Sunday, 16 October 2011

Besederhana, jangan membazir

Assalamualaikum...

Sebagai seorang muslim kita digalakkan supaya hidup besederhana dan tidak berlebih-lebih sehingga membazir. Jom baca kisah dari sebuah hadis ni:

Sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Anas r.ha menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pada suatu hari telah keluar berjalan bersama seorang sahabat (Anas), tiba-tiba Baginda terpandang sebuah rumah yang di atasnya terbina sebuah kubah. Lalu Baginda bertanya: "Rumah siapakah itu?" Sahabat memberitahu bahawa rumah itu kepunyaan si fulan daripada kaum Ansar, Baginda diam tidak berkata apa-apa tetapi memendam hal tersebut dalam dirinya.

Kemudian pada suatu ketika sahabat daripada kaum Ansar (tuan punya rumah tersebut) bersua dengan Rasulullah SAW lalu memberi salam kepada Baginda. Tetapi Baginda berpaling muka dengan wajah yang masam. Peristiwa itu amat mendukacitakan sahabat Ansar berkenaan, sehingga suatu waktu beliau menceritakan kesedihan berikutan peristiwa pahit itu kepada Anas r.ha.

Maka Anas menceritakan bahawa beliau pernah berjalan dengan Rasulullah SAW dan terpandang kubah yang dibina di rumah sahabat itu, lalu Baginda bertanya rumah siapakah itu? Setelah mendengar penjelasan daripada Anas, maka fahamlah beliau bahawa baginda tidak suka di kalangan sahabat-sahabatnya yang membuat kerja membazir seperti pembinaan kubah itu. Ini kerana kubah hanyalah perhiasan bukanlah keperluan. Sahabat Ansar itu segera pulang ke rumah mengambil tukul besi, lalu memecahkan kubah yang dibina itu sehingga tidak kelihatan lagi.

Selepas kejadian itu, Rasulullah SAW bersabda dihadapan para sahabat, "Ingatlah! bahawa setiap binaan yang kamu dirikan itu akan menjadi bala kepada kamu kecuali binaan rumah yang menjadi keperluan (La budda)." Kubah yang dibina oleh sahabat Ansar itu adalah suatu contoh pembaziran yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Rasulullah berpaling daripada muka sahabat berkenaan sebagai tazkirah dan amaran agar setiap orang yang mengaku dirinya beriman tidak melakukan hal-hal yang tergolong dalam pembaziran.

Seperti firman Allah SWT: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan adalah syaitan itu kufur terhadap Tuhannya." (Al-Israk:26-27).

Sumber: Majalah Anis - artikel 'Angkara Sebuah Kubah' oleh Ummu Humaira


Peringatan buat diri sendiri dan semua sahabat supaya hidup besederhana dan tidak membazir.

~Wassalam~

3 comments:

msredcheesecake said...

da tengok dah bloglist baru msred yea... hhee

teratak hati said...

ha'ah..msred,thanks...:)

Pondok Usang said...

saling ingat mengingati... =)