Monday, 9 July 2012

Sunan Musafir habis kat MPH...Daging habis kat Pizza Hut??

Assalamualaikum...

Semalam pergi JJ Taman U, Skudai. Sebab kat situ je ada MPH paling dekat. Jauh jugak dari rumah, sejam nak pergi situ. Dah lama dah nak pergi, nak cari novel baru Ramli Awang Murshid, Sunan Musafir. Sampai je memang terus masuk MPH. Tapi tengok-tengok kat rak novel tu tak de pulak Sunan Musafir. Novel RAM lama-lama ada la. Yang terbaru pun Fiksyen 302. Aku memang tak baca lagi Fiksyen 302, jadi beli la jugak. Lagi satu amek novel baru Hlovate, 5 Tahun 5 Bulan.

Ni novel ke 3 Hlovate aku beli. Sebelum ni Rooftop Rant dan Contengan Jalanan. Best jugak novel Hlovate ni, jalan cerita lain dari yang lain. Tak macam novel-novel kisah cinta yang biasa tu. Dah amek dua bijik novel tu, pergi kat kaunter nak bayar. Tanya akak jaga kaunter tu, Sunan Musafir tak de ke. Dia cek sistem, 'dah habis la'. Haa?? Kenapa habis? Kenapa tak oder lagi banyak-banyak??Huwaaa....jauh datang ni..(soalan banyak-banyak tu hanya dalam kepala otak je ye, tk keluar kat mulut pun..^_>).

Aku pun pergi mengubat hati dengan menengok-negok kasut kat JJ. Beli sepasang dah. Pastu lapar, encik apis ajak makan Pizza Hut, sebab ada pizza baru, Steak Pizza. Tengok gambar cam best jugak. Nak oder, dia cakap 'daging tak de, ayam je ada..' Laaa...ok la ayam pun ayam la. Tapi dah tak jadi steak pizza la kan. Geram je tengok gambar sebenar dia...huhhh..'_'. Kenapa la tak sediakan je daging banyak-banyak, dah tahu buat menu steak piza kan, confirm la semua datang nak makan menu baru tu. ..(yang ni keluar kat mulut, tapi cakap berdua ngan encik apis je...^_>).

Sedap jugak..tapi rasanya kalau daging mesti lagi sedap..

Hakim makan biskot dia tu, bukan pizza ye..^^

makan sampai tercekik..dah tu biskotnya digigt besar-basar masuk mulut..

Bagi dia pegang sendiri biskut tu baru dia diam. Tapi biskutnya digigit dengan gusi dia, patahnya besar-besar, masuk mulut dia. Pastu terus nak telan je, kan dah tercekik. Last-last bagi air milo ngan sup cendawan je. Tu pun mengamuk-ngamuk tak dapat pegang biskut dia.




Jom shopping!!!


wassalam^^

11 comments:

Wanieys said...

wani suka baca novel ramlee awang murshid :)....sedapnyer tgk pizza tu..amboi hakim pandai mkn biskut sendiri ya hehe

msredcheesecake said...

MSRED NAK BELI FIKSYEN 302 TU... CAM BEST JE SINOPSIS DIA....

~eMma InsYiraH~ said...

Tliur tengok piza tu, uhuk2..
Xpe2 mesti dapat kan sebelum puase ni hehe...

#dah buat sambal kentang+bilis+daging bege tu tp hubby xsuke :'(
Siap kne sound, memandai je ubah mknn pebret die ke ala2 western pulak katenye.. huhu..

Apple said...

Siri Sunan ni memang cepat sngt sold out. Tu pasal order online je. harap2 Sunan dengan Permaisuri semula. Hoho.. Siri novel Sunan ni baca sebab gf yang syorkan. Lol.

izan mama mia said...

alahai napa pakat dok kongsi bab makan nie...huhu...
saya sk novel gak..

IntaNBerliaN said...

sy xsk bc novel tp sk mkn pizza.. hihii

gadisBunga™ said...

ramai sangat kot org order yg daging tu sampai habis... :D

izz iizza said...

mujur dia x nangis minta pizza tu..hihi

Hanis MY said...

Wah menarik je pizza br tu. rindu dgn jj tmn u.

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya nmpk pizza tu..

Liza Razak said...

tension gile kan semua benda yang kita beli dan makan habis