Saturday, 29 September 2012

Hakim demam lagi..nak mintak upah..??

Assalamualaikum..

Semalam petang hakim demam. Masa tu macam dedar2 je suhunya. Malam bagi ubat demam. Sebelum nak bagi ubat tu, susukan dia berbaring atas katil. Baru sekejap menyusu dia berenti. Mula nak berpaut kat badan umi dia ni. Dia selalu la buat camtu sejak akhir2 ni. Tengah menyusu dia boleh nak bangun pulak, tangan dia tekan kat perut atau dada umi dia,pastu tonggekkan punggung nak bangun. Biasanya dia akan jatuh balik dan terduduk. Tapi malam tadi,abah dia pun tengok sekali, dia buat camtu pastu terus bangun berdiri tegak tak pegang apa2. Tapi beberapa saat je la, pastu terduduk terus. Tapi memang terkejut la kitorang tengok. Sebab sebelum ni dia tak pernah lagi bangun camtu, dia tak kan bangun terus berdiri camtu selagi tangan dia tak dapat pegang apa2. Tapi malam tadi sekali tu la dia berjaya bangun sendiri. Hrmm..betul la kot orang tua2 cakap budak ni demam sebab nak mintak upah. Upah dia dah pandai buat sesuatu. Upahnya kena jaga dia demam la. Masa first time dia demam dulu pun memang malam sebelumnya tu dia baru pandai meniarap gerak kedepan apa tah orang panggil, menyulur kot.

Bila demam memang dia tak nak makan. Habis bile la Halim nak besar ni. Haritu demam 6 hari, dah baik pun masih tak berapa nak makan. Pastu batuk dan selsema pulak. Tak nak makan jugak. Baru je baik batuk, baru je nak boleh malan lebih sikit, dah demam lagi. Camane ni hakim?? Pukul 2 pagi tadi dia panas, suhu 37.6, dah masuk ubat bontot tu, tidur. Pukul 7 tadi panas sampai 39.3, terkejut dibuatnya. Terus masuk ubat bontot lagi dan basahkan badan dan kepala dia dengan air. Sekarang dah ok, suhu dah turun, tadi boleh main2 kejap, pastu dah tidur ni sekarang ni.

Wassalam..


Published with Blogger-droid v2.0.4

17 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ubat bontot kalau anak kakak selepas kebah nanti jadi cirit-birit pulak itu yg kesian...

Biasa bila demam memang anak tak nak makan itu yg buat kita tak senang hati kan.

Moga cepat sembuh Hakim ye..

insan_marhaen said...

hakim demam nk 'meringan' rupanya.. ♥

Unknown said...

betollah tu,..budak kalau demam nak pandai something le tuu..nanti nak pandai cakap pun demam lagi..hihihi...comel dia tido isap jari..

izzah said...

Alahai...siannya budak bijak ni demam yek...anak sy alhamdulillah xpernah demam lagi...xdpt image mcm mana nk handle kalau anak demam...

maszull said...

assalamualaikum salina....demam nak pandai sesuatu la tu moga cpt2 sembuh yer...:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga hakim cpt sihat yer kak..

Reena Sidek said...

ohh.. demam sbb nak pandai ni...

semoga hakim cepat sembuh...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

moga hakim cpt sembuh yer..dia demam nk meringan badan la tuh...tp klu anak2 demam susah hati kan :)

IntaNBerliaN said...

susah hatikan walaupun ank demam.. moga hakim sihat sepenuhnya

LYAfrina said...

huhu..tingginyer dmam tu... cuaca sekarang.. myebabkan selalu je demam+selsema dan mcm2 lagi masalah kesihatan

kurus said...

aduhh budak2 demam kan .. musim nie ..kita pula risau ..

dikk , nie pandangan akk lah , kalau boleh jgn biasakan masuk ubat bontot nie .. bahaya .. skrg nie bila panas tahap 37.6 adik guna ubat tuu .. bila x kebah naik 39.3 adik bagi lagi ubat bontot tuu .. maknanya ubat tuu dah x berapa nak fungsi , kalau boileh jgn biasakan ..

macam nie .. anak2 akk , akak biasakan mereka dgn jerlus air asam jawa atau mandikan dia bila badan semakin panas , paling tidak x boleh dgn asam jawa , akak jerlus kan dgn tuala yg direndam dgn air batu , anak akk zahrien pernah panas mencecah 40 .. alhamdulillah x pernah letak ubat bontot .. insyaallah dik
ubat bontot nie ada effect dia kalau selalu guna ..wallahualam

eita said...

cuaca tak menentu sekarang ni...

moga cepat sembuh

Unknown said...

pernah dgr minyak jeslin oil? rasanya su boleh cari area BT. Molek sapu pd dada hakim

ps:
free 14hb 10? kak ayu ada di sayong pinang... majlis kahwin cosin. harap kita dpt gather2

MAY said...

betul la tu kot..budak nk tumbuh gigi pun demam..nk pandai jln pun demam kot??hehe...

Cikgu Ma said...

moga hakim cepat sembuh....

Hanis MY said...

Siannyaa odaijini hakim. Cptnya dia nk pandai jln dah...

QA's ~ mamapapa said...

uhuhuh!!!risaunya hati mama dia..moga2 hakim jd anak yg lebih sihat & kuat,ye :)