Friday, 11 May 2012

tak pe ke injection lambat??

Assalamualaikum...

Tak perasan pulak tarikh untuk check up Hakim 5 bulan yang ditulis dalam kad tu 10/5, semalam la. Biasa kan ikut tarikh lahir dia 11hb. Jadi tadi pagi-pagi dah kejutkan Hakim dari tidurnya yang lena. Nak g check up, kena cucuk untuk 5 bulan.

siap peluk tangan abah dia lagi..
Tapi sampai je klinik tengok tak de orang. Kosong je tempat ibu dan anak tu. Masuk tengok ada sorang nurse, tapi pakai baju t-shirt dan seluar track. Tanya la dia tak de check up ke hari ni. Dia cakap hari ni tak de, ubat pun tak de keluarkan. Dia suruh datang hari Isnin je.

Huaaaa....penat je datang pagi-pagi. Selamat la Hakim hari ni tak kena cucuk. Aku pulak dah plan nak balik Pahang esok petang atau Ahad. Dah lama tak balik, ada dekat 3 bulan kot. Dah rindu dah atuk kat Pahang nak jumpe cucu. Kalau balik esok atau Ahad sure la Isnin masih kat sana, camane nak g check up Hakim.

Tak pe ke kalau lambat inject? Ke boleh pergi klinik kesihatan kat Lipis je untuk inject 5 bulan? Boleh ke camtu? Tak tanya pulak nurse tu tadi.


wassalam^^

7 comments:

Noor Maizan said...

nty pandai2 la nurse tu susun balik jadual cucuk..heee comel baby akak :)

Unknown said...

balik kg jgn lupe bwk buku baby..
bole je tumpang cucuk kat kg.
ubat same je :)

*atas pengalaman keja kat klinik kesihatan dulu :)

Abang Karu said...

hah...good idea dari mamavogue :)

Anonymous said...

boleh bawa hakim cucuk kat kg.. ye buku baby kena bawa sekali :)

Nik said...

comel jea gambar peluk tgn abah dia tu :)

Miss Purple Ungu said...

nape muncung je tu :)

IntaNBerliaN said...

sy rs blh je.. sbb awk nak balik kg pun 3 4 hari je kan..