Kes rompakan rumah Mawi??dah lama pun kejadian ni, mesti semua pun tau kan. Aku bukan nak cerita sangat pasal kes rompakan rumah Mawi ni, tapi kejadian yang berlaku kat rumah Mawi tu sangat sama dengan dua kejadian rompakan di kawasan tempat tinggal aku ni.
rumah Mawi di Bangi |
Semuanya memang sama. Tapi tak pasti la adakah penjenayahnya orang sama atau tidak. Jauh sangat la Bandar Tenggara (Johor) ni dengan rumah Mawi kat Bangi tu.
Dua kejadian yang berlaku di rumah berhampiran tempat tinggal aku ni, berlaku sebelum kejadian di rumah Mawi tu. Dua minggu berturut-turut. Selepas tu dah tak de dengar rumah kena masuk perompak lagi. Agaknya lepas tu perompak tu pergi ke Bangi ke??hehheh..memandai je aku ni kan..
Tapi hari Isnin baru ni (Isnin lagi ye), antara jam 8 - 8.30 pagi ada seorang yang disyaki warga Indonesia, cuba mengumpil pintu sebuah rumah di kawasan ni. Tapi tak sempat sebab ada jiran yang nampak. Orang tu pulak sempat melarikan diri.
Semua kejadian ni membuatkan aku takut je. Kejadian last tu, waktu camtu rumah aku ni memang dah tak de orang. Semua pergi kerja termasuk mak mertua yang bukak kedai pada 8.30 pagi. Tinggal aku dan Hakim je. Bila ahad malam isnin pulak encik apis mula la ingatkan pasal rompakan tu, mula la tak lena tidur.
Tak dapat bayangkan kalau ada orang pecah masuk rumah ni.Mintak la dijauhkan...
wassalam^^
4 comments:
mintak djauhkan kan lah..akak jage keselamatan ye..skang ni penjenayah da xde perikemanusiaan dah..men hentam sokmo je nk merompak..gerun kiter dibuatnyer..
mintak jauh la dari bencana ini. Zaman sekarang memang merbahaya... kite kene lebuh berjaga-jaga
Skang ni dok kat umah sendiri pun takut kan? Bahaya betul la perompak ni...
mintak2 kita dilindungi dr semua ni kan.. risau.. dh la ada ank kecik..
Post a Comment