Friday 27 April 2012

Perlukah makanan tambahan bagi ibu menyusu??


Assalamualaikum…

Perlukah makanan tambahan bagi ibu yang menyusukan anaknya? Maksudnya supplement la. Macam yang aku cerita kat entry ni dan sini. Bila baca buku Pa&Ma bulan Mei 2012, ada pulak artikel bertajuk ‘Perlukah makanan tambahan kala menyusu?’. Artikel ni berdasarkan pandangan kaunselor laktasi, Siti Nur Suraya Mohamed Ali. Aku kongsikan kat sini antara isinya.

from google image

Terdapat kajian (Hamosh,1991) yang menyatakan bahawa anda tidak memerlukan makanan tambahan mahupun suplemen dalam bentuk vitamin atau mineral. Sebaliknya anda hanya digalakkan untuk mengikuti graf pemakanan yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar pemakanan.

Graf berkenaan banyak menekankan pengambilan nutrient yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, nasi, daging ayam, daging lembu dan ikan. Diet yang sihat sebegini sudah memadai membantu anda dalam membekalkan nutrient yang mencukupi untuk menjalani aktiviti seharian. Pengambilan air dalam kadar yang dicadangkan iaitu enam hingga lapan gelas sehari juga penting untuk diambil berat.

Penyelesaian utamanya ialah makan ikut keperluan anda. Pastikan makanan yang diambil adalah sihat dan berkhasiat untuk kebaikan diri anda dan bayi yang disusukan.

Sekiranya makanan tambahan atau suplemen diperlukan, ia adalah untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukannya menambah penghasilan susu ibu.

Panduan asas pemakanan semasa menyusukan bayi:
1. Pelbagai ~ pelbagai jenis makanan daripada semua jenis kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien.
2. Banyak sayur, buah, bijirin
3. Hadkan makanan tertentu ~ hadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan alkohol.
4. Aktiviti ~ Perlu mengimbangi pengambilan diet seharian dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

Susu ~ Kenyataan bahawa ibu menyusu perlu minum susu bagi menghasilkan susu sama sekali tidak benar. Malah dengan meminum air lebih banyak daripada amaun dicadangkan juga tidak akan membantu pertambahan susu ibu.

Vitamin C dan vitamin B ~ Pengambilan pil vitamin jenis ini boleh meningkatkan penghasilan susu ibu sehingga satu tahap. Namun ia akan kekal ditahap yang sama walaupun anda menambah dosnya.

Vitamin A dan vitamin E ~ Pengambilan pil vitamin jenis ini boleh menyerap ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi sekiranya diambil secara berlebihan.

Herba ~ Makanan tambahan dalam bentuk herba perlu diteliti terlebih dahulu agar dapat dipastikan kandungannya selamat untuk kegunaan anda.

Ok itu saja sedikit perkongsian untuk pengetahuan bersama..^^

~wassalam~

12 comments:

Abang Karu said...

bagus info nya...
boleh di kongsi bersama org rmh ni...
tp org rmh skrng ni blom ada ...huhuhuuu

Eera Shera said...

smoga akk dpt susukan hakim smpi 2 tahun.. insyaAllah

ps: akk pn minat RAM ye? wah bleh geng la cmni.. pegi ke pesta buku? bleh jmpe RAM ;)

Eera Shera said...

sy penah jmpe RAM..dkt Alamanda mse pelancaran Rayyan Fantasi. amek sign n tgkp gmbr huhu ;)

Kancil 8349 said...

perkongsian ilmu yang bagus

-meeSUPERGIRL- said...

tips yg bagus kak .. :) sy dtg followw

Zul fattah said...

insyaAllah boleh dirujuk balik, bila dah kahwin..!!

kurus said...

adakalanya pelu .. akk dulu lebih kepada susu .. suke sgt minum vitagen .. tapi kalau pil ibu tuu akk makan stakat 6 bulan sahaja .. lepas tuu akk amalkan pemakanan yg sihat2 ... ;)

Kancil 8349 said...

selamat berhujung minggu

Miss Purple Ungu said...

take note sbb lum kawin lg hehe :)

YattAkasah said...

blom jdi ibu lagi ni.hee

IntaNBerliaN said...

thanks kongsi info ni... blh tmbh mklumat utk sy gak ni.. :-)

mummyrinazone beauty said...

tq info sangat2 berguna.dulu masa merah nurul gila amik vitamin.bila sofia nurul lebih suka seimbangkan pemakanan n susu lebih banyak masa sofia=)nurul paling suka vitamin C.tapi la nie amik lebih banyak buahlah n sayur..lebih selamat.kadang pil2 nie hanya sementarajer.