Friday 20 April 2012

Habbatus Sauda’ ~ Nigella sativa

Assalamualaikum…

Ramai jugak yang bagi nasihat dan pendapat yang berguna kat entry ni. Terutamanya ibu-ibu yang dah berpengalaman. Terima kasih semua. Aku bukan nak berfikiran negatif. Tapi memang kadang-kadang dapat rasa susu macam kurang. Dah tak tau nak usaha camane lagi.


Banyak info dah tentang breastfeeding aku baca antaranya kat sini dan sini. Yang penting perlu berfikiran positif. Sedih dan kesian bila tengok muka Hakim. Ya Allah..tolonglah hambaMu ini..mudahkan lah untukku menyusukan Hakim.


Aku dah try makan Habbatus Sauda’. Baru seminggu. Beli yang jenama Tok Guru, jenis kapsul, 100% Habbatus Sauda’ yang di grind dan dimasukkan dalam kapsul. Tak boleh nak cakap lagi lah ada perubahan ke tak.



Kakak aku ada belikan Habbatus Sauda’ jenama Habasyi. Belum try lagi, habiskan dulu yang first tu. Aku ada baca jugak Habbatus Sauda’ ni boleh menambah susu ibu.




`Makanlah Habbatussauda’ kerana didalamnya terdapat ubat segala penyakit kecuali mati’
(HR. Bukhari, Muslim)


InsyaAllah…Allah yang menentukan segalanya, kita hanya boleh berusaha dan tawakal.



~wassalam~

7 comments:

- AZIE - said...

InsyaAllah...
moga dgn usaha nie, akan ada pertolongan dr Allah..

Salina@IbuAqil said...

Berusaha, berdoa & bertawakal..
Insya'allah!!
Take care & happy weekend yer.. ;)

IntaNBerliaN said...

insyaAllah.. harap2 susu makin byk n brt hakim makin naik..

nuyui a.k.a miss YUI said...

InsyaALLAH sekurang2nya dah berusaha

Unknown said...

tak cuba makan betik muda ke, jadikan sayur ya, sayur bayam juga mampu membanyakkan susu ibu, kalau nak sup, kena cari ayam kampung rebus dan letak halia...subahanallah, wife dulu inilah..baby pun kenyang dengan air susu. Tak dinafikan air susu ibu akan kurang. Sebab itu ibu kena rajin usahakan makan berkhasiat. Ni pengalaman ya kami 7 orng anak.Alhamdulillah

Unknown said...

InsyaAllah sekurang-kurangnya telah berusaha

Unknown said...

Salam.... ada cara untuk gunakan habbatus sauda.. kalau ada ibu-ibu yg nak tahu dos yang sesuai untuk menambah air susu ibu sila pm berat badan dan tinggi ke facebook habbatus sauda. InshaAllah saya cuba bantu. Umpama petrol jika tidak mencukupi tak kan sampai kita ke destinasi...