Hari sabtu lepas aku dah beli baby walker untuk Hakim. Hakim sekarang kalau dibaringkan mula la dia nak nangis je. Tak boleh letak kejap, dia start la nak menjerit. Biasa dia akan tidur waktu pagi camni, lepas mandi, masuk buai. Senang aku nak buat kerja, nak basuh baju, menjemur, dan memasak..termasuk la mengupdate blog..hehee..Kalau aku tak de update tu, maknanya Hakim tak nak tidur la tu.
Bila dia tak tidur, atau tidur kejap je dah bangun, aku tak dapat nak buat kerja lain. Terutamanya nak memasak untuk makan tengahari. Dah dibaringkan dekat dengan dapur, boleh nampak sambil aku masak-masak, tapi dia nak jerit jugak. Kadang-kadang memang tension la bila jadi camtu. Dia nak didukung je, bayangkan tengah goreng ikan dukung dia, ada tepercik minyak panas kang...
Lagi satu dia kalau dah nangis tu, amek dia dirikan, terus dia sengih-sengih sambil tengok kiri kanan. Haa..kan memang saja si Hakim ni nak perhatian orang aje. Suka bila didirikan, padahal kecik lagi mana boleh berdiri lagi. Penat nak pegang dia je. Last-last aku dan encik apis pun beli la walker. Try letak dia alam walker tu, mula-mula dia macam tak suka. Letak kejap je dah buat muka nak nangis. Tapi semalam dia bangun awal, aku letak dalam walker letak kat dapur, sambil aku masak. Kaki dia memang tak pandai kayuh pun lagi. Ok pulak dia duduk dalam tu, diam je.
Semalam ada baca kat blog ni tentang keburukan walker. Baby walker boleh memberi keburukan kepada motor development dan mental development. Baby sepatutnya belajar meniarap,melunjur dan merangkak sebelum belajar berjalan. Ibu-ibu suka menggunakan walker untuk anak supaya mudah untuk mereka membuat kerja lain dan membiarkan anak didalam walker. Walker juga banyak mendatangkan kecederaan kepada bayi jika dibiarkan tanpa pengawasan. Bila baca kat blog kak najwa tu semalam, takut la pulak. Dia risau tentang anak dia yang lambat belajar membaca dan menulis. Nak baca keterangannya lagi sila ke blog tersebut ye.
Aku pun pernah terbaca dulu, yang walker ni banyak keburukan dari kebaikan. Walker sebenarnya tak membantu anak belajar berjalan. Sebaliknya anak akan hanya bergantung pada walker dan tidak belajar untuk berjalan sendiri. Hakim ni pulak kan, bila dibaringkan, dia macam dah malas nak meniarap. Bila dia dah meniarap, kejap je dia akan mula nak menangis, dan jika dibiarkan dia terus menangis sekuat hati. Dia ada jugak cuba-cuba tolak kaki dia masa meniarap tu. Tapi tak lama pun, dia dah nangis. Macam mana dia nak belajar melunjur macam tu?? Risau jugak aku memikirkannya. Dia dah 5 bulan lebih, sepatutnya dia dah boleh melunjur ke belum??Aku pun tak tahu..belum ada pengalaman.
wassalam^^
26 comments:
mmg kalau hsptlpun tak galakkan guna baby walkernie.tapi letak sekejap2 ok kot.mcm sofia nurul letak gak.tapi mmg kena observelah.kalau tak takut jatuh..tapi jgn ltk lama2 takut letih dia
letak sekejap2 takpe.Tapi sentiasa dlm pengawasan kita.
betul tu. sokong komen kat atas ni.
walker ni guna kejap2 bole la lagi2 sementara nak masak, kan. takkan nak dukung sambil masak..
wanieys pernah juga dgr mmg walker byk buruk dr baik....tp nk wat cm na kan terpaksa juga letak anak dlm tu sbb sng nk buat kerja...btw wanieys baru follow sini..salam perkenalan dr wanieys yer :)
pernah jgk dgr sal nie, tp mcm komen2 dkt atas nie, setuju rasanya kalo sekali sekala..xde masalah kot..
Emm mang betul tu. Proses pembelajaran bayi bermula sejak dia dilahirkan. Apabila dia berumur 3 bulan ke atas proses pembembelajaranya meningkat drastik seiring keupayaannya. Otak bayi umpama span. Setiap pergerakan leher, tangan, kaki,lutut dan semua otot badan semasa mengiring, meniarap, merangkak, duduk dan bertatih akan diproses oleh otak mereka dan menjadikan mereka lebih cekap menggunakan anggota badan dengan 5 panca inderanya. Ada kajian yang menyatakan jika kita melangkau satu tahap perkembangannya seperti penggunaan walker yang kerap semasa dia sepatutnya merangkak atau duduk atau bertatih, pergerakan motor halusnya semasa bersekolah nanti akan turut terjejas.
Motor halus:- kebolehan untuk menulis dengan baik dan cantik seawal usia 6 tahun.
DULU MASA ANAK FES BELIKAN WALKER... TAPI THEN BILA DAH BACA KEBURUKAN WALKER NI TAKDE LA BELIKAN... TAPI KAN TENGOK BUDAK YG PAKAI WALKER NI OK JE MEMBESAR... TAKDE PUN LAMBAT JALAN KE HAPE KE...
apa email salina? ritu blom bagi add pun... ni pasal kecen ritu yea?
sy pun xpasti pasal ni... mcm alisha, dia nak msk 5 bln br pandai meniarap.. 6 bln, merangkak, menyulur dudulk semua sekali harung je dia buat... walker tu saya beli dkt alisha bila alisha dah start nak berjln.. alisha pandai jln umo 9 bln setengah..
sy pun xpasti pasal ni... mcm alisha, dia nak msk 5 bln br pandai meniarap.. 6 bln, merangkak, menyulur dudulk semua sekali harung je dia buat... walker tu saya beli dkt alisha bila alisha dah start nak berjln.. alisha pandai jln umo 9 bln setengah..
comel..bby:-)
comelnye hakim...
hope akim jd cergas n aktif...fast learner and be a god boy :)
saya belum kahwin tp saya ada pengalaman jaga bayi :)
setahu saya normal baby lambat meniarap..ada baby yg 8 bulan tp tak boleh meniarap lg, skrg dah setahun boleh juga berjalan.
cuma selalu bg dia sokongan , ajar bertatih kerap.hehehe
kalau dia dah pandai duduk ok lah nak bagi duduk dalam baby walker ni...
tapi sekejap je lah takut pinggang dia tak kuat lagi...
sendal bantal kecil pun ok kat bahagian dada n belakang...baru dia rasa kemas sikit...
haiyo~ cik ana baru tahu psl walker byk keburukannye.. sipbek xde anak lagi..kawen pon belom nih...hehe
errr tp mmg mak cik ana dulu xde pon gune walker ni utk anak2.. anak akak ipar pon xde gune walker..
luv,
cik ana
almk..yui mmg tak tau bab2 mcm ni kak..
ada benarnya juga
akk masa anak2 akk kecik , x pernah beli walker sbb mak akk x bagi
dia cakap nanti budak payah nak bertatih dan lambat
ada betul juga kata2 mak
cuma akk x pernah bahaskan dlm blog
tapi bila baca nie akk senyum sendiri gak ;)
mmg pernah terbaca tentang ni tapi..saya letak mia...cepat jer dia berjalan...7 bulan dah boleh bangun jalan...
yeke..tak tau plak..nnt da ada anak tak mau la belikan.
Actually kalau gunakan awal2 mmg tak berapa bagus lah..tp kalau dah start merangkak dan ala2 cuba nak berdiri tu ok jerk letak kat walker..boleh bg dia mahirkan pergerakkan kaki dia..lagi selamat dia takde jatuh2 kalau cuba2 nak bgn sendiri :)
baik buruk nya bergantung kpd cara kita menggunakan dia.
time anak sy dulu, dia naik walker time nk msuk 6 bulan. saya letak dia dalam walker hanya pada masa tertentu dan tak lama, time kita nak masak, sidai baju dia intai. tapi sebelum tu pastikan kawasan sekitar dia selamat.
alhamdulillah dia berjalan time umur dia nak masuk 10 bulan. merangkak sekejap, bertatih kemudian alhamdulillah berjalan.
Anak saya hari ni baru masuk 6 bulan.. Dah pndai bangun sendiri pegang kt kerusi atau grill. Suka betul tgok perkembangan dia.. X mcm ank2 sebelum ni. Sudi la jengok blog saya pula..ummuque.blogspot.com
Assalam... Ank sy no 2 jln umur 6 bln. Nmpk mcm bohong tp tu la hakikatnya, cenonet² da terkedek hohoho. Guna walker jgk...tumbesaran semua Alhamdulillah...
Ank yg lain pun guna walker...Alhamdulillah...😀
Book your Delta Airlines Flights with Delta Airlines Reservations Team or Get the Benefits of the 50 % discounts on your flight reservations. Avail the discounts Now, Deals are available for all destinations traveled by Delta Airlines.
Office.com/setup - Microsoft Office has an excellent collection of applications that have been designed to do many tasks with its different and well-organized versions. These versions include Office 2019, Office 365, Office 2016, Office 2013, Office 2010, Office 2007, Office Home & Student and a lot more that can be accessed at www.office.com/setup.
officecom/setup
25 Digit McAfee activation code is mostly used to activate McAfee protection. It’s a unique set of the characters that comes in 5 blocks of 5, separated by a hyphen (-). Each block has a set of 5 characters which can be a combination of numbers and letters. This set of characters and numbers comes to a total of 20 characters
(XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX).
25 Digit McAfee activation code
[url=https://25-digit-mcafee-activation-code.000webhostapp.com/]25 Digit McAfee activation code[/url]
Post a Comment