Assalamualaikum
Hari sabtu lepas kami ke majlis aqiqah El Harith, bin nya aku tak ingat nama ayahnya..haha..boleh kan camtu.. Ok la, El Harith tu sebenarnya kira pangkat cucu aku tau. Cucu saudara sepupu..haa paham tak camane tu? Cucu kepada sepupu aku la. Anak kepada sepupu kan panggil anak saudara sepupu, anak kepada anak saudara sepupu jadinya cucu saudara sepupu la kan..huhuhhh..pening tak korang baca..haha..^^
Majlis berlangsung selepas magrib, di kediaman sepupuku di Kempas, Johor. Dekat sejam perjalanan dari bandar tenggara. Kami pergi pun lambat dah sebab encik apis balik kerja lambat. Dah pukul 9 malam baru gerak, sampai sana pukul 10 malam. Tapi memang meriah jugak majlisnya. Lauk-pauk pun banyak lagi. Aqiqah anak lelaki kan, dua ekor kambing la. Diorang pakai katering. Seekor kambing dibuat kambing golek. Seekor dimasak lauk untuk dimakan bersama nasi arab beras panjang..!! Haha..betul2 panjang tau berasnya.
Balik rumah sampai dah pukul 12 malam. Hakim dalam kereta tido. Sampai rumah boleh segar bugar lagi..duk main2 meround dalam rumah. Baru dapat kaki lah katakan. Kamaruk duk berjalan..!!
Wassalam..^^
Tuesday, 29 January 2013
Majlis aqiqah El Harith
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
tengok dia teringat anak buah saya. hukhuk..
assalamualaikum salina...so sweetnya...:)
alololo..comelnya dia..
adik yg duduk tu makan apa..comel betul dia hehehe
hehehe... kalau da dpt kaki mmg xreti nk duduk diam..lg penat bila bwk jln ke mall siaplah nk jln sendiri..
baby tengah gian nak berjalan la tu
haaa tgh ligat berjalan lah tuu ;)
sedap nama tu... El Harith
comelnya el haith ni ;)
Aktif nmpk si Hakim tu :)
comel je bring cmtu..
alololo comelnyerr....hakim tgh syoq berjalan ker skang ni kak hihihi
hehee dah jadi nenek ke..kiut saja hakim..
Post a Comment