Pernah tak korang bace or dengar kisah ni...
< Ada 2 orang sahabat, duk satu rumah. Dua-dua ni islam. Sorang ni aku bagi name Ahmad, memang alim, boleh dikatakan muslim sejati la, tak tinggal solat semua la...zikir tak pernah berhenti dari mulut...tasbih sentiasa di tangan. Lagi sorang pulak Ali, sangat berbeza. Tak pernah solat, perkara2 wajib sebagai muslim semua dia tak buat. Suka berfoya-foya, pergi kelab malam, minum arak, balik mabuk-mabuk. Ahmad ni ade jugak la tegur Ali, tapi tak diendahkan pun.
Satu ketika tu mase Ahmad tengah berzikir atas sejadah, tiba-tiba dia terpikir..'aku ni buat amal ibadat ni semua tapi aku tak mati-mati pun lagi. Keseronokan dunia aku tak pernah rasa lagi. Tak pernah rasa macam mane Ali rase. Dapat pergi kelab malam, berfoya-foya dengan ramai perempuan, minum arak...Aku pun muda lagi, baik aku cuba dulu rase keseronokan dunia ni, lepas tu kan aku boleh bertaubat balik..'
Pada mase yang same, Ali pun tetiba je terpikir..'sampai bila la aku nak buat perkara jahat ni..,entah-entah esok lusa aku mati tak sempat nak taubat camane..? Aku rase dah sampai masenye untuk aku bertaubat...baik aku jumpa Ahmad sekarang mintak dia ajarkan camane nak berubah..' Ali pun tergesa-gesa balik ke rumah malam tu dengan niat bersungguh-sungguh untuk bertaubat.
Di rumah pulak, Ahmad dah bersiap-siap untuk keluar menyertai Ali di kelab malam. Dalam keadaan tergesa-gesa Ahmad menuruni tangga rumah, pada mase yang same Ali berlari-lari menaiki tangga rumah. Kedua-duanya terlanggar sesama sendiri dan terjatuh dalam keadaan yang teruk sekali. Kedua-duanya ditakdirkan meninggal dunia kat situ jugak. Jadi mati la Ahmad dalam keadaan berpaling dari Allah, dan Ali pula mati dalam keadaan mengingati Allah. >
So, ape pendapat korang pasal kisah ni..? Cerita ni dah lame aku dengar, tak silap mase zaman sekolah menengah dulu...ade sorang ustaz tu cerita. Mase tu anggap cerita ni sekadar cerita la, untuk menggalakkan kita supaya sentiasa tetap dengan amalan kita sebagai seorang muslim. Tapi kisah ni sebenarnye memang realiti hidup. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Macam-macam perkara dapat kita tengok.
Contoh yang dapat kita tengok secara terangnye dalam dunia artis la kan. Ramai jugak yang dah berubah dari tak pakai tudung kepada pakai tudung, dan pakaian yang dah tak seksi. Tak tau la ape niat sebenar atas perubahan tu. Mintak2 memang niat ikhlas kerana Allah. Sebab ape yang dia buat tu memang wajib dia buat dari dulu lagi. Tapi ade pulak artis yang dari pakai tudung elok2, tetibe je dah bukak tudung pulak, ade yang terus bukak, ade yang pakai 'serkup' tutup rambut tapi nampak batang leher. Kenapa ek diorang buat camtu..? Agaknye diorang terpikir cam si Ahmad dalam kisah kat atas tu ke..?
Tu salah satu contoh la kan...macam-macam lagi yang jadi sekarang ni...bukan artis je, orang biase2 pun banyak...Ade yang elok2 pakaian mengikut syariat islam, tapi bile dah terpengaruh dengan kawan-kawan, boleh berubah pulak, dari pakai yang longgar-longgar kepada pakai yang ketat-ketat, dari pakai tudung menutup dada kepada tudung yang kecik n singkat. Hrmmm...macam2 kan...Manusia kalau dah terikut hasutan syaitan dan hawa nafsu memang ape2 pun boleh jadi. Berlindunglah pada Allah dari hasutan syaitan, supaya ditetapkan hati dan dibimbing ke jalan yang benar.
google image |
Peringatan untuk diri sendiri jugak...hanya insan biasa yang tak lari dari membuat kesilapan...Moga diampunkan segala dosa, dan ditetapkan hati di jalanNya dalam mengharungi hidup sebagai musafir di dunia sementara ni...InsyaAllah...amin....
~Wassalam~
2 comments:
Tetapkan hati dalam iman. Semoga kita semua beroleh hidayah. Amin.
InsyaAllah...amin...
Post a Comment