Saturday, 7 July 2012

Sambal kentang+daging burger+ikan bilis^^

Assalamualaikum...


Haa.tengok komen tu, dah suruh aku tepek resepi pulak kan. He..heh..dah agak dah mesti ada yang tanya resepi dan mesti korang tak pernah buat kan (ceh ayat berlagak betul la). Jadi aku nak tepek la resepinya kat bawah ni. Senang je pun, macam masak sambal ikan bilis makan ngan nasi lemak tu je. Cuma tambah kentang dan daging berger. Idea letak daging bege tu dapat dari mak mertua. Jom tengok resepinya, dah tengok wajib masak terus tau lepas ni..kalau tak dosa..hehe..main-main je ye..^^

Nyum..nyum^^

Kentang potong cam wedges tu, goreng sampai garing dan empuk.
Daging burger (ikut suka berapa keping) potong dadu, goreng sampai garing.
Ikan bilis juga digoreng garing.

Bawang besar, bawang putih, blend, tumis sampai garing.
Masukkan cili kering yang dikisar, tumis sampai garing.
Dah pecah minyak, masuk air asam jawa, gula sikit, garam secukup rasa.
Nak pekat tak yah letak banyak air, nak cair sikit letak la air ikut suka.
Rasa dah ok sambal tu, masukkan ketiga-tiga bahan yang digoreng tadi.
Gaul sebati, dah siap!!!
Boleh la makan...^^

Jom shopping!!!



wassalam^^

20 comments:

Kakzakie said...

Kakak memang nak buat bila masak nasi lemak tapi tak tahu lagi bila. Biasa kaakk tunggu semua anak kumpul (ada di rumah).

izan mama mia said...

baguslah dh ada resepi..nnt ramai yg boleh cuba kan..hr ni,.cuti, ramai yg nak masak nie..heheh

Apple said...

Mmg berlagak. haha.. nampak macam rendang daging. Mesti sedap nih. kena cuba.

C'Jai said...

telan ayaq liur tengok na...

eita said...

Nampak dr tepek gambo tu memang sedap doh

Wanieys said...

owh senang jer caranya...bley try pas ni hihihii

ieda said...

wah dikkk konpermm sedapp
insyaallahh akk nak cuba gak nanti ;) tapiu tukar burger ayam ;)

Che Rosliza Che mat said...

sedapnya....CR pun suka makan benda nie...Bolehlah cuba buat nanti terima kasih untuk resepi menarik nie..

aimaniman said...

macam sedap jer... boleh cuba ni..tq resepi...

~eMma InsYiraH~ said...

Wahahhaaha dah ade resipi ni boleh try msk mlm ni, nyum2...

gadisBunga™ said...

mcm ni sajalah....next time awak buat jemput la saya eh. Hihi.

nn lylyn said...

slalu jmpe ikan bilis ngn kentang..xprnah lg jumpe yg cmpur burger =)

keli menari said...

mcm sama je ngan resepi kita.Hehe

Arina Shamsul said...

emmm..nyummy..makan dengan nasi putih panas2 mesti sedap giler tu kan dear..haih..lapar pulak..hahah

Masz Sidek said...

sedap... makan dgn nasi panas...
lama dah tak buat sambal kentang macam ni... :)

IntaNBerliaN said...

ooo senang je yer.. nk try lah nanti... semua bhn dh ada ni.. hihiii

izz iizza said...

nampak senang jer nih..boleh la try nnti..:)

IntaNBerliaN said...

sy dh buat smlm.. hihii tp rsnya kalu sy guna daging pizza ramly mesti lg sedap :-)

*blog awk ringan je... :-)

Hasrina said...

opss....nanti boleh cuba..hehehe

Myra Jay said...

Nanti nak try la resepi mudah ni, nampak sedap :)