Thursday, 12 April 2012

Perlukah supplement?? Ibu-ibu tolong lah saya...

Assalamualaikum...

Semalam Hakim cukup 4 bulan. Jadi pagi tadi pergi klinik for check up. Kali ni tak kena cucuk. Tapi sangat sedih bila timbang tadi, berat Hakim naik 100 gram je. Terlalu sikit kan naiknya tu. Dari 4.9 kg masa 3 bulan, sekarang baru 5.06 kg je. Sepatutnya baby paling kurang pun 500 gram naik dalam masa sebulan.

Masa 3 bulan dulu pun dia naik 300 gram je. Masa tu dah risau jugak. Dah cuba makan banyak-banyak, minum susu pun kadang 3-4 gelas sehari. Tapi masih tak berjaya. Tadi misi tu cakap graf dah kena kat area colour kuning. Misi pesan ibunya kena makan banyak-banyak dan berkhasiat, baru susunya ada zat.

Hrmmm..dah tak tau nak makan banyak camane lagi dah. Lepas ni kena tambah lagi la makan banyak, yang penting sayur dan lauknya. Susu Anmum pun dah minum. Selain tu selalu jugak minum horlick dan oat. Tapi kenapa Hakim tak besar-besar?

panasnya matahari, kena tutup kepala..^^

Bila dah jadi macam ni, semua orang keliling suruh bagi susu formula. Aku seboleh-bolehnya tak nak bagi Hakim susu formula, seperti yang aku tulis kat sini dan sini. Sedihnya..Ya Allah tolonglah hambaMu ini..hanya padaMu tempat memohon pertolongan...

Perlu ke supplement? Aku ada makan supplement multivitamin Appeton. Tapi bukan khusus untuk tambah susu badan. Ada jugak jumpa kat beberapa blog tentang supplement untuk menambah susu badan. Contohnya kat blog ni, produk Shaklee. Tapi macam mahal je produk ni. So belum pikir nak amek lagi. Kakak aku pulak ada cadangkan makan habbatus sauda. Kawan dia yang makan habbatus sauda, dan susu dia banyak la jugak sebab dia bekerja dan perlu pam susu untuk anak. Dia dah belikan untuk aku dan kebetulan nak datang Johor hujung minggu ni.

Jadi nak tanya la ibu-ibu lain yang lebih berpengalaman, camane nak selesaikan masalah ni?? Tolong lah ye...sangat perlukan pertolongan mereka yang lebih berpengalaman..

wassalam^^

15 comments:

mummyrinazone beauty said...

masa sofia dulu dia tak minum susu sangat tapi berat still naik.teruskan bg susu ibu.susu formula mmg baby bulat tapi sebolehnya sehingga 2 tahun baby minum susu ibu.teruskan makan benda2 berkhasiat mcm biasa.boleh amik kurma n ambil susu.pujuk2 jer baby biar minum banyak.minum cket2 tapi kerap kali pun ok=)

Ralit Baca said...

da follow..follow me back ye
http://cheqppjoy-shop.blogspot.com/

Salina Mat Isa said...

@wan nurul hezrina, thanks kak..mmg geram tgk baby montel2 yg bgi susu formula tu..

msredcheesecake said...

Kalau selera makan dia ok n dia aktif macam biasa, jgn risau sgt berat dia tak naik banyak.... Lagi un dia kan penat belajar meniarap.... InsyaAllah takde pepe tu...

Salina Mat Isa said...

@msred, yeke camtu..risua jugak, tapi dia cam ok je, tido ok, time main2 senyum2 je,aktif je..

Abang Karu said...

bab ni pun saya tak berapa tau....huhuhuuuu
tapi insya'allah tak de apa2 tuu...

Unknown said...

izan bg susu badan jer sampai 2thn...nak banyakkan susu kita sendiri kn minum susu...jgn laa bimbang sangat, mungkin baby ikut genetik mama dia yang jurus kot..apa2hal pun susu badan kena teruskan..semoga hakim membesar dgn sihat:)

Kancil 8349 said...

datang singgah...bab nie lemah...tapi dapat ilmu daripada komen orang lain

nuyui a.k.a miss YUI said...

almk kak..sy no komen pasal ini..

IntaNBerliaN said...

pujuk2 hakim suh minum susu.. bg dia kerap minum... insyaAllah nanti akn naik.. lgpun skrg ni hakim tgh aktif kan.. biasalah berat naik tu kurang tp tetap jugak naik kan... awk mkn kurma pun blh susu byk.. sy hanya mkn buah kurma je setiap hari utk tambah susu.. sy mmg mkn kurma start naik mngandung alisha lagi... InsyaAllah.. nanti hakim akn melepasi garisan kuning tu... kuatkan semangat utk menyusu bdn yer.. susu kita adlh yg terbaik utk ank kita...

fieda said...

mungkin sebab dia nak ringankan badan nk meniarap kot.teruskan jer menyusukan dia..

Anonymous said...

Sama mcm anak kak citra tp dia xde mslh cuma graf dia jer yg mcm nak ke kawasan kuning.. naik beratnya just teruskan minum susu.. supplement jika doc berikan ok jgn bagi sembarangan ye sebab msh baby lg

Eera Shera said...

comelnye hakim buat mata bulat tu huhu..

Najwa.H said...

kdg2 ada ibu yg nyusukan anak, tapi kejap-kejap dok alih dari satu breast ke breast sebelah... mungkin sbb tu juga, baby tak dpt hind milk, jd berat pun x brp naik.

*pada pendapat saya lah...

e t i e said...

Betul apa yang najwa cakap tu...kalau boleh bagi baby sebelah sahaja breast sehingga baby stopkan sendiri..foremilk takde lemak, hanya untuk hilangkan haus, hindmilk yang mengandungi lemak, iaitu susu dihujung2 , lebih pekat dan berminyak...

Anyway, kadang2 makanan yang kite makan tu, khasiatnye dah hilang sebab dah dimasak, pengalaman saya sendiri, wLaupun makan banyak sangat (sbb nak tambah susu) masa anak pertama, susu tetap cair, anak tak suka so terpaksa bagi FM...sedihhhhhnyaaaaaa tuhan yg tau..

Anak kedua, saya buat research, simpan duit sket dan ambik supplemen..alhamdulillah...:-)

Anak sy now nak 3 bulan 6.6 kg, masa lahir 3 kg..

ini post sy pasal supplemen..
http://bzmamabee.blogspot.com/2012/05/perlukah-supplement-untuk-ibu-menyusu.html

bukan nak suruh awak beli, :-) tapi at least boleh menambah pengetahuan..

assalamualaikum..