Tuesday 12 June 2012

alamak..road tax dah mati!!


Assalamualaikum..

Hari khamis pagi kami bertolak balik kampung kuala lipis,pagi jumaat nak pergi ke kelantan,sepupu kawen. Dalam perjalanan,masa tu belum jauh lagi la..dari bandar tenggara nak masuk highway utara selatan melalui tol air hitam,lalu kluang dulu. Dah nak sampai kluang tu,aku tetiba teringat road tax kereta myvi aku tu mati bulan 6. Tapi tak ingat tarikh.

Kereta tu pulak adik ipar pakai kat serdang sebab kereta savvy dia rosak. Kiranya masa tu kitorang bawak savvy tu nak tukar ngan myvi nak bawak balik lipis. Bile teringat pasal road tax tu terus la call adik ipar tanya dia. Dia pun tak perasan rupa-rupanya road tax nya dah mati 2 Jun 2012.

Hah..menggelabah la kitorang. Cuba tenangkan diri kejap. Pastu pikir-pikir,call maybank bandar tenggara diorang cakap geran kat maybank kluang. Fuhh..nasib baik la memang dah nak sampai kluang,bukan dah lepas,kalau dah lepas,dah masuk highway,nak kena patah balik jawabnya cancel terus la plan balik kampung.

Jadi kitorang pun pegi maybank kluang,dia buatkan insuran dan bagi geran kereta. Dia cakap sekarang bank negara dah bagi pegang geran walaupun loan belum habis bayar.

Hakim menunggu dalam Maybank Kluang

Lepas tu terus pegi pejabat pos untuk buat road tax. Fuhh..settle..pukul 12 tengahari baru gerak,masuk highway menuju ke serdang. Lepas tukar kereta, terus gerak ke lipis dalam pukul 3 petang.


wassalam^^

19 comments:

Deq's Qienz said...

tiap² tahun mcm nih la kan??hehee..get ready la yerr..

msredcheesecake said...

nape tak cek dulu sblum jalan... seb baik tak kena tahan... huhuu

Kancil 8349 said...

Kancil belum lagi pegang geran kereta tu...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

muka Hakim pun macam terkejut road tax mati. hehe

Anonymous said...

biasanya kalo insurans buat ngn maybank etiqa tu dia akan bg surat lebih awal untuk bgtau tarikh renew insurans.. kekadang staff maybank finance tu akan kol nak kompomkan ngn kita jika nak renew siap roadtax lagi.. tinggal bank in/transfer duit siap boleh dtg ambil atau dia kurierkan ke rumah.. keta citra dulu macam tu lah gayanya.. oh geran kita dah boleh pegang ye.. hmmm baru tau ni..

Noor Maizan said...

alololo hakim lapar ke tu sampai makan tangan dengan muke terkejut...comelllll

Liyana Anuar said...

geran & road tax boleh suruh orang bank tu je buatkan walaupun geran kat muar sy kat jb..hehe~

saya pun under maybank jugak :)

Reena Sidek said...

huhuhu... nasib baik sempat renew road tax tu...

Riena Haiqal said...

nasib baik tak kena tahan kan.. kalau tak dah melayang juga RM kan.. huhuhu...

Salina Mat Isa said...

insuran dan road tax mmg blh buat kat maybank trus..tapi road taxnya dpt lmbat, 2- 3 hari, buat kt pjbt pos dpt terus..nk blik kpg terus..huhu..
mmg dh dpt surat dari maybank..tapi encik apis yg baca,dan tak ckp pun..terus dua2 lupa..

Salmiza said...

haaaaa nsb baik dipermudahkn jlannya... jadi semua dpt setel dgn pantas..

~Cik Sweety~ said...

hehe..tiap tahun ne lake yea..renew roadtax..

eita said...

nasib takde polis

IntaNBerliaN said...

nsb xda buat roadblock kan..

inazamri said...

muka hakim pun nampak terkejut hihi.ape la mama ni leh lupa lak kan...

HeNRieTTa JoSe said...

Wah...nasib baek....rietta pown susah hati juga klu jd cmtu....

Eera Shera said...

hrp thn dpn x jd lg cmni hehe

MAY said...

wihihi....blh x pasan kan...

mrspuex said...

salam perkenalan :D

singgah sini n done folo u..:D

feel free to visit me k :

http://mrspuex.blogspot.com/