Assalamualaikum...
Dari semalam sampai hari ni kecoh kat rumah ni duk citer pasal sorang budak bunuh diri. Budak perempuan, baru tingkatan 2, bunuh diri sebab teman lelaki putuskan hubungan cinta. Lelaki tu pulak baru tingkatan 4. Kejadian ni berlaku kat rumah budak perempuan tu, kawasan berhampiran ngan kawasan rumah mak mertua aku ni, tu yang diorang kecoh2 duk cerita tu. Dengarnye ada masuk Metro. Aku ni dengar-dengar camtu je la.
Budak perempuan tu bunuh diri dengan cara menggantung diri dia guna kain batik mak dia, yang diikat kat lubang angin atas tingkap bilik. Teman lelaki dia tu putuskan hubungan dalam pukul 10 pagi, pukul 12 tengahari dah jumpe dia tergantung tak bernyawa dah. Bayangkan camane dia boleh sanggup gantung diri camtu. Semata-mata kerana cinta yang orang panggil cinta monyet tu. Tak tau la nak cakap ape kan. Nak disalahkan siapa pun tak tau la.
Sebab tu la pentingnya mak ayah menekankan didikan agama pada anak-anak. Bukan tu je, kena prihatin, amek tahu apa yang anak-anak buat. Lagi-lagi anak remaja yang baru nak kenal dunia sebenar, baru nak mencari identiti diri. Tapi camane kalau mak ayah dah didik dengan agama, dah amek berat, tapi masih jadi jugak perkara macam tu..? Kat situ la pentingnya amalan kita tentang ilmu yang kita ada. Kalau betul mak ayah menunjukkan contoh yang baik, hidup berlandaskan agama, dan si anak pulak mengamalkan ajaran agama, tak tinggal solat, mustahil dia boleh bunuh diri camtu.
Cinta yang utama hanya pada Allah. Tempat bergantung hanya pada Allah. Budak tingkatan 2 tak faham ke perkara camni? Hrmm...tak tau la nak cakap ape. Sia-sia je satu nyawa pergi camtu je. Memang dah ajal dia, tapi caranya dia sendiri yang pilih kan.
Ok la..tak leh cakap lebih-lebih, kita tak tau situasi sebenarnya camane kan. Budak tu pun entah apela yang mendorong dia sampai sanggup bunuh diri. Semoga jadi pengajaran kepada semua.
~Wassalam~
2 comments:
bru putus cinta dh sampai bunuh diri
apa nk jadi la zaman skrg...
aduhai.. sedih nya lah klu bunuh diri semata-mata sebab putus cinta.. ingat lah Allah.. kita masih ada Allah
Post a Comment