Tuesday, 10 July 2012

Nasi VS Nestum

Assalamualaikum...

Nak tanya pendapat ibu-ibu yang lebih berpengalaman. Mana lagi bagus, bagi anak makan nasi ke nestum. Sebab cik misi kat klinik kesihatan tu awal-awal dah pesan, jangan bagi nestum, ajar anak makan nasi. Kalau bagi nestum nanti dia suka yang manis je, dah tak suka makan nasi.Tapi orang-orang sekeliling asyik suruh bagi nestum je. Lagi kenyang, lagi sedap, lagi senang, memang makanan bayi, senang hadam, macam-macam lagi la alasannya. Hrmmm..aku pun dah konfius. Memang dari Hakim 5 bulan lebih, aku start bagi dia nasi+lobak+kentang+sawi/brokoli+ikan, yang dimesin dan ditapis. 
Nasi Hakim, +lobak+kentang+sawi/brokoli+ikan

Bukan apa, aku dengar diorang cakap nestum tu bancuh dengan susu. Tu yang aku tak nak. Mesti la kena guna susu formula kan. Aku nak breastfeeding Hakim sebab tak nak bagi dia minum susu lembu. Kalau nak guna susu ibu yang dipam, aku ni bukannya selalu pam pun. Sekarang lagi la tak pernah pam dah. Sebab Hakim kalau dibagi susu pam yang dah disimpan dalam frezer dan dipanaskan, dia tak nak minum. Tapi sebab Hakim masa timbang 6 bulan dulu naiknya sikit je, aku pun nak try la bagi nestum. Aku tanya encik apis, kalau tak bancuh dengan susu boleh tak. Encik apis cakap boleh je kot.

Kebetulan masa pergi Tesco tu, tengok-tengok nestum untuk baby tu. Aku baca cara penyediaan dia kat kotak tu. Dia tulis bancuh dengan air suam je, tak tulis pulak letak susu. So, kitorng pun beli la nestum tu. Dah bagi kat Hakim. Bagi waktu pagi, sebelum mandi atau selepas dia mandi. Bancuh sikit je, tu pun tak habis jugak, sebab dia kalau pagi memang nak tidur je yang dia tau. Dah dua tiga kali bagi, barulah aku perasan kat kotak tu tulis nestum beras dengan susu. Tengok kandungan dia, wah..memang dah siap ada susu la!!! susu skim (susu lembu), camtu dia tulis okey..

Nampak tak anak panah tu tunjuk 'susu'

Kenapa lah aku tak terfikir langsung nak tegok kandungan dia sebelum tu. Dah beli tak kan nak buang pulak kan. Encik apis cakap, tak pe la, sikit je susunya dia campur dalam tu. Lagipun bagi sikit je waktu pagi, tengahari dan malam bagi nasi. Aduyai...tapi aku tetap sedih...-__-

Aku siap beli buku ni dulu sebab excited nak bagi Hakim makan banyak-banyak..biar cepat besar..

Malam tadi adik ipar balik dari KL bawak novel yang aku cerita semalam, nak sangat novel tu, sampai kirim kat adik ipar, kebetulan dia pergi Alamanda, Putrajaya, boleh la belikan kat MPH situ.



Jadi ada tiga novel aku perlu baca ni. Of course la baca Sunan Musafir dulu kan. Dah tak sabar nak tahu kesudahan kisah Sunan ni!!!


wassalam^^

12 comments:

cikeyrah said...

hi ;) keyrah nak bg pendapat tapi keyrah blum kawen lagi tau, sebelum nie keyrah keje kat taska dan pernah pergi kursu tentang pemakanan kanak2, seelok-eloknye bayi atas 6 bulan bg nasi blend yg sgt halus, kalau tak halus nanti usus dia ade efect pulak. mmg ade stghnye ckp jgn bg nestum sbb manis kan, boleh bg tapi seeloknya beselang seli, sebagai cth hari nasi blen esok nestum, jadu budak pun tak mudah jemu. keyrah bg pendapt pun melalui pngalaman keyrah pergi kursus pemakan kanak2 ;)

Wanieys said...

owh akak awal juga yer bg hakim makan nasi campur sayur tu yer...wani time qalief 6m wani start dengan puree dulu.mcm2 puree wani buat pas tu baru start buat bubur nasi yang diblend halus....nestum wani xkasi lansung sbb manis kan...nanti diorang nk yg manis2 jer pulak.lagi satu wani buat puree dan bubur nasi tanpa gula dan garam :)...tu cara wani la..masing2 cara berbeza kan hihihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

almk..takde pglmn..

emma said...

Sy lg prefer akk bg hakim mkn ns,
lagipun xsmua baby suke mkn nestum. Mcm syirah dulu sy pnah try bg nestum tp mmg xjln.
xpe, akak terus kan je bg hakim mkn nasi blend tu lg elok :)

izz iizza said...

rasa lebih elok buat bubur nasi kot..dari bagi yg jenis segera-segera ni..:)

msredcheesecake said...

sy dulu ajar dia makan nasi dulu sampai dia pandai dan suka makan nasi.... then baru bagi benda instant2 ni... itu pun kalau terdesak sgt tak larat nk masak bubur dia....

pinjam fiksyen 302 tu...hheee

Kakzakie said...

Kalau kakak dulu pagi sarapan nestum tapi makan tengahari dan malam memang bagi bubur nasi. Blend semua dgn ikan dan sayur. Dulu anak kakak suka carrot dan bayam. Kakak tak tapis pun - dah blend terus suap...

eita said...

dah habis pun baca....

Citra NaniZam said...

kalo citra memula try bg nestum dulu.. tp budak mang cepat jemu.. pastu baru bagi bubur blend

Hanis MY said...

Wah dpt jgk ye buku tu. takde pengalaman tapi elOk bg nasi dulu kut

IntaNBerliaN said...

sy dulu ms alisha, 6 buln br bg mkn tp mula dgn puri dulu.. lps tu br nasi blend..

emmm nestum sy xbg tp saya bg yg biskut tu.. alaa apa ek nama, yg budak2 punya biskut tu la, yg nak bancuh air tu... lupa plak nama dia.. tp tu pun bg kadang2 je + alisha xmkn sgt sbb manis.. so, sy mmg byk bg nasi je la dkt alisha.. :-)

gadisBunga™ said...

rasanya nasik blender Hakim tu mesti sedap kan?