Friday, 20 July 2012

Cloth diaper lunatots for Hakim & chicken chop^^

Assalamualaikum...

Semalam dah dapat bungkusan pembelian cloth diaper dari lunatots. Terjumpe iklan promosi dari lunatots ni kat fb. Dah lama teringin nak beli. Tapi duk pikir2 mahal kan, pastu entah rajin ke tak aku nak membasuhnya nanti. Sebenarnya aku dah pernah beli satu (jenama lain) masa tu Hakim dalam kandungan 7 bulan. Masa tu pergi ekspo mum & baby kat JB. Tertarik nak beli masa tu sebab tengok banyak kebaikan dia. Meh aku list antara kebaikan cloth diaper ni:

- Jimat perbelanjaan untuk beli diapers pakai buang.
- Tiada masalah ruam lampin.
- Membantu menyelamatkan alam sekitar kesan dari pembuangan diapers pakai buang.

Promosi - 5 keping RM 288
Cantik kan colourful^^

Banyak lagi kebaikan cloth diaper ni. Antaranya yang aku baca kat page lunatots, cloth diaper membantu latihan pergi ke tandas lebih awal. Sebab kanak-kanak yang pakai lampin pakai buang akan rasa kering dan selesa untuk jangka masa lama. Cloth diaper pulak, bukan lah bermaksud lampin akan basah dan tak selesa, kainnya menyerap, cuma tak bertahan kering untuk tempoh lama, kalau lambat tukar mesti diorang rasa tak selesa.

Walaupun harga cloth diaper ni mahal, antara RM60- RM70, tapi untuk jangka masa lama, memang sangat menjimatkan berbanding kita membeli diapers pakai buang tu. Cuba korang kira sendiri berapa perbelanjaan untuk diapers pakai buang sebulan, darabkan ngan setahun, dan darabkan ngan tiga tahun (maksimum anak pakai diaper). Berpuluh ribu habis kan. Tu baru untuk seorang anak. Belum 2,3,4 orang anak lagi. Kalau cloth diaper ni, beli sekali je, dah boleh guna sampai bila-bila, untuk berapa orang anak pun. Selagi ianya tak rosak la, baju yang kita pakai pun lama-lama mesti buruk dan sebagainya kan.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik sini > http://www.facebook.com/#!/Lunatots. Banyak info menarik bukan saja berkaitan cloth diaper, tetapi juga berkaitan breastfeeding dan parenting.

Semalam berjaya masak chicken chop untuk kali pertama. Senang dan ringkas je rupanya nak masak chicken chop ni. Tapi kenapa la selalu kalau pergi kedai makan, oder chicken chop mesti lama tunggu baru sampai. Mahal pulak tu kan. Buat sendiri lagi bagus. Hehe..Tapi aku tak buat coleslow la, tak suka makan, encik apis suka, tapi bahan-bahannya tak de pulak semalam. Menjadi jugak la sos dia aku buat. Sedap tau sampai tak cukup malam tadi..^^

Ayam tu nampak seco-et je kan..saja buat kecik-kecik.

wassalam^^

8 comments:

Mohd Najib said...

selamat berpuasa ye kak..
p/s: blog teratak hati dlm bloglist najib :)

http://mohdnajib27.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak-1433h2012m.html

Nurlyla said...

kalau die berak cmne kak.. basuh mcm biasa ea?

MAY said...

salam ramadhan...wah..share la resepi bt chicken chop..

*x dpt nk bygkan ada telur dalam kek batik..huhu..hanyir x?

BERT said...

cantik2 la kak cloth diapers tuu... nanti dah beranak nanti boleh jugak la saya beli hihi.. selamat berpuasa kak :))

9n0L4 said...

gulp. sedapnye ciken chop tuuuuu. ;)

IntaNBerliaN said...

tu la.. CD ni mahai sikit kan..

Wanieys said...

qalief dulu jer pakai cd wani kan hangat2 tahi ayam jer bg qalief pakai hahaaa...chicken chop dapnyer tgk

Arham Md Ali said...

Kalau dekat Johor Bharu, memang tak buat Chicken Chop ni sebab ada kedai jual RM5 je, lapo pergi drive makan kat Hutan Bandar sana.