Tuesday, 31 July 2012

Tak puas berpuasa di kampung!!

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Balik kampung 3 hari je. Kepenatan sangat, sampai Hakim pun serba tak kena sejak dah balik sini. Penat sangat la tu berjalan jauh. Balik kampung di kuala lipis, hari selasa, balik semula ke johor hari jumaat pagi. Penat sangat rasanya balik kampung kali ni. Mungkin sebab puasa, dan Hakim pulak dah besar sikit, dah tak tidur sangat, nak bermain je, boleh golek-golek pulak dalam kereta.

Memang tak puas la berpuasa di kampung. Dapat berbuka 3 hari, dan bersahur juga tiga kali di Lipis. Masakan umi ku memang yang terbaik!! hehe..jom layan menu berbuka dan sahur kami..^^

Ayam percik from my Umi, memang special!!
Siput sedut masak lemak, juga masakan umi ku.. 
Rendang daging Kuala Lipis - wajib beli di bazar ramadhan kuala lipis!!
Rendang ni tak macam rendang daging biasa tau, tak tau nak cakap camane, tapi memang sedap!!

Siakap 3 rasa, yang ni aku masak^^

Ikan keli bakar, from bazar ramadhan kuala lipis, sangat mahal ok, seekor RM4!!

Murtabak, dibeli oleh abang ngah ku..

Sardin, simple tapi membuka selera!!

Banyak sebenarnya nak cerita pasal puasa ni, tapi tak de kesempatan la. Macam makin sibuk pulak dengan urusan-urusan lain. GA pun tak terurus dah. Nak update pasal senarai yang join GA dan hadiah, tapi belum sempat..haha..tu lah rajin sangat nak buat GA, tak sedar diri tu banyak kerja lain lagi.




Jom join my first GA!!
[klik banner]




wassalam^^

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan yang dirindui..

Assalamualaikum...


Salam Ramadhan buat semua rakan blogger dan pembaca blog teratak hati. Hari ni 1 Ramadhan 1433H. Bangun sahur tak tadi?? Mesti la bangun kan. Semangat satu Ramadhan. Kalau dulu masa study, duduk kolej atau rumah sewa, awal2 Ramadhan tu semangat lagi nak bangun sahur, tapi bile dah masuk pertengahan hingga ke akhir Ramadhan dah mula la malas nak bangun sahur kan. Bangun sahur pun dapat pahala tau, rugi la lepaskan peluang untuk menambah pahala di bulan mulia ni.

Teringat masa Ramadhan tahun lepas. Masa tu aku baru je ada blog ni. Ni la entry kedua aku >
http://suterasyifa.blogspot.com/2011/07/ramadhan-1432h.html. Jom baca kalau berani^^

Ramadhan tahun lepas aku pregnantkan Hakim, masa tu 5-6 bulan. Dapat puasa penuh. Terawih pun dapat pergi cuma ada la tinggal beberapa hari. Tahun ni, InsyaAllah dapat puasa penuh lagi. Tapi korang ada cadangan tak camane kalau aku nak g terawih? Hakim camane?

Ok la dah tak yah cakap banyak, nanti haus pulak cakap banyak-banyak..eh..eh.. cakap ke? Taip je pun..hehehh..Sebenarnya aku dah rasa kering tekak ni sebab menidurkan Hakim tadi. Time dia susah sikit nak tidur camtu la. Nak kena nyanyikan 'La Ilaha IllAllah' lama-lama, mana tak kering tekak kan. Tapi tak de la minum air. Puasa tetap puasa tau.


Belum join GA ni?
Klik banner ye^^

wassalam^^

Friday, 20 July 2012

Cloth diaper lunatots for Hakim & chicken chop^^

Assalamualaikum...

Semalam dah dapat bungkusan pembelian cloth diaper dari lunatots. Terjumpe iklan promosi dari lunatots ni kat fb. Dah lama teringin nak beli. Tapi duk pikir2 mahal kan, pastu entah rajin ke tak aku nak membasuhnya nanti. Sebenarnya aku dah pernah beli satu (jenama lain) masa tu Hakim dalam kandungan 7 bulan. Masa tu pergi ekspo mum & baby kat JB. Tertarik nak beli masa tu sebab tengok banyak kebaikan dia. Meh aku list antara kebaikan cloth diaper ni:

- Jimat perbelanjaan untuk beli diapers pakai buang.
- Tiada masalah ruam lampin.
- Membantu menyelamatkan alam sekitar kesan dari pembuangan diapers pakai buang.

Promosi - 5 keping RM 288
Cantik kan colourful^^

Banyak lagi kebaikan cloth diaper ni. Antaranya yang aku baca kat page lunatots, cloth diaper membantu latihan pergi ke tandas lebih awal. Sebab kanak-kanak yang pakai lampin pakai buang akan rasa kering dan selesa untuk jangka masa lama. Cloth diaper pulak, bukan lah bermaksud lampin akan basah dan tak selesa, kainnya menyerap, cuma tak bertahan kering untuk tempoh lama, kalau lambat tukar mesti diorang rasa tak selesa.

Walaupun harga cloth diaper ni mahal, antara RM60- RM70, tapi untuk jangka masa lama, memang sangat menjimatkan berbanding kita membeli diapers pakai buang tu. Cuba korang kira sendiri berapa perbelanjaan untuk diapers pakai buang sebulan, darabkan ngan setahun, dan darabkan ngan tiga tahun (maksimum anak pakai diaper). Berpuluh ribu habis kan. Tu baru untuk seorang anak. Belum 2,3,4 orang anak lagi. Kalau cloth diaper ni, beli sekali je, dah boleh guna sampai bila-bila, untuk berapa orang anak pun. Selagi ianya tak rosak la, baju yang kita pakai pun lama-lama mesti buruk dan sebagainya kan.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik sini > http://www.facebook.com/#!/Lunatots. Banyak info menarik bukan saja berkaitan cloth diaper, tetapi juga berkaitan breastfeeding dan parenting.

Semalam berjaya masak chicken chop untuk kali pertama. Senang dan ringkas je rupanya nak masak chicken chop ni. Tapi kenapa la selalu kalau pergi kedai makan, oder chicken chop mesti lama tunggu baru sampai. Mahal pulak tu kan. Buat sendiri lagi bagus. Hehe..Tapi aku tak buat coleslow la, tak suka makan, encik apis suka, tapi bahan-bahannya tak de pulak semalam. Menjadi jugak la sos dia aku buat. Sedap tau sampai tak cukup malam tadi..^^

Ayam tu nampak seco-et je kan..saja buat kecik-kecik.

wassalam^^

Wednesday, 18 July 2012

Resepi spageti bolognese

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Bila tak update entry baru, BW pun kurang kot. Cuma membalas kunjungan mereka yang datang dari segmen Ayu dan yang join GA pertama ku. Haa..korang semua dah join ke segmen Ayu? Cepat-cepat join ye. Dan yang paling penting cepat-cepat join my first GA tau. Hadiah best-best. Tapi hadiah saguhati belum update lagi. Tak sempat, cam busy sangat je..huhu..

Ok la seperti yang telah dijanjikan kat sini > spageti bolognese, aku nak bagi resepinya kali ni. Senang je masak spageti ni, mudah dan ringkas. Kalau nak berbuka puasa tak sempat nak masak, boleh masak spageti ni, kejap je dah siap tau.

Hasil cubaan pertama^^

Resepi ni dari buku resepi 'Makanan Barat' oleh Chef Hanieliza

Gambar dalam buku..

Bahan-bahan:
- satu paket spageti (direbus hingga lembut)
- 400 gram daging kisar halus
- 1 tin cendawan butang dihiris nipis.
- 1 batang lobak merah dipotong dadu
- 1 biji capsicum hijau, dipotong dadu
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 2 labu bawang besar dipotong dadu
- 4 biji tomato dikisar
- 4 sudu makan cili kisar
- 1 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 cawan sos tomato
- 1/2 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan serbuk oregano kering
- 1 pokok daun parsli dicincang halus
- Garam secukup rasa

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masuk cili kisar, kacau rata hingga pecah minyak. Kemudian masuk daging kisar, kacau rata.
3. Masuk tomato yang dikisar, sos tomato, sayuran yang dipotong, cendawan butang, garam, air, dan serbuk lada hitam.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
5. Angkat dan tuang atas spageti.
6. Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli.

Selamat mencuba!!!

Nanti nak try masak chicken chop pulak, bahan-bahan dah beli, tapi belum sempat nak try masak.

Lepas makan spageti hari ahad tu, aku buat kek batik pulak, dah lama tak buat.

Rupe huduh kan..tapi mesti la sedap^^


wassalam^^