Friday, 18 January 2013

Kisah hakim dan teddy bear besar..!!

Assalamualaikum...

Lamanya tak update..!! Busy ke..?? Entah la..mood nak menaip entry melayang-layang entah kemana. Walaupun dalam kepala otak macam-macam cerita nak update kat blog ni. Ok la ni kisah lama jugak la. Masa ni pergi jemputan majlis perkahwinan kawan apis dan aku, classmate masa study uitm dulu. Kat melaka, 30hb 12, 2012. Lepas g majlis tu terus berangkat balik ke kampungku di kuala lipis.

Majlis diadakan di dewan. Kami sampai dah lewat, pukul 3.30 petang. Tapi sempat la jumpa kawan2 masa study dulu yang turut hadir.

Masa tunggu nak bergambar dengan pengantin kat pelamin, encik apis letak hakim kat teddy bear besar tepi pelamin tu. Bukan main tersengih-sengih lagi hakim duk kat teddy bear tu. Bila encik apis nak angkat dia, dia tak nak..sampai nangis2. Letak balik..sengih-sengih lagi. Pastu datang la dua orang budak, sedara mara pengantin kot, diorang amek teddy bear yang satu sebelah kanan pelamin, pastu datang nak amek teddy bear yang hakim duk main tu. Encik apis pun angkat la hakim. Terus hakim nangis sekuat hati..satu dewan bunyi dia nangis je...nangis sambil tangan tunjuk teddy bear yang dah diambil orang..hahaha...

Pujuk2 kejap..sempat la bergambar dengan pengantin. Pastu nak balik dia nangis lagi. Masih ingatkan teddy bear tu. Encik apis cakap 'budak lelaki mana boleh main teddy bear la..' hrmmm...

wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Miss Purple Ungu said...

Besar dah hakim ni..lama btul x jenjalan sini huhuhu

Nisah Idham said...

alaaa cumel nye.. bear tu mmg besar baby.. heheh

MystoryPic said...

Hakim happy dapat jumpa kawan baru... hehehe,

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alololo hakim comey la dgn teddy bear tu