Sunday, 6 January 2013

Panadol actifast tiruan ke..??

Assalamualaikum...

Hari ahad minggu lepas kami balik kampung aku di kuala lipis. Hari rabu balik bandar tenggara. Entah macam mana dalam perjalanan balik tu, baru sampai raub, kira baru hampir sejam perjalanan la, aku dah mula pening dan rasa cam nak muntah. Aku ni memang biasa jugak mabuk kalau naik kereta atau bas jauh2. Tapi dah lama jugak tak kena. Dah la nak menjaga hakim lagi. Time hakim tido tu ok la. Time dia bangun, memang tak reti duduk diam dalam kereta tu. Sampai ke bawah lantai kereta pun boleh jadi tempat main dia.

Berhenti rehat untuk makan tengahari di RnR Genting sempah. Makan bekalan yang umiku siapkan dari kampung. Masa tu ok je, tak rasa dah pening. So tak jadi nak beli panadol. Teruskan perjalanan. Dalam kereta dah mula nak pening lagi. Mungkin salah satu puncanya ialah buah cempedak, ada 6 bijik bawak dari kampung. Baunya memang semerbak la dalam kereta tu. Memang la dari dulu aku sensitip sikit kalau bau2 camtu dalam kereta. Kalau kat luar tak pe, kalau dalam kereta kan dah lain.

Singgah makan malam dan solat di RnR Pagoh. Beli panadol actifast. Dalam kereta telan 2 biji panadol tu. Hakim pun dah tido. Tapi nak baringkan dia atas tilam dia terus dia nangis. Nak tido atas riba aku jugak. Dah la kepala makin pening. Makin teruk pulak peningnya. Last2 masa dah keluar tol air hitam, dah kat kluang, cakap kat apis dah tak tahan. Dia berhenti, amek hakim, aku terus keluar, muntah kat tepi jalan tu. Banyak tu..semua yang aku makan sebelum tu semua keluar. Lepas tu baru la lega sikit.

Dah sampai rumah terus masuk bilik, tukar baju, tidur. Pukul 4 pagi hakim nak susu, masa tu rasa makin pening balik kepala ni. Makan panadol actifast yang sama beli kat RnR tadi. Pastu terus rasa nk muntah. Pergi toilet terus muntah, keluar air je, air panadol, putih, pahit sangat!!!

Esoknya, tengahari tu encik apis cakap entah2 panadol tu tiruan kot. Dia pergi cari panadol actifast dalam rumah ni. Jumpa yang abah dia punya. Memang berbeza la plastik packagingnya. Tengok dalam gambar tu. Yang kiri tu beli kat RnR Pagoh, encik apis cakap tiruan. Yang kanan tu yang dalam rumah ni, yang ori. Tengahari tu makan yang ori tu baru ada beza, hilang peningnya. Hrmmm...hampes kan diorang ni jual ubat tiruan..!!!

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

7 comments:

nenot said...

hmm..selalo makan actifast yg belakang merah tu je...

citarasa rinduan said...

kak pun sensatif bau cempedak..

bahaya kan y tiruan2 ni

MystoryPic said...

biar betul nih... senang jer yang tiruan dijual kat kedai

Cik Yatt said...

tak prnh mkn actifast

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

la ada yg tiruan ke wani xtau pun

Ayu Zan said...

mohon share sis..

shUha rLex said...

Patutla..demam xokay...
Tiruan rupenye... puih...
Eishhhh... hampeh betol...
Kedai makoda shah alam