Ok la, seperti yang telah diceritakan di entry sebelum ni, minggu lepas hari Isnin aku dan family pergi ke Cameron Highland. Ini kali keempat aku pergi CH. Kali pertama masa study kat UiTM, lawatan sambil belajar. Kali kedua masa kerja sementara di UiTM, ikut program berbuka puasa di kampung orang asli. Kali ketiga masa Hakim dalam kandungan 4 bulan. Dekat je dari kampung aku di Kuala Lipis lepas jalan baru ke CH dibuka, dalam sejam setengah sampai.
Lepas makan tengahari dan solat zuhur di Tanah Rata, terus pergi Kea Farm di Brinchang. Beli sayur-sayuran dan strawbery. Masa tengah jalan-jalan tu hujan turun pulak, tapi tak la lebat. Tapi suasana menjadi semakin sejuk la. Pipi dan telinga Hakim dah sejuk sangat. Tu yang beli topi tuk dia satu.
Lepas tu pergi ladang teh. Pergi bergambar je la. Dah tak hujan tapi keadaan lembab-lembab, tanah pun licin, tak berani turun banyak-banyak. Masuk sikit je kat barisan pokok teh tuk bergambar. Lepas tu terus bergerak balik.
Walaupun CH ni dah tak berapa sejuk, tapi dapat rasa la bezanya udara kat CH ngan kat bawah ni. Sejuk je. Tapi memang tak payah pakai baju sejuk pun. Baru dapat rasa kesejukannya.
Aku sempat membeli sedikit cenderahati dari CH untuk korang. Tapi tak banyak la. Jadi aku nak bagi kepada siapa yang rajin komen kat entry ni. Komen la apa-apa pun. Pastu jangan lupa hantar alamat korang kat email ni, suterasyifa@gmail.com. Terhad kepada 12 pengomen terawal je ye..^^
wassalam^^
12 comments:
seronoknyer..lya j..x smpai2 lg CH ni
salam.hajat dihati kak nk ke cameron cuti sekolah ni nampaknye tak kesampaian huhu.dah 2 thn tak kesana.
beshnya.. lama tak p sana..
wah bestnye..
tak pernah lagi g cameron..
huhu..
-.-"
bestnya hakim gi cameron enh hehe :)
dah lama saya tak ke cameron...huhu
Bestnyer....dah lama plan nak pi bercuti kat sana lagi...tapi, blm ader rezeki...huhu...
komen dapat sebenier ke? best la...
kali terakhir g CH masa anak dara...
wah bestnya gi cameron... done follow - Noob
sronok sakan...ske tgk baby tu...hepi bahagia...papanya pon sporting...ngn parents nya sekali...aik...mamanya di mn yaaa? bez klo dpt cenderahati tu....klo de rezeki
sy pnh g bbrp kali.. tp zaman ank dara dulu.. dh kawen, dh x g... hehheh
eh jap... hantar alamat???... sape2 yg komen ke?
Post a Comment