Assalamualaikum…
Perlukah makanan tambahan bagi ibu yang menyusukan anaknya? Maksudnya supplement la. Macam yang aku cerita kat entry ni dan sini. Bila baca buku Pa&Ma bulan Mei 2012, ada pulak artikel bertajuk ‘Perlukah makanan tambahan kala menyusu?’. Artikel ni berdasarkan pandangan kaunselor laktasi, Siti Nur Suraya Mohamed Ali. Aku kongsikan kat sini antara isinya.
![]() |
from google image |
Terdapat
kajian (Hamosh,1991) yang menyatakan bahawa anda tidak memerlukan makanan
tambahan mahupun suplemen dalam bentuk vitamin atau mineral. Sebaliknya
anda hanya digalakkan untuk mengikuti graf pemakanan yang dicadangkan oleh
kebanyakan pakar pemakanan.
Graf berkenaan banyak menekankan pengambilan nutrient yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, nasi, daging ayam, daging lembu dan ikan. Diet yang sihat sebegini sudah memadai membantu anda dalam membekalkan nutrient yang mencukupi untuk menjalani aktiviti seharian. Pengambilan air dalam kadar yang dicadangkan iaitu enam hingga lapan gelas sehari juga penting untuk diambil berat. |
Penyelesaian
utamanya ialah makan ikut keperluan anda. Pastikan makanan yang diambil
adalah sihat dan berkhasiat untuk kebaikan diri anda dan bayi yang
disusukan. Sekiranya makanan tambahan atau suplemen diperlukan, ia adalah untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukannya menambah penghasilan susu ibu. Panduan asas pemakanan semasa menyusukan bayi:
1. Pelbagai ~ pelbagai jenis makanan daripada semua jenis kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien.
2. Banyak sayur, buah, bijirin
3. Hadkan makanan tertentu ~ hadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan alkohol.
4. Aktiviti ~ Perlu mengimbangi pengambilan diet seharian dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.
|
Susu ~ Kenyataan bahawa ibu menyusu perlu minum susu bagi menghasilkan susu sama sekali tidak benar. Malah dengan meminum air lebih banyak daripada amaun dicadangkan juga tidak akan membantu pertambahan susu ibu. |
Vitamin
C dan vitamin B ~
Pengambilan pil vitamin jenis ini boleh meningkatkan penghasilan susu ibu
sehingga satu tahap. Namun ia akan kekal ditahap yang sama walaupun anda
menambah dosnya.
Vitamin A dan vitamin E ~ Pengambilan pil vitamin jenis ini boleh menyerap ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi sekiranya diambil secara berlebihan. |
Herba ~ Makanan tambahan dalam bentuk herba perlu diteliti terlebih dahulu agar dapat dipastikan kandungannya selamat untuk kegunaan anda. |
Ok itu saja sedikit perkongsian untuk pengetahuan bersama..^^
~wassalam~
|