Monday, 2 July 2012

Hakim nak makan nasi lemak jugak!!!

Assalamualaikum...

Cerita dah lama dah ni, pergi makan nasi lemak. Tapi nak jugak cerita kat sini. Malam-malam makan nasi lemak sedap jugak. Masa ni nak pergi Tesco Kulai. Lepas magrib gerak. Tapi dah lapar pulak. Nak makan yang cepat-cepat je, kalau lambat nanti Tesco dah tutup pulak. So, makan nasi lemak je la.

Kedai ni memang terkenal jugak kat area Kulai ni dengan nasi lemak nya. Mula-mula pergi kedai ni, ingatkan kedai cina. Sebab ramai yang makan kat situ orang cina tau. Tengok betul-betul baru nampak orang melayu. Kedai ni memang kedai melayu, tapi kawasan ni memang ramai cina, india pun ada makan nasi lemak kat sini. Memang satu malaysia la kedai ni. Orang-orang cina ni tak nak pulak pergi makan kedai cina, nak makan nasi lemak melayu jugak. Memang betul sedap la nasi lemak ni.

Ok la, jom tengok aksi Hakim time umi dan abah dia makan nasi lemak..

Nasi lemak ayam..sedap..tapi tak cukup la, rasa nak mintak lagi satu je..^^


Kena duduk dalam kapsul dia..^^


Tak dapat makan nasi lemak..beg duit pun jadila ye...^^

Kitorang tak de la kejam sangat, sambil makan tu, aku bagi dia air milo je la, nasi lemak tak boleh la ye Hakim..^^

Kalau mood Hakim ok, boleh la dia duduk dalam tu..buat hal dia, main sorang-sorang. Tapi time dia tak ok, kena la bergilir, umi makan dulu, abah pegang Hakim, pastu tukar pulak.


wassalam^^

15 comments:

Wanieys said...

kesian hakim xdapat nk mkn nasi lemak hihihi..comel jer dia...mlm2 mkn nasi lemak memang sedap gak kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya tgk nasi dia..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

hakim kecik lagi. tak leh makan makanan2 keras lagi :)

E.m.ma. I.n.s.Y.i.r.a.H said...

sabar ye hakim.. nanti dah tumbuh gigi baru boleh makan nasi lemak ye =)

Yumida said...

sedapnye..tggu hakim dh beso bru dpt merasa nasi lemak...

IntaNBerliaN said...

ololooo ciannya hakim... sampai mkn beg duit yer :-)

Kakzakie said...

Betullah mama ye Hakim kena baring tengok mama/papa makan ye.

Boleh email kakak no. hp kakak nak calling-callinglah tentang tudung tu.
promceil@streamyx.com atau zakiepurvit@hotmail.com.

eita said...

Nanti bile hakim dah dapat gg leh lh mkn ..

~Sweet Honesty~ said...

mkn ngn budak2 mcm tu la..harus bergilir..baru aman makan..tpi mcm tak sedap kan mkn sorang2..hihi

steffany daph said...

makin nasi lema dgn kwn2, lagi bertambah sedapnya :DD sambal tu yg sedap sngttt..

msredcheesecake said...

rasa cam nak bagi je hakim sket nasi lemak, tp mana boleh g... saba yea hakim

Che Rosliza Che mat said...

nasi lemakkan pedas hihihi hakim nak jugak..suap nasi jerlah ya..

wan nurul hezrina said...

kalau nurul g memana mmg prepare bubur sofia.merah takper sbb mkn dah mknan keluarga..sofialak pantang tgk org makan.tuh sebabnya bawak makanan

Citarasa Rinduan said...

ayu rajin makan disitu.. mmg sedap

izz iizza said...

sedapnya nasi lemak..:)