Saturday 8 December 2012

Klinik yang sangat cantik..macam spa..!!

Assalamualaikum..

Dah layan gambar-gambar atas tu..?? Baru-baru ni aku ikut encik apis bawak abah dia ke satu klinik ni, kat Kluang. Lupa pulak nak tengok nama klinik tu. Klinik ni lain sikit, selain untuk rawatan biasa macam yang kat klinik swasta biasa tu. Klinik ni boleh buat rawatan yang dinamakan Ozon. Rawatan mencuci darah. Bukan macam cuci darah kalau sakit buah pinggang tu. Yang ni lain sikit la. Aku sendiri pun tak berapa paham..hahaha...

Tapi memang cantik sangat tau klinik ni. Rasa cam tak nak balik..nak duduk situ terus..haha..boleh tak gitu..?? Klinik ni ada dua tingkat. Kat bawah ada kolam kecik dengan air pancut tu, yang hakim duk main air tu. Pastu gambar yang encik apis dukung hakim tu,belakangnya tu air tau. Air mengalir kat dinding gitu. 

Yang cuci darah tu kat tingkat atas. Kat atas tu lagi la macam kat spa je gayanya. Ada kolam kecik dengan air pancut lagi, besar sikit dari yang kat bawah. Gambar hakim nangis tu nak ikut abah dia yang nak g toilet. Gambar last tu kat tingkat bawah, jam tu tulis Grand Central New York. Wah macam berada di New York la konon kan..hahaha...^^

Wassalam~


Published with Blogger-droid v2.0.4

14 comments:

Ena's Stories said...

wah..kalu sakit pun boleh jadik baik bila datang...takyah jumpa doc dia...

kurus said...

aah cantik dikk
macam nie kalau sakit punn x jadi nak sakit ekeke ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wahhhh cantik betol klinik tu mmg mcm spa kan....selesa betol kalau pergi tu

insan_marhaen said...

Ada perkhidmatan cuci darah ye... Biasa dengar cuci darah untuk pesakit buah pinggang.. kan..

Unknown said...

wah mmg best laa kan..yg sakit pun boleh lega nih..hihi

Si Matatajam said...

Bestnya kalau pi klinik cantik camni..

gadisBunga™ said...

cepat baik kalau gi klinik yang macam ni. heheh~

citarasa rinduan said...

kak pernah dengar ttg klinik nie..

ramai makcik dan warga emas cuci darah kat situ.

macam salina gak..sis lupa namanya

LYAfrina said...

kiranya klinik ni mesra la.. sbb kt rasa selesa..n nmpk mcm berada di rumah,.. cuci buah pinggan ye... moga cpt sembuh

Bunda_nora said...

terapi atas terapi la gituu...unsur air tu dah terapi dah..kene cube ni..

inazamri said...

sgt selesa la.dok lama2 pun tak pe..mesti tak bau ubat sgt mcm klinik or hptl gov

dieyna said...

Serius cantik... mesti mahal kos rawatannya kan

Nurul Husna Mohd Hassan said...

selesanya kalau semua klinik camni. hehe

9n0L4 said...

sakit pun boleh jadi tak sakit ni kalau dtg klinik lawa cmni. ;)