Entry sebelum ni dah cerita pasal road tax mati yang baru teringat masa dah on the way balik kampung. Macam-macam dugaan nak balik kampung dan masa di kampung. Mula-mula, malam sebelum balik kampung, iaitu rabu malam khamis, Hakim bangun pukul 3 pagi menangis-nangis tak nak tidur dah walaupun dah disusukan. Pujuk-pujuk, dia tidur balik, tapi sekejap je, pukul 4 lebih dia bangun lagi. Aku pun cakap kat encik apis, 'Hakim nak berak ni kot..seharian dia tak berak lagi'.
Sebenarnya aku dah start bagi Hakim makan sejak dia 5 bulan lebih. Nanti la cerita pasal bagi Hakim makan ni. Jadi, sejak bagi makanan tambahan, Hakim susah sikit la nak berak, perut dia baru nak belajar memproses makanan. Encik apis pun amek ubat berak yang masuk kat bontot tu (sorry kalau bahasa kasar, tak tau nak guna perkataan ape dah). Masukkan ubat tu, tak lama Hakim pun berak, banyak jugak. Lepas tu baru la Hakim senyum-senyum, susukan dia sekejap baru dia sambung tidur. Dah pukul 5 pagi kot masa tu, esok nak bangun pagi-pagi nak balik kampung.
Dugaan kedua pulak, pasal road tax kereta dah mati. Boleh baca la kisahnya kat entry tu ye. Dalam perjalanan balik kampung tu, Hakim senang je tidur, dia bangun pun nak nenen, pastu sambung tidur.
Ni first time aku makan marrybrown tau..di Raub |
Last-last encik apis setuju nak terus gerak ke Kelantan malam tu, lepas mandi dan rehat sekejap. Kiranya gerak sama-sama la dua buah kereta. Sampai rumah ayah Ngah di Melor, Kelantan pukul 2.30 pagi. Dugaan lagi, Hakim dah lama tidur dalam kereta. Bila dah sampai dia dah tak nak tidur pulak. Bayangkan encik apis yang dah penat drive, dan aku pun penat dan mengantuk, nak kena layan si Hakim yang tak nak tidur tu. Pukul 6 pagi baru dia tidur. Kitorang sempat tidur kejap je la, pukul 8 lebih dah kena bangun siap-siap nak pergi rumah ayah Su tempat majlis tu. Sangat la penat dan mengantuk!!!
Dugaan sepanjang di Kelantan tu pulak, Hakim memang tak boleh didukung atau dipujuk oleh orang lain. Dia nak umi dan abah dia jugak. Kalau orang lain dukung terus dia menjerit sekuat hati, tak nak berenti sampai la aku atau encik apis amek dia. Huhh..geram pun ada dengan Hakim ni tau..sabar je la. Dia rasa lain kot masa kat sana, orang-orang nya semua lain, tak pernah tengok, tu yang meragam je. Lagi satu memang cuaca panas. Tidur pun susah, bila masuk kereta baru nak tidur.
sempat menyusu dalam bilik pengantin |
last-last lepak dalam kereta sebab dalam rumah panas dan ramai orang |
Majlis sebelah lelaki pulak hari Sabtu. Ikut plan terus nak balik kuala lipis lepas majlis belah lelaki tu. Tapi majlisnya dah lambat, balik dah pukul 5 petang. Singgah rumah ayah Su lagi. Pastu diorang tak bagi balik lagi sebab malam tu keluarga belah lelaki nak datang. Ada buat makan-makan sikit. Dah terkandas untuk balik lipis.
yang atas rumah perempuan, yang bawah rumah lelaki |
Jadi pagi Ahad baru balik, pukul 7 pagi gerak. Sampai kuala lipis pukul 12 tengahari. Rehat, mandi, makan, gerak terus balik johor pulak, dalam pukul 3.30 petang. Sampai bandar tenggara dah pukul 12 tengah malam.
Jauh kan perjalanan kitorang. Hakim lagi la, kecik-kecik dah jalan jauh camtu. Perjalanan jadi lama sebab berenti makan, solat dan rehat. Tapi Hakim dalam kereta banyak tidur je. Sampai je rumah mak mertua, dia bangun, bawak dia masuk rumah, dia tengok kedua-dua atok dia, dan mak su dia, sengih-sengih je. Past kat atok dia ok je. Tak de nak nangis-nangis. Agaknya dalam otak dia pikir ni la orang-orang yang dia kenal, dah lama tak nampak. Macam-macam la Hakim ni.
p/s: panjang kan entry ni..perjalanan jauh punya pasal..entry pun panjang la..^^
wassalam^^
12 comments:
bila teringat perjalanan yg panjang....tgh duk pk nie raya nie nak balik kelantan ke tak...dari Klang nak ke kelantan...fuyoo... xleh nk bygkan la
memang mencabar bwk budak kecik jalan jauh..
hakim first time jalan jauh dari tampin ke alor setar asik mengamuk je dalam keta sbb dia letih agak nyer. tu pun mase umo dah setahun..
bw budak2 kecik berjalan jauh mmg susah sikit....cabaran gak la buat kita hihi
memang satu cabaran tu...
oo inilah puan punya blog.. br nmpk muke :-)
mmg mencabar bwk ank kecik jln jauh kn..
alaaa cutenya hakim..
layan je kak..nty baby dh besar ,rindu pulak bunyi rengek baby..hehe
memang susah nak layan karenah anak kecik..
tambah plok jalan jauh macam ni
pengalaman yg sama dgn kite... ms opal kecik, bila berjalan jauh tido je memanjang..masuk je kete terus membuta..dah smpi destinasi, mula la tak nak tdo..
klu g rumah kenduri kawin pun mcm tu..x suka ramai2 org..nak beraircon aje, tdo pun nak dlm kete..
comelnya babyyy . geram tengok . hehe
jauhnye berjalan...xpe, lamer lamer hakim biasa la tu jln jauh jauh....xde la nk wt hal lg dh....
moga dah selamat tiba
hehee..sedap nmpk mkn kfc tuh..apapon semuga selamat dlm perjalanan :)
Post a Comment