Friday, 4 May 2012

Penat berblogwalking^^

Assalamualaikum...

Niat nak tengok-tengok dashboard dan blogwalking sikit-sikit malam ni. Tapi tengok dah ada update dari cik atiqah untuk senarai yang join segmen dia. Segmen yang aku join semalam. Jadi tadi terus la blogwalking laju-laju kat blog diorang. Yang penting komen dan biasa lah, mesti follow.

Habis pun terjah semua blog, tak silap ada 20 blog tadi. Kebanyakan yang join blogger-blogger baru. Blog aku ni pun kira baru jugak la. Tapi tengah syok-syok mengomen tadi, spoil sikit bila ada yang letak word verification untuk komen. Nasib baik la line ok je. Kalau yang pakai broadband yang macam siput tu mesti dah hilang mood terus untuk komen kan.

Ada beberapa blog yang jumpa ada word verification tu. Perlu ke benda tu untuk seseorang yang datang dan komen blog diorang? Hrmmm..pinjam ayat Nabil jap..'lu pikir la sendiri..'^^

Ada yang join segmen untuk dapat ramai follower. Ada yang nak ramai pengunjung. Ada yang nak banyak komen kat entry. Bagi aku, aku nak semuanya. Tapi yang penting kualiti, bukan kuantiti. Aku lebih suka pengunjung yang datang baca entry dan komen. Baru la tak rasa macam tulis entry syok sendiri atau buat blog untuk sendiri baca je...betul tak??^^



wassalam^^

5 comments:

BANAFEVER said...

firstly,terima kasih sebab join segmen saya. ya, betul kata awak, pentingkan kualiti dari kuantiti. kalau apa yang kita tulis tak bagus, kita tak akan dapat apa yang kita nak tuh kan, macam follower ramai semua-semua tu la.saya pon blogger baru jugak. baru berjinak2.jadi apa yang penting adalah kualiti kan.yang pasal word verification tu pon sepatutnya tak payahlah kan ada, susah sikit nanti nak komen2 selalu ^_^
happy blogging

Kancil 8349 said...

hahaha...sal tu dorang belum tahu lagi...masih baru kan...dulu pun Kancil ndak taw sal tu..sehingga ada orang datang komen dekat blog kancil...mengakui kesilapan Kancil, Kancil ubah...

hehehe...apapun niat blogger yang menyertai mana - mana segmen untuk kepuasan hati mereka...sokong dan berbangga dengan mereka...kerana ramai di antara rakan kita sudah tutup blog...

Kancil paling sedih...

mummyrinazone beauty said...

nurul setuju.kalu jumlah follower ramai tapi bila kita wat entry tapi takder komen n pendapat manyak tak syokkk ooo=)

tapi kitapun kene rerajin g komen n bg pendapat kat blog rakan2..nurulpun kadang adajer hal n mana sempat nurul komen=)sbb semua dapat rapatkan hubungan alam maya=)

mummyrinazone beauty said...

ttg word verification mmg btul.dulu ada satu word jer kena taip,la nie ada 2 plak.adeh mmg mls nak komen kat blog ada words v nie..elok2 ada mood nak komen tetiba salah plak tapi words yang kena taiptuh...mmg hangin satu badan.

IntaNBerliaN said...

a'aa kita akn rs seronok nk berblog bila entry kita tu ada yg baca n komen kan :-)