Wednesday, 18 July 2012

Resepi spageti bolognese

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Bila tak update entry baru, BW pun kurang kot. Cuma membalas kunjungan mereka yang datang dari segmen Ayu dan yang join GA pertama ku. Haa..korang semua dah join ke segmen Ayu? Cepat-cepat join ye. Dan yang paling penting cepat-cepat join my first GA tau. Hadiah best-best. Tapi hadiah saguhati belum update lagi. Tak sempat, cam busy sangat je..huhu..

Ok la seperti yang telah dijanjikan kat sini > spageti bolognese, aku nak bagi resepinya kali ni. Senang je masak spageti ni, mudah dan ringkas. Kalau nak berbuka puasa tak sempat nak masak, boleh masak spageti ni, kejap je dah siap tau.

Hasil cubaan pertama^^

Resepi ni dari buku resepi 'Makanan Barat' oleh Chef Hanieliza

Gambar dalam buku..

Bahan-bahan:
- satu paket spageti (direbus hingga lembut)
- 400 gram daging kisar halus
- 1 tin cendawan butang dihiris nipis.
- 1 batang lobak merah dipotong dadu
- 1 biji capsicum hijau, dipotong dadu
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 2 labu bawang besar dipotong dadu
- 4 biji tomato dikisar
- 4 sudu makan cili kisar
- 1 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 cawan sos tomato
- 1/2 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan serbuk oregano kering
- 1 pokok daun parsli dicincang halus
- Garam secukup rasa

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masuk cili kisar, kacau rata hingga pecah minyak. Kemudian masuk daging kisar, kacau rata.
3. Masuk tomato yang dikisar, sos tomato, sayuran yang dipotong, cendawan butang, garam, air, dan serbuk lada hitam.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
5. Angkat dan tuang atas spageti.
6. Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli.

Selamat mencuba!!!

Nanti nak try masak chicken chop pulak, bahan-bahan dah beli, tapi belum sempat nak try masak.

Lepas makan spageti hari ahad tu, aku buat kek batik pulak, dah lama tak buat.

Rupe huduh kan..tapi mesti la sedap^^


wassalam^^

15 comments:

fiza said...

Saya pakai sos preego jer ☺☺

BERT said...

tak penah buat spageti sndri.. asyik makan org lain je buat.. ade resipi ni boleh la saya terai2 hehe

eita said...

waaaa....sedap tu...ita pun hr ni mkn spageti jugak

Yumida said...

rajinnye sis..buat somi bertambah sayang :)
lama dh x mkn spagetti ni...kek batik..oh..telan air liur je..gulp!

Nurul Husna Mohd Hassan said...

spagethi satuuuu! hehe

Hanis MY said...

Yumyum sdp nmpk spageti tu

Wanieys said...

adeh sedapnyer kak....tergoda wani tgk hihi

Nadia Elena said...

wahhh..sedapnya!!!

^__^

nuyui a.k.a miss YUI said...

besh,sedapnya.

izan mama mia said...

saya tak suka sangat makanan barat..tapi kek batik tu saya suka

Masz Sidek said...

sedapnye... nyum2... :D

Tihara said...

waw semua sedap2, tk kiralah rupa caner..selamat berpuasa :)

Hasrina said...

yummmmmm. selamat berpuasa

9n0L4 said...

kek batik tu fevret si diaaaaaaa. hee. ;)

IntaNBerliaN said...

sedap tu kek batik :-)