawasan rumah ni pun ade beberapa rumah yang buat majlis kahwin...
teringat mase aku kawin dulu...bulan 11 tahun lepas, lepas raya haji...

so kat sini aku nk kongsi la sikit ngan korang kan...
tips untuk merancang sebuah majlis perkahwinan....
majlis perkahwinan sendiri..
zaman sekarang ni kan semua nye pakai duit...
so kalau nk jimat tu tk yah pakai wedding planner pun...
kite sediri pun leh jadi planner yang bagus...lagi senang, puas hati, jimat....
lagi satu tak yah la sampai nak buat pinjaman peribadi tuk kawin...

ok, tak yah buang mase...kat bawah ni aku senaraikan ape yang perlu korang buat tuk merancang majlis perkahwinan korang...

  1. confirm kn tarikh akad nikah dan majlis kenduri belah perempuan dan lelaki - tak dapat tarikh yg tepat pun sekurang-kurangnye bulan dan tahunnye...
  2. start kumpul duit - pandai2 la baget duit gaji tu tuk belanje seharian dan simpan tuk beli barang tuk majlis kahwin tu..,kalau dh tau bile nak buat majlis tu lagi senang nak baget sebulan berape perlu disimpan...
  3. senaraikan perbelanjaan mengikut bahagian2 nye...
    • barang hantaran + hiasan
    • cincin/gelang/rantai + mas kahwin
    • barang cenderahati untuk tetamu
    • kad kahwin
    • kenduri (makanan, kanopi)
    • baju nikah, baju sanding
    • makeup (mak andam)
    • pelamin
    • gambar kahwin
    • perbelanjaan rombongan kahwin (minyak kereta, dll..)
    • perbelanjaan sampingan lain...           
  4. letak baget harga untuk setiap barang2 yang disenaraikan tu...baget mengikut kemampuan korang la kan...dan juge duit hantaran....
  5. start beli barang sikit-sikit - sambil kumpul duit tu korang boleh pakai duit tu sikit2 tuk beli barang2 tertentu contohnye barang hantaran dan cenderahati untuk tetamu...boleh survey dulu barang yang korang nak dan harganye...
  6. survey awal2 pakej perkahwinan yang disediakan kat kedai mak andam yang berdekatan rumah korang...survey la beberape tempat, then senang nak pilih mane yang sesuai...paling awal 6 bulan sebelum majlis kahwin dah kene booking, kalau tak nanti tak dapat ape yang korang nak...termasuk la jurugambarnye...
  7. tempah kad kahwin - boleh survey dulu nak yang camane n harganye...kalau nak jimat tak yah yang mahal2 sangat, nanti kan orang buang jugak..hehe..sekarang ramai dh pakai facebook je kan tuk jemput kawan2...
  8. masukkan harga sebenar setiap kali beli barang tu kat dalam senarai yang korang dah buat awal2 tu..sebelah ngan harga baget, buat dalam bentuk column la, so senang korang nak tengok korang dah belanje lebih baget ke kurang dari bajet ke.....
  9. pastikan korang ngan pasangan dah pegi kusus kahwin, pastu lagi 3 atau 2 bulan sblm tarikh nikah g pejabat agama kat tempat masing2 tuk amek borang kahwin...
  10. borang kahwin tu beserta ngan borang ujian HIV, setkan mase betul2 tuk g HIV test tu kat klinik kesihatan or klinik swasta, kalau nak jimat g klinik kesihatan je, result test tu sah tuk mase 6 bulan, so paling awal korang boleh buat test tu 6 bulan sebelum tarikh nikah, dapat settle awal lagi bagus kan tak pening kepala saat2 akhir...
  11. kalau yang lelaki, borang kahwin dia kena settle dulu ngan kadi kat tempat tinggal dia, pastu borang yang lelaki tu bagi kat perempuan tuk antar bersama borang perempuan kat kadi tempat tinggal perempuan tu...
ok...setakat ni dulu tuk part 1...next entry aku sambung tuk part 2...lebih terperinci lagi....
ade ape2 yang korang tak paham boleh tanya kt komen k...
wah dh macam perunding perkahwinan lak...hehe...
semua berdasarkan pengalaman aku dulu...terpulang pade korang nak ikut ke tak kn....
wassalam....^_^

No comments: